Langkau ke kandungan
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang dengan Gemini untuk menjimatkan masa, memeribadikan pembelajaran dan menginspirasikan kreativiti.
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang sekarang.

Memajukan pendidikan
dengan AI

Google beriltizam untuk menjadikan AI berguna untuk semua, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Teknologi berani, digunakan dengan bertanggungjawab

AI tidak akan dapat menggantikan kepakaran, pengetahuan atau kreativiti seorang pendidik — tetapi AI boleh menjadi alatan yang berguna untuk mempertingkatkan dan memperkaya pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sebahagian daripada Amalan AI yang bertanggungjawab, kami menggunakan pendekatan reka bentuk yang mengutamakan manusia. Oleh itu, kami sangat teliti dan berhati-hati apabila mereka bentuk alatan pendidikan.

Perkasakan pendidik

AI boleh membantu pendidik merangsangkan kreativiti dan produktiviti agar pendidik dapat melapangkan masa untuk memperkasakan diri sendiri serta pelajar mereka.

Dengan 99.9% spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad disekat oleh pengesanan dikuasakan AI serta tiada serangan perisian tebusan yang berjaya pernah dilaporkan pada mana-mana peranti ChromeOS, ternyatalah bahawa kami menjadikan keselamatan satu keutamaan.

Dengan Gemini, pendidik mempunyai pembantu AI yang dapat membantu mereka menjimatkan masa, mendapat ilham dengan idea baharu dan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menarik untuk setiap pelajar.

Pendidik dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik menerusi pelajaran video dan menjimatkan masa dengan soalan yang dicadangkan AI bagi video YouTube dalam Classroom (akan datang).

Chromebook Plus adalah mampu milik, berkuasa dan dibina dengan Google AI yang terbaik untuk memenuhi keperluan guru serta kakitangan.

Ilustrasi abstrak yang menggambarkan pelbagai bentuk mengerumuni sebuah mangga.
Ilustrasi abstrak yang menggambarkan pelbagai bentuk mengerumuni ikon gigi roda tetapan.
Ilustrasi abstrak yang menggambarkan pelbagai bentuk mengerumuni ilustrasi tetikus komputer.
Ilustrasi abstrak UI komputer riba dikelilingi reben yang mewakili AI.

Jadikan pembelajaran lebih bersifat peribadi untuk pelajar

AI boleh membantu pelajar memenuhi keperluan pada semua peringkat agar mereka dapat belajar melalui cara yang berkesan bagi mereka.

Set latihan dalam Google Classroom membolehkan pendidik menyediakan maklum balas masa nyata dan pembayang semerta yang berguna secara automatik kepada pelajar jika mereka buntu.

AI yang terbina dalam Chromebook menyediakan teks kepada pertuturan, pengimlakan, sari kata serta sari kata langsung dan tertutup lanjutan.

Seorang guru menyelia seorang pelajar yang sedang melengkapkan tugasan.
Seorang pelajar tersenyum dan memandang ke kiri sambil menyelesaikan tugasan pada komputer di dalam kelas.
Logo Gemini

Gemini untuk Google Workspace

Gemini ialah pembantu AI merentas Google Workspace for Education yang membantu anda menjimatkan masa, menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik dan mengilhamkan idea baharu — semuanya dalam persekitaran peribadi yang selamat. Gemini Education boleh dibeli sebagai tambahan bagi mana-mana edisi Google Workspace for Education.

Latihan, kit alat dan panduan AI untuk pendidik

Cara Google menjadikan AI berguna untuk semua

Ketahui lebih lanjut tentang pendekatan syarikat kami untuk membangunkan dan memanfaatkan AI.

Ada pertanyaan? Kami ada jawapannya

Keselamatan dan privasi

Bagaimanakah Google memastikan data pelajar selamat dan terjamin?

Google Workspace for Education dibina pada infrastruktur teknologi kami yang selamat, boleh dipercayai dan terkemuka dalam industri. Pengguna menerima tahap keselamatan yang sama seperti yang digunakan oleh Google untuk melindungi perkhidmatan kami, yang dipercayai oleh lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia setiap hari. Walaupun keupayaan AI memperkenalkan cara baharu untuk berinteraksi dengan alatan kami, dasar dan amalan privasi kami yang menyeluruh memastikan pengguna dan organisasi mempunyai kawalan terhadap data mereka. Selain itu, semua alatan teras Workspace – seperti Gmail, Google Calendar dan Classroom – mencapai piawaian pematuhan setempat, negara dan antarabangsa yang ketat, termasuk GDPR, FERPA dan COPPA. Chromebook direka bentuk dengan berbilang lapisan keselamatan untuk memastikan peranti ini selamat daripada virus dan perisian hasad tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan. Keselamatan disemak setiap kali Chromebook dihidupkan. Oleh sebab sistem ini boleh diurus secara berpusat, Chromebook memudahkan pentadbir IT sekolah untuk mengkonfigurasikan dasar dan tetapan, seperti mendayakan penyemakan imbas selamat atau menyekat laman yang berbahaya.

Adakah data Google Workspace for Education digunakan untuk melatih alatan AI generatif Google seperti Gemini dan Search?

Apabila menggunakan Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education, data pelanggan anda tidak digunakan untuk melatih atau meningkatkan AI generatif dan LLM dasar yang menguasakan Gemini, Search dan sistem selain Google Workspace tanpa kebenaran. Di samping itu, gesaan yang dimasukkan apabila berinteraksi dengan alatan seperti Gemini tidak digunakan tanpa kebenaran di luar konteks sesi pengguna khusus tersebut.

Bagaimanakah Google memastikan teknologi yang didayakan AI adalah selamat untuk kanak-kanak?

Google memandang serius tentang keselamatan dan perlindungan pengguna, terutamanya kanak-kanak. Dengan teknologi yang berani seperti AI, kami percaya bahawa bersikap bertanggungjawab dari mula adalah sangat mustahak. Hal itu bermakna mereka bentuk ciri dan produk AI kami dengan pengalaman dan perlindungan yang bersesuaian dengan umur serta disokong oleh penyelidikan. Selain itu, sebelum melancarkan sebarang produk, kami menjalankan ujian yang ketat untuk memastikan alatan kami meminimumkan kemungkinan kemudaratan serta berusaha memastikan pelbagai perspektif diambil kira agar dapat mengenal pasti dan mengurangkan kecenderungan yang tidak adil.

Apakah pendekatan Google terhadap privasi dengan AI dalam pendidikan?

Kami sudah lama berkongsi komitmen privasi yang teguh merentas Google Cloud & Google Workspace yang menggariskan cara kami melindungi data pengguna di samping mengutamakan privasi. AI tidak mengubah komitmen ini - malah, AI menegaskan semula kepentingan iltizam kami. Kami beriltizam untuk memelihara privasi pelanggan kami dengan tawaran AI kami sambil menyokong perjalanan pematuhan mereka. Google Cloud sudah lama memberikan komitmen terhadap pematuhan GDPR dan begitu juga AI dalam cara kami menerapkan privasi mengikut reka bentuk dan secara lalai dari mula lagi. Kami sering berinteraksi dengan pelanggan, pengawal selia, penggubal dasar dan pihak berkepentingan yang lain tatkala kami mengubah tawaran kami untuk menerima maklum balas mereka tentang tawaran AI Pendidikan yang memproses data peribadi.

Perkongsian dan sumber

Adakah Google berunding dengan pendidik dan pakar ketika membangunkan alatan AI untuk kegunaan dalam bilik darjah?

Ya. Sebahagian besar daripada pertimbangan teliti tentang teknologi baharu ialah komitmen kami untuk bekerjasama dengan sekolah dan pendidik serta pakar (seperti ahli sains pembelajaran) dan organisasi pendidikan yang lain sepanjang proses pembangunan. Kami bukan sekadar membina alatan untuk pendidik, kami membina bersama mereka. Menerusi Lembaga Penasihat Pelanggan dan Program Perintis Google for Education, kami turut bekerjasama secara langsung dengan komuniti sekolah di seluruh dunia untuk mengumpulkan maklum balas tentang produk dan ciri kami sebelum disediakan secara meluas. Dengan mendengar perspektif mereka, memahami cara mereka menggunakan alatan kami dan menangani cabaran mereka, kami dapat membuat pertimbangan yang teliti dalam pembangunan dan pelaksanaan produk kami. Kami juga melancarkan ciri baharu secara berperingkat untuk memastikan bahawa sekolah dapat mengawal alatan yang sesuai untuk mereka.

Apakah sumber yang disediakan oleh Google untuk mendidik guru tentang AI?

Pelbagai pasukan dalam Google giat membuat dan memilih susun kandungan dan tutorial. Kandungan yang berikut adalah antara kegemaran kami, dengan banyak lagi yang akan datang:
Panduan tentang AI dalam Pendidikan
Experience AI

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.