Universiti Georgetown menghubungkan komuniti di kampus dan di luar kampus

Cabaran

Kemudahan IT Georgetown dalam keadaan tidak teratur dan memerlukan peningkatan. Para pelajar, ahli fakulti dan kakitangan sering berasa bahawa teknologi tidak dapat membantu dan meringankan beban mereka. Mereka menggunakan pelbagai alatan (yang juga telah lapuk) bagi kalendar, e-mel dan storan fail, sehingga menyekat usaha mereka untuk menjadualkan mesyuarat, berkongsi maklumat dan bekerjasama.

"Sebelum ini, kami menggunakan semua sumber kami untuk memastikan segala-galanya dapat dilaksanakan dan kami tidak mempunyai masa untuk diluangkan bagi menyediakan ciri yang lebih baik. Sekarang, semuanya bergerak sendiri!"

Marty Johnson, pengarah perkhidmatan perusahaan, identiti dan kerjasama

Penyelesaian

Penggunaan G Suite for Education membantu universiti tersebut berhenti menggunakan sistem lapuk mereka, menjimatkan wang dan sumber IT. Kini Georgetown menyediakan set e-mel, storan, kalendar, perkongsian fail dan alatan kerjasama yang disatukan. Selain itu, akaun Google sepanjang hayat diberikan kepada semua alumni, membolehkan mereka untuk kekal berhubung dengan komuniti.

Profil Organisasi

Ditubuhkan pada tahun 1789, Universiti Georgetown di Washington, D.C., ialah institut pengajian tinggi Katolik yang tertua di Amerika Syarikat. Pelajar dan ahli fakulti universiti ini mewakili pelbagai latar belakang, kepercayaan dan budaya. Georgetown menghayati motonya, “Ultraque Unum” (“Both Into One”), dengan menggalakkan pelajar untuk menjadi pemimpin dalam membantu orang lain.

Produk yang digunakan

Muat turun

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.