Langkau ke kandungan

Membantu usaha mengembangkan pembelajaran untuk semua

Kami percaya bahawa semua orang—pendidik dan pelajar tanpa mengira umur dan peringkat—berhak mendapat alatan dan kemahiran yang menyediakan mereka untuk berjaya dalam membina masa depan yang mereka inginkan untuk diri sendiri.

Kami melabur dalam projek dan organisasi yang meluaskan akses kepada pembelajaran

Melalui Google.org, kami telah menyumbangkan lebih daripada $250 juta sejak 2005 untuk menyelesaikan masalah jurang pendidikan global, sambil memperkasakan Googler untuk menawarkan kepakaran teknikal mereka secara sukarela. Matlamat kami adalah untuk membantu lebih ramai orang—terutama mereka yang berada dalam komuniti yang kurang kemudahan—mendapat manfaat daripada teknologi, di dalam dan di luar bilik darjah.

Dua orang gadis berpakaian seragam sekolah tersenyum, seorang daripada mereka memegang peranti tablet
Seorang pelajar memakai cermin mata sedang duduk dan menumpukan perhatian pada peranti chromebook di dalam bas semasa perjalanan ulang-alik

Menukar masa perjalanan menaiki bas menjadi masa pembelajaran

Walaupun kerja sekolah semakin memerlukan akses kepada Internet, berjuta-juta pelajar masih tidak mempunyai sambungan Internet di rumah.

Kami bekerjasama dengan daerah di seluruh AS untuk mengembangkan Dewan Ulang Kaji Bergerak untuk membantu ribuan pelajar di komuniti luar bandar mengakses lebih banyak masa pembelajaran di luar sekolah dengan melengkapi bas sekolah mereka dengan Wi-Fi, peranti dan sokongan pendidik di dalam bas.

Membantu melengkapkan generasi akan datang dengan kemahiran masa hadapan

Lebih daripada 65% pelajar akan bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak wujud langsung hari ini,¹ tetapi majoriti golongan muda masih belum membentuk kemahiran penyelesaian masalah atau dan kecekapan digital asas yang akan mereka perlukan sebagai persediaan menghadapi masa hadapan itu.

Kami menyediakan pembiayaan berbentuk geran kepada organisasi tanpa untung, membina program untuk meluaskan akses kepada pendidikan sains komputer dan membantu untuk melatih lebih ramai pelajar perempuan dan yang kurang kemudahan dalam pemikiran perkomputeran. Matlamat kami adalah untuk melengkapkan setiap pelajar dengan kemahiran mudah suai yang mereka perlukan untuk menyelesaikan cabaran terbesar masa hadapan.

Seorang remaja menaip pada komputer manakala seorang pengajar sedang memberikan nasihat di sebelahnya

Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menyokong pendidikan

Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah K‑12

Lihat cara alatan dan sumber Google membantu guru dan pelajar K‑12 mencipta, bekerjasama dan membina kemahiran digital untuk masa depan.

Membuka peluang dalam pendidikan tinggi

Ketahui cara penyelesaian Google memperkasakan penyelidikan lanjutan, penemuan cemerlang dan peluang pembelajaran di kolej dan universiti.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.