Bina kemahiran Google for Education anda
Percepat pembelajaran di dalam bilik darjah anda dengan alatan Google for Education. Semak imbas kursus percuma, dapatkan pensijilan untuk menyerlahkan diri anda sebagai pendidik atau pentadbir IT dan dapatkan kelayakan dengan program Champions kami. Anda juga akan menemukan sumber ciptaan komuniti yang dibuat oleh pendidik tempatan seperti anda.
Terokai kursus dalam talian untuk semua orang di dalam bilik darjah
Walau apa pun peranan anda, Google for Education membolehkan anda membina kurikulum yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran anda.
Pendidik
Ketahui alatan Google for Education
-
2.3 JAM
Penggunaan asas Google Workspace for Education Fundamentals
Bina kemahiran digital yang diperlukan untuk membuat bahan dan pelajari cara menyepadukan pembelajaran digital di dalam bilik darjah anda.
-
2 JAM
Mula Menggunakan Google AI dalam Pendidikan K12
Temukan cara menggunakan Gemini sebagai pembantu dalam amalan profesional anda untuk menjimatkan masa dan menyerlahkan kreativiti anda semasa melaksanakan tugasan harian.
-
1.4 JAM
Ciri Pengajaran & Pembelajaran Premium
Ketahui cara memaksimumkan manfaat alatan Google seperti Classroom dan Meet serta fahami cara menggunakan kemahiran ini untuk meluaskan impak pengajaran.
Pentadbir IT
Jadikan kerjasama lebih mudah, perkemas pengajaran dan pastikan keselamatan pembelajaran
-
2.5 JAM
Google Workspace for Education Fundamentals untuk Pentadbir IT
Ketahui cara mendayakan persekitaran yang selamat dan berkesan dengan ciri dan tetapan yang tersedia dalam Google Workspace for Education Fundamentals.
-
2.3 JAM
Ciri Pentadbir IT Premium
Ketahui cara mengurus keselamatan lanjutan dan alatan analitis yang membantu anda melindungi komuniti sekolah anda daripada risiko keselamatan yang sentiasa berubah.
-
30 MIN
Ciri Pentadbir IT Premium Lanjutan
Bangunkan kemahiran yang diperlukan untuk memaksimumkan manfaat setiap alat pembelajaran dan pelajari cara menyepadukan keselamatan, perlindungan dan proses digital.
Pelajar
Ketahui kemahiran digital praktikal yang diperlukan untuk pekerjaan hari ini dan masa hadapan
-
45 MIN
Terokai AI dalam Kehidupan Seharian
Ketahui manfaat dan cabaran kecerdasan buatan sambil menerokai alatan Google yang popular.
-
60 MIN
Google Workspace: Docs
Ketahui cara mengedit dan memformatkan dokumen dalam Google Docs bagi menyediakan dokumen tersebut untuk perkongsian dan kerjasama.
-
60 MIN
Hasilkan Seni dengan Google Sheets
Lengkapkan projek kreatif sebagai cara yang menyeronokkan dan berkesan untuk mempelajari ciri Helaian Google lanjutan.
Siri Pendidik Google AI
Manfaatkan latihan kecelikan AI percuma daripada Google dengan kerjasama ISTE+ASCD. Ketahui amalan terbaik untuk menggunakan Gemini dalam pendidikan tinggi bagi mengubah pengajaran dan meningkatkan hasil akademik.
Dapatkan pensijilan dan gunakan alatan Google seperti pakar
Serlahkan diri anda dengan melengkapkan pensijilan Google. Anda akan menjadi pakar dalam produk Google for Education serta memperoleh sijil dan lencana yang boleh ditambahkan pada resume, portfolio atau laman web anda.
Pendidik Diperakui Google
Tahap 1
Tunjukkan penguasaan alatan Google di dalam bilik darjah anda.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan:
Menyemak Panduan Peperiksaan dan Kad Tugasan
Mengambil kursus Penggunaan asas Google Workspace for Education Fundamentals
-
Ambil peperiksaan dan dapatkan lencana anda.
-
Pendidik Diperakui Google
Tahap 2
Sahkan kepakaran dan kemahiran penyepaduan teknologi lanjutan anda.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan:
Menyemak Panduan Peperiksaan
Mengambil kursus Penggunaan pertengahan Google Workspace for Education Fundamentals
-
Ambil peperiksaan dan dapatkan lencana anda.
-
Gemini membantu anda tampil menonjol dan menyerlah
Serlahkan keunikan anda melalui pensijilan Gemini.
Untuk Pendidik
Pendidik Diperakui Gemini
Buktikan penguasaan AI anda dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang disesuaikan mengikut semua peringkat umur dan tahap pembelajaran.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan menyemak Panduan Peperiksaan dan mengambil kursus Bermula dengan Google AI dalam Pendidikan K12
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Untuk pelajar K‑12
Pelajar Diperakui Gemini
Tingkatkan transkrip anda dengan sijil Google yang direka bentuk untuk mereka yang berumur bawah 18 tahun.*
Sah selama 3 tahun | Percuma
*peperiksaan ini hanya tersedia untuk pelajar berumur 13 tahun ke atas
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan mengambil kursus Tingkatkan Pembelajaran Anda dengan Gemini
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Untuk Fakulti
Fakulti Diperakui Gemini
Kuasai AI untuk memperkemas penyelidikan, mempermudah pemarkahan, dan merintis bilik darjah kalis masa depan demi generasi seterusnya.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan mengambil kursus Mula Menggunakan Google AI dalam Pendidikan Tinggi
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Untuk Mahasiswa
Pelajar Diperakui Gemini
Bagi pengguna berumur 18 tahun ke atas, tunjukkan kepada perekrut bahawa anda bersedia mendepani apa jua cabaran — termasuk masa hadapan.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan mengambil latihan pelajar AI kami
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Sertai komuniti pendidik seperti anda
Ambil langkah seterusnya dengan memperoleh salah satu kelayakan ini dan jadilah Google for Education Champion.
Temukan kursus yang sesuai untuk matlamat anda
Maksimumkan pembelajaran anda dengan alatan Google Workspace for Education. Pratonton pilihan kursus berdasarkan produk Google dan set kemahiran anda.
Bina kemahiran anda dengan sumber ciptaan komuniti daripada pendidik berhampiran anda
Ketahui cara menggunakan alatan Google untuk berfungsi di dalam bilik darjah anda menggunakan panduan praktikal dan tutorial video yang dibuat oleh pendidik lain dalam komuniti pendidikan anda.
Dibuat oleh pendidik
Sumber daripada pendidik tempatan yang menggunakan alatan Google for Education
Petua berguna
Ketahui aplikasi praktikal untuk alatan Google di dalam bilik darjah
Pustaka kandungan
Terokai video, panduan, rancangan mengajar dan pelbagai lagi
Soalan lazim
Untuk menjadi Google for Education Champion, pendidik boleh memilih untuk memperoleh mana-mana kelayakan yang berikut: Penginovasi Diperakui, Jurulatih Diperakui, Mentor Diperakui atau Pemimpin GEG Diperakui. Setelah mencapai satu daripada pengiktirafan ini, mereka akan menjadi Google for Education Champion secara automatik.
Terdapat keperluan yang berbeza untuk setiap program, termasuk lulus peperiksaan.
Organisasi boleh membeli baucar terus daripada Kryterion melalui pautan ini. Kos bagi setiap baucar adalah sama dengan harga yang disenaraikan untuk peperiksaan.
- $10 untuk Pendidik Diperakui Google Tahap 1
- $25 untuk Pendidik Diperakui Google Tahap 2
- $15 untuk Penilaian Kemahiran Jurulatih
Kami telah mereka bentuk latihan dalam talian percuma yang membantu pendidik bersedia untuk peperiksaan.
Pendidik Diperakui Google Tahap 1
Pendidik Diperakui Google Tahap 2
Penilaian Kemahiran Jurulatih
Mentor Diperakui Google
* mandatori
Penginovasi
- Terus menjalankan Projek Inovasi berimpak tinggi pilihan anda
- Menjadi penyokong berpengaruh bagi penggunaan teknologi Google untuk mengubah pendidikan
- Mengetuai program Google untuk mendorong inovasi dan perubahan di sekolah atau dalam sistem sekolah anda
Jurulatih
- Mempunyai pensijilan L1/L2 yang aktif (dibaharui setiap 3 tahun)
- Penilaian kemaskinian produk tahunan
- Menyerahkan 10 latihan (sebelum ini 12) setiap tahun kalendar
Mentor
- Mempunyai pensijilan L1/L2 yang aktif (dibaharui setiap 3 tahun)
- Bimbingan 1:1 selama 50 jam setiap tahun kalendar
Sijil dan lencana anda akan dihantar melalui e-mel ke alamat yang anda gunakan untuk mendaftar peperiksaan anda. Jika anda tidak menerima salinan, sila semak folder spam anda dan jika anda masih tidak dapat menemukan e-mel tersebut, anda boleh mendapatkan semula bukti kelayakan anda dengan menggunakan Alat Pengambilan Semula Bukti Kelayakan dalam talian Accredible.
Sumber ciptaan komuniti ialah bahan latihan yang direka bentuk dan diserahkan oleh pendidik di rantau anda. Sumber ciptaan komuniti mungkin termasuk panduan yang boleh dimuat turun dalam bentuk PDF, rancangan mengajar, tutorial video, laman web dan pelbagai lagi. Walaupun sumber yang dibuat oleh komuniti telah disemak oleh Google, sumber tersebut tidak mewakili latihan berjenama Google. Sumber ciptaan komuniti yang ditawarkan mungkin berbeza-beza mengikut rantau anda. Pelajaran dan kursus ini hanya tersedia di sesetengah rantau.
Pelajaran dan kursus Google ialah latihan yang direka bentuk dan diperakui oleh Google. Jika tersedia, sumber ini boleh diakses tanpa mengira sama ada rantau anda menawarkan sumber yang dibuat oleh komuniti atau tidak.
Anda boleh menyemak imbas semua sumber ciptaan komuniti yang tersedia dalam Katalog Kursus.
Kami mengesyorkan agar anda bermula dengan kursus Google Workspace for Education Fundamentals. Kursus ini direka bentuk khusus untuk pengguna baharu dan merangkumi alatan "asas" yang akan anda gunakan setiap hari, seperti Classroom, Drive dan Docs. Dari situ, anda boleh memilih "laluan" berdasarkan peranan anda, sama ada anda seorang guru K-12, ahli fakulti pendidikan tinggi atau pentadbir IT.
Mulakan kursus Asas
Terokai sumber latihan mengikut peranan
Ya. Semua kursus dalam talian dalam katalog Pusat Pembelajaran adalah percuma. Walaupun Google tidak mengeluarkan kredit PD secara langsung, banyak daerah sekolah dan universiti menerima sijil tamat kursus atau lencana digital kami sebagai bukti pembangunan profesional. Kami mengesyorkan agar anda menyemak dengan pentadbiran tempatan anda untuk melihat cara jam kursus ini boleh digunakan untuk keperluan pensijilan khusus anda.
Semak imbas katalog kursus
Ketahui perihal proses Pensijilan Pendidik
Baca Soalan Lazim penuh kami atau hubungi kami melalui gfe-trainer-program@google.com.
Bina pengetahuan anda dengan pelajaran e-mel mingguan pada produk Google for Education
Mulakan
Bina pengetahuan anda dengan pelajaran e-mel mingguan pada produk Google for Education
Lagi daripada Google
Tingkatkan lagi bilik darjah anda
Tingkatkan pengalaman bilik darjah anda dengan ciri tambahan yang tersedia dalam alat tambah Teaching and Learning kami.