Pusat Privasi & Keselamatan

Google komited untuk menghasilkan produk yang membantu usaha melindungi privasi pelajar dan guru serta memberikan keselamatan yang terbaik dalam kelasnya kepada institusi anda.

Empat perkara yang perlu diketahui

Google amat menitikberatkan hal keselamatan. Google menyediakan perlindungan dan dasar privasi yang terbaik dalam industri yang meletakkan kawalan terhadap data sekolah anda di tangan anda. Berikut ialah cara anda dapat mengetahui bahawa pelajar dan pendidik dilindungi.

1

Kami memastikan data anda selamat

Sekolah merupakan pemilik data mereka dan kami bertanggungjawab memastikannya selamat. Google membina dan mengendalikan pelayan selamat dan perkhidmatan platform kami sendiri dan kami memudahkan pentadbir memantau dan mengurus keselamatan data. Tonton video.


2

Tiada iklan dalam perkhidmatan teras G Suite for Education

Tiada iklan dalam perkhidmatan teras G Suite for Education. Selain itu, maklumat peribadi pelajar tidak akan digunakan untuk membuat profil iklan untuk penyasaran. Tonton video.


3

Google menyokong pematuhan peraturan dan amalan terbaik industri

Perkhidmatan kami menyokong pematuhan terhadap keperluan privasi dan keselamatan. Organisasi bebas telah mengaudit perkhidmatan kami dan memastikan amalan perlindungan data kami memenuhi standard yang ketat. Tonton video.


4

Anda mempunyai maklumat yang jelas tentang dasar privasi dan keselamatan Google

Google komited terhadap ketelusan dasar dan amalan pengumpulan data kami. Notis Privasi G Suite for Education dan Perjanjian G Suite menjelaskan kewajiban berkontrak kami untuk melindungi data anda. Tonton video.

G Suite for Education dan Chromebooks menyokong pematuhan terhadap standard yang ketat

  • Checkmark icon

    FERPA (Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga)

  • Checkmark icon

    Persatuan Industri Perisian & Maklumat

  • Checkmark icon

    COPPA (Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak 1998)

  • Checkmark icon

    Ikrar Privasi Pelajar yang diperkenalkan oleh Forum Privasi Masa Depan (FPF)

  • Checkmark icon

    ISO/IEC 27018:2014 (Standard data)

Lencana keselamatan Google berserta ikon pengguna.

Soalan lazim privasi dan keselamatan

Cari jawapan bagi soalan lazim tentang cara Google melindungi privasi anda dan memastikan data anda selamat.

G Suite for Education

Muat turun ikhtisar PDF
Kembangkan semua Runtuhkan semua
  • Apakah itu perkhidmatan teras G Suite for Education?

    Perkhidmatan teras G Suite for Education (sebelum ini dipanggil Google Apps for Education) merupakan nadi penawaran pendidikan Google untuk sekolah. Perkhidmatan teras G Suite ialah Gmail (termasuk Inbox by Gmail), Kalendar, Bilik Darjah, Kenalan, Drive, Dokumen, Borang, Kumpulan, Helaian, Sites, Slaid, Talk/Hangouts dan Vault. Perkhidmatan ini disediakan di bawah perjanjian G Suite.

    Sekolah boleh menggunakan perkhidmatan teras G Suite sambil mematuhi COPPA dan FERPA. Perkhidmatan teras G Suite tidak mengandungi iklan dan tidak menggunakan maklumat dalam perkhidmatan itu untuk tujuan pengiklanan.

    Lebih daripada 50 juta pelajar, guru dan pentadbir di hampir setiap negara di dunia bergantung pada G Suite untuk belajar dan bekerja bersama-sama. Kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan semua pengguna kami, termasuk pelajar.

    Harap maklum bahawa terdapat perkhidmatan tambahan di luar perkhidmatan teras G Suite yang boleh diakses oleh pengguna G Suite. Perkhidmatan ini tidak dikawal oleh Ikrar Privasi Pelajar atau perjanjian G Suite, jadi kami mungkin mengendalikan data pelajar dengan cara yang lain daripada pengendalian untuk perkhidmatan teras G Suite. Sebagai contoh, perkhidmatan tambahan mungkin menyajikan iklan dan Google mungkin menggunakan maklumat dalam perkhidmatan tambahan ini untuk memperbaik perkhidmatan itu. Untuk pengguna G Suite di sekolah rendah/menengah (K-12), Google tidak menggunakan mana-mana maklumat peribadi pengguna (atau apa-apa maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Google) untuk menyasarkan iklan. Sila semak Notis Privasi G Suite, Syarat Perkhidmatan Google dan Dasar Privasi Google. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara perkhidmatan teras dan perkhidmatan tambahan di bawah.

    Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan teras dan tambahan G Suite
    Baca notis privasi G Suite kami
    Baca perjanjian G Suite (kontrak antara Google dengan sekolah yang meliputi perkhidmatan teras G Suite) kami
  • Adakah Google memiliki data sekolah atau pelajar?

    Tidak. Google tidak memegang pemilikan terhadap mana-mana data pengguna dalam perkhidmatan teras G Suite. Perkara ini turut dinyatakan dalam kontrak kami (di bawah “Harta Intelek”).

    Kami menyediakan alatan pengurusan dan papan pemuka yang berkuasa dan mudah digunakan untuk membantu pentadbir memantau perkhidmatan, penggunaan dan data organisasi mereka. Kami hanya menyimpan maklumat peribadi anda selagi anda memerlukan kami berbuat demikian. Sekiranya jabatan pendidikan, sekolah atau universiti memutuskan untuk tidak lagi menggunakan Google, kami akan memudahkan mereka untuk mengambil kembali data mereka.

    Ketahui cara mengalih keluar data daripada Google
    Baca kontrak (bahagian "harta intelek")
  • Adakah Google menjual data sekolah atau pelajar kepada pihak ketiga?

    Tidak. Kami tidak menjual data G Suite anda kepada pihak ketiga. Kami juga tidak berkongsi maklumat peribadi yang diletakkan dalam sistem kami dengan pihak ketiga, kecuali dalam beberapa keadaan luar biasa yang diterangkan dalam perjanjian G Suite dan Dasar Privasi kami, contohnya apabila anda meminta kami mengongsikannya atau apabila kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang.

    Lagi tentang perkongsian maklumat
  • Adakah terdapat iklan dalam G Suite?

    Tidak. Tiada iklan dalam set perkhidmatan teras G Suite. Di luar Perkhidmatan Teras G Suite, perkhidmatan Google tambahan mungkin memaparkan iklan, sepertimana yang diterangkan dalam Notis Privasi G Suite. Untuk pengguna G Suite di sekolah Rendah/Menengah (K-12), Google tidak menggunakan mana-mana maklumat peribadi pengguna (atau apa-apa maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Google) untuk menyasarkan iklan.

    Baca perjanjian G Suite (kontrak antara Google dengan sekolah yang meliputi perkhidmatan teras G Suite) kami
    Baca notis privasi G Suite kami
    Lagi tentang privasi
  • Bagaimana Google memastikan data sentiasa selamat?

    Kami amat komited terhadap keselamatan dan privasi data anda. Kami turut komited dalam melindungi anda dan sekolah anda daripada cubaan untuk menjejaskannya. Sistem kami adalah antara yang paling selamat dalam industri ini dan kami bersungguh-sungguh menentang sebarang percubaan yang menyalahi undang-undang untuk mengakses data pelanggan kami.

    Pusat data Google menggunakan perkakasan tersuai yang menjalankan sistem pengendalian dan sistem fail teguh. Setiap sistem ini telah dioptimumkan dari segi keselamatan dan prestasi. Oleh sebab Google mengawal keseluruhan tindanan perkakasan ini, kami dapat bertindak balas terhadap sebarang ancaman atau kelemahan yang mungkin timbul dengan serta-merta.

    Google menyulitkan Gmail (termasuk lampiran) dan data Drive semasa penghantaran. Hal ini memastikan mesej anda selamat bukan sahaja semasa mesej itu bergerak antara anda dan pelayan Google, tetapi juga semasa mesej tersebut bergerak dari satu pusat data ke pusat data Google yang lain.

    Lagi tentang keselamatan
  • Bagaimana Google memastikan alatannya boleh dipercayai?

    Infrastruktur kami yang terbukti bagus mengendalikan lebih daripada 100 bilion pertanyaan carian setiap bulan dan menskalakan perkhidmatan seperti Gmail kepada beratus juta pengguna dengan 99.978% ketersediaan dan tiada waktu gendala yang dijadualkan. Google membuat pelaburan yang sangat besar untuk menjamin infrastrukturnya. Google mengambil beratus-ratus jurutera yang dikhususkan untuk mengurus keselamatan dan privasi di seluruh produk serta perkhidmatan Google dan ramai daripada mereka merupakan pakar yang diiktiraf dalam industri.

    Lagi tentang kebolehpercayaan
  • Pihak ketiga manakah yang telah menyemak amalan keselamatan Google?

    Kami berhubung dengan juruaudit bebas untuk mengkaji semula amalan perlindungan data kami. Syarikat juruaudit bebas, Ernst & Young telah mengesahkan bahawa amalan dan komitmen kontraktual kami untuk G Suite mematuhi ISO/IEC 27018:2014. G Suite dan pusat data kami turut diaudit dengan SSAE 16 / ISAE 3402 Jenis II SOC 2 dan berjaya memperoleh Sijil ISO 27001.

    Lagi tentang pematuhan
    Lihat pensijilan audit keselamatan kami
  • Bagaimana untuk memastikan bahawa pelanggan lain yang berkongsi pelayan yang sama tidak dapat mengakses data saya?

    Data anda dilindungi secara logik seolah-olah data itu berada di pelayannya sendiri. Pihak yang tidak mempunyai kebenaran tidak boleh mengakses data anda. Pelanggan lain tidak boleh mengakses data anda dan anda juga tidak boleh mengakses data mereka. Malah, semua akaun pengguna dilindungi oleh seni bina selamat yang memastikan seseorang pengguna itu tidak dapat melihat data pengguna lain. Hal ini adalah sama dengan cara data pelanggan dibahagikan di infrastruktur kongsi yang lain, misalnya aplikasi perbankan dalam talian.

  • Bagaimana anda tahu kami menunaikan janji kami?

    Kami menyatakan komitmen kontraktual kami dalam perjanjian G Suite dan kami komited untuk mematuhi piawaian privasi dan keselamatan di sini. Tidak kira sama ada papan pemuka masa nyata untuk mengesahkan prestasi sistem, pengauditan berterusan terhadap proses kami atau perkongsian lokasi pusat data, kami komited untuk memberikan ketelusan penuh kepada semua pengguna kami. Data tersebut ialah data anda dan kami ingin anda tahu segala yang berlaku kepada data tersebut agar anda akan sentiasa membuat pilihan yang termaklum.

    Lagi tentang ketelusan
  • Adakah Google telah menandatangani Ikrar Privasi Pelajar?

    Ya. Untuk mengesahkan semula komitmen yang telah kami nyatakan kepada sekolah, Google telah menandatangani Ikrar Privasi Pelajar. Ikrar yang telah diperkenalkan oleh Forum Privasi Masa Depan (FPF) dan Persatuan Industri Perisian & Maklumat (SIIA) ini bertujuan untuk mencerminkan komitmen kami terhadap perlindungan maklumat peribadi pelajar dalam perkhidmatan kami yang direka untuk kegunaan di sekolah.

    Baca ikrar privasi pelajar
  • Adakah Google menyulitkan data saya?

    Ya. Data disulitkan pada beberapa peringkat. Google memaksa penggunaan HTTPS (Protokol Pemindahan Hiperteks Selamat) untuk semua penghantaran antara pengguna dan perkhidmatan G Suite serta menggunakan Kerahsiaan Hadapan Sempurna (PFS) untuk semua perkhidmatannya. Google juga menyulitkan penghantaran mesej dengan pelayan mel lain yang menggunakan Keselamatan Lapisan Pengangkutan (TLS) 256 bit dan menggunakan kunci penyulitan RSA 2048 untuk pengesahan dan fasa pertukaran kunci. Hal ini melindungi komunikasi mesej apabila pengguna menghantar dan menerima e-mel dengan pihak luar yang turut menggunakan TLS.

  • Bagaimana perkhidmatan Google mengumpul dan menggunakan maklumat dengan akaun G Suite for Education?

    Notis Privasi G Suite for Education boleh membantu sekolah, pelajar dan ibu bapa memahami maklumat yang dikumpul oleh perkhidmatan Google apabila digunakan dengan akaun G Suite for Education dan cara mereka menggunakan maklumat itu.

    Baca notis privasi G Suite kami
  • Apakah jenis pengimbasan atau pengindeksan data pengguna yang dilakukan pada akaun G Suite for Education?

    Perkhidmatan G Suite tidak mengumpul atau menggunakan maklumat dalam perkhidmatan tersebut untuk tujuan pengiklanan atau untuk membuat profil iklan.

    Gmail untuk pengguna dan pemegang akaun G Suite dijalankan pada infrastruktur yang sama. Infrastruktur ini membantu kami menyampaikan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi kepada semua pengguna kami. Walau bagaimanapun, G Suite ialah penawaran berasingan yang memberikan kawalan keselamatan, pentadbiran dan pengarkiban tambahan untuk pelanggan pendidikan, pekerjaan dan kerajaan.

    Seperti kebanyakan penyedia e-mel, kami melakukan imbasan dalam Gmail untuk memastikan pelanggan kami dilindungi dan untuk memperbaik pengalaman produk mereka. Dalam Gmail untuk G Suite, ini termasuklah perlindungan virus dan spam, penyemakan ejaan, hasil carian yang berkaitan dan pelbagai ciri seperti Peti Masuk Utama dan pengesanan automatik acara kalendar. Pengimbasan untuk memberikan ciri produk dilakukan terhadap semua e-mel masuk dan 100% automatik. Kami TIDAK mengimbas e-mel G Suite untuk tujuan pengiklanan.

    Baca notis privasi G Suite kami
  • Adakah penggunaan G Suite for Education dapat mematuhi Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (FERPA)?

    Ya. Perkhidmatan teras G Suite mematuhi Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (FERPA) dan komitmen kami untuk berbuat demikian disertakan dalam perjanjian kami.

    Ketahui lebih lanjut tentang FERPA
  • Apakah pilihan yang ditawarkan oleh G Suite for Education bagi mematuhi undang-undang privasi Eropah (GDPR)?

    Sekolah boleh ikut serta dalam pindaan pemprosesan data dan fasal kontrak model. Fasal kontrak model diwujudkan khusus oleh Suruhanjaya Eropah untuk membenarkan pemindahan data peribadi dari Eropah.

    Jika anda belum berbuat demikian, kami ingin mengingatkan pelanggan G Suite kami supaya mempertimbangkan agar mengikut serta dalam pindaan pemprosesan data dan fasal kontrak model.

    Lihat arahan ikut serta
    Lagi tentang fasal kontrak model
  • Adakah penggunaan G Suite for Education mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak 1998 (COPPA)?

    Ya. Kami secara kontraktual menghendaki sekolah yang menggunakan G Suite mendapatkan persetujuan ibu bapa seperti yang dituntut oleh COPPA. Penggunaan perkhidmatan kami adalah mematuhi COPPA asalkan sekolah mempunyai persetujuan ibu bapa.

    Baca COPPA
    Baca artikel "mendapatkan persetujuan untuk G Suite" pusat bantuan kami

Chromebook untuk Pendidikan

Muat turun ikhtisar PDF
Kembangkan semua Runtuhkan semua
  • Siapakah yang menggunakan Chromebooks for Education?

    Berjuta-juta pelajar menggunakan Chromebook untuk belajar. Ciri privasi dan keselamatan membantu menjadikan Chromebook peranti yang paling laris di sekolah K-12 AS sejak dua tahun lalu. Pentadbir boleh mengurus tetapan untuk memberi pelajar akses sepertimana yang diingini oleh sekolah.

    Walaupun Chromebook bukan perkhidmatan teras, kami memastikan peranti tersebut mematuhi Ikrar Privasi Pelajar supaya sekolah boleh menggunakannya sambil mematuhi COPPA dan FERPA. Kami secara khusus memastikan tiada data yang dimasukkan ke dalam Chromebook akan digunakan untuk menyasarkan iklan kepada pelajar. Ketahui lebih lanjut di bawah.

  • Adakah Chromebook selamat untuk pelajar saya?

    Ya. Chromebooks direka bentuk dengan berbilang lapisan keselamatan untuk memastikan peranti itu selamat daripada virus dan perisian hasad tanpa apa-apa perisian keselamatan tambahan. Seluruh 10% masa but dikhaskan untuk mengesahkan semula bahawa peranti tidak diusik, jadi setiap kali anda menghidupkan Chromebook, keselamatan anda dijamin. Oleh sebab sistem ini boleh diurus dari web, Chromebook memudahkan pentadbir sekolah untuk mengkonfigurasikan dasar dan tetapan, seperti mendayakan penyemakan imbas selamat atau menyekat tapak berniat jahat.

    Lagi tentang keselamatan Chromebook
    Lagi tentang privasi Chromebook
    Baca kertas putih privasi Chrome
  • Adakah Chromebook serasi dengan ujian dalam talian?

    Chromebook ialah platform yang selamat untuk mentadbir penilaian pelajar dan apabila disediakan dengan betul, peranti ini memenuhi piawaian ujian pendidikan K-12. Dengan Chromebook, anda boleh melumpuhkan akses pelajar bagi menghalang mereka daripada menyemak imbas web semasa peperiksaan di samping melumpuhkan storan luaran, tangkapan skrin dan keupayaan untuk mencetak. Kedua-dua konsortium PARCC (lihat TestNav) dan Penilaian Seimbang Lebih Pintar telah mengesahkan bahawa Chromebook memenuhi syarat perkakasan dan sistem pengendalian untuk pelajar dalam talian.

    Konfigurasikan Chromebook untuk ujian
  • Bagaimana data digunakan dan dilindungi pada Chromebook for Education bagi pelajar?

    Penyegerakan Chrome membolehkan pemegang Akaun Google melog masuk ke mana-mana Chromebook atau penyemak imbas Chrome dan menemui semua aplikasi, sambungan, penanda halaman dan halaman web yang kerap mereka lawati. Bagi pelajar, ini bermakna mereka boleh terus memulakan kerja. Itulah salah satu punca Chromebook menjadi sangat popular dalam bilik darjah, terutama untuk sekolah yang tidak mampu menyediakan sebuah peranti untuk setiap pelajar. Pelajar boleh mendapat pengalaman yang diperibadikan pada mana-mana peranti yang mereka kongsi dengan rakan sekelas mereka menggunakan Chromebook dan Penyegerakan Chrome.

    Data Penyegerakan Chrome yang boleh dikenal pasti secara peribadi dalam akaun G Suite hanya digunakan untuk menghidupkan ciri dalam Chrome untuk orang tersebut, contohnya membenarkan pelajar mengakses data dan tetapan penyemakan imbas mereka sendiri secara selamat merentasi peranti. Selain itu, sistem kami menyusun data yang dikumpulkan daripada jutaan pengguna Penyegerakan Chrome dan selepas memadam sepenuhnya maklumat tentang pengguna secara individu, kami menggunakan data ini secara berhemah untuk memperbaik perkhidmatan yang kami sediakan. Sebagai contoh jika data menunjukkan jutaan pengguna melawati halaman web yang terjejas, tapak itu akan dialihkan ke lebih bawah dalam hasil carian. Tindakan ini tidak berkaitan dengan mana-mana orang tertentu dan tidak digunakan untuk menganalisis sikap pelajar. Jika mereka ingin berbuat demikian, pentadbir boleh melumpuhkan Penyegerakan Chrome dan pengguna boleh memilih maklumat yang ingin disegerakkan. Data Penyegerakan Chrome pengguna G Suite tidak digunakan untuk menyasarkan iklan kepada pelajar secara individu.

    Ketahui lebih lanjut tentang penyegerakan Chrome
    Ketahui cara mengurus peranti Chrome
    Lihat cara menyulitkan data anda yang disegerakkan

Maklumat lanjut

Kembangkan semua Runtuhkan semua

Perkhidmatan tambahan

Sekolah boleh mengawal sama ada pelajar atau guru boleh menggunakan perkhidmatan pengguna Google tambahan dengan akaun G Suite mereka. Kami komited untuk memastikan maklumat peribadi pelajar K-12 tidak digunakan untuk menyasarkan iklan dalam perkhidmatan ini dan dalam sesetengah keadaan, kami tidak memaparkan iklan sama sekali.

Kebanyakan Perkhidmatan Tambahan dikawal oleh Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Google. Sesetengah perkhidmatan turut mempunyai syarat khusus perkhidmatan.

Kami membenarkan pihak sekolah membuat keputusan sama ada mereka ingin menghidupkan atau mematikan perkhidmatan untuk kumpulan guru dan pelajar yang tertentu. Setiap organisasi dan komuniti adalah berbeza, oleh itu kami memberi sekolah kuasa untuk mengkonfigurasikan alatan mengikut keinginan mereka bagi memenuhi keperluan unik pelajar dan pendidik.

Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan teras dan tambahan G Suite

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.