Pensijilan nampak hebat pada anda—dan resume anda
Perluas set kemahiran pendidikan anda dengan menjadi pakar dalam alatan Google untuk bilik darjah anda. Lengkapkan pensijilan pendidik untuk memperoleh lencana yang boleh anda tambahkan pada resume, portfolio atau laman web anda.
3 sebab untuk mendapatkan sijil
Jadilah pakar dalam penggunaan alatan Google untuk bilik darjah
Cipta bahan yang menarik untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran interaktif
Perkemas proses dan tingkatkan produktiviti anda
Saya melakukan kerja yang saya sukai dan mahu menjadi lebih baik.
Sam Brooks, Penyelaras Pembelajaran Peribadi, Cookeville, Tennessee
Berusaha untuk mendapatkan Sijil Tahap 1 membolehkan saya memperoleh keyakinan dan pemahaman tentang cara menggunakan alatan Google di dalam bilik darjah. Langkah ini pasti mengubah tingkah laku dan perspektif saya sebagai seorang pendidik.
Gunakan alatan Google seperti pakar
Tunjukkan kepakaran anda dalam produk Google for Education
Pendidik Diperakui Google
Tahap 1
Tunjukkan penguasaan alatan Google di dalam bilik darjah anda.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan:
Menyemak Panduan Peperiksaan dan Kad Tugasan
Mengambil kursus Penggunaan asas Google Workspace for Education Fundamentals
-
Ambil peperiksaan dan dapatkan lencana anda.
-
Pendidik Diperakui Google
Tahap 2
Sahkan kepakaran dan kemahiran penyepaduan teknologi lanjutan anda.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan:
Menyemak Panduan Peperiksaan
Mengambil kursus Penggunaan pertengahan Google Workspace for Education Fundamentals
-
Ambil peperiksaan dan dapatkan lencana anda.
-
Gemini membantu anda tampil menonjol dan menyerlah
Serlahkan keunikan anda melalui pensijilan Gemini.
Untuk Pendidik
Pendidik Diperakui Gemini
Buktikan penguasaan AI anda dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang disesuaikan mengikut semua peringkat umur dan tahap pembelajaran.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan menyemak Panduan Peperiksaan dan mengambil kursus Bermula dengan Google AI dalam Pendidikan K12
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Untuk pelajar K‑12
Pelajar Diperakui Gemini
Tingkatkan transkrip anda dengan sijil Google yang direka bentuk untuk mereka yang berumur bawah 18 tahun.*
Sah selama 3 tahun | Percuma
*peperiksaan ini hanya tersedia untuk pelajar berumur 13 tahun ke atas
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan mengambil kursus Tingkatkan Pembelajaran Anda dengan Gemini
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Untuk Fakulti
Fakulti Diperakui Gemini
Kuasai AI untuk memperkemas penyelidikan, mempermudah pemarkahan, dan merintis bilik darjah kalis masa depan demi generasi seterusnya.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan mengambil kursus Mula Menggunakan Google AI dalam Pendidikan Tinggi
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Untuk Mahasiswa
Pelajar Diperakui Gemini
Bagi pengguna berumur 18 tahun ke atas, tunjukkan kepada perekrut bahawa anda bersedia mendepani apa jua cabaran — termasuk masa hadapan.
Sah selama 3 tahun | Percuma
Dapatkan sijil:
-
Buat persediaan dengan mengambil latihan pelajar AI kami
-
Kemudian ambil peperiksaan dan dapatkan sijil anda
-
Sertai komuniti Education Champions
Ambil langkah seterusnya—dapatkan salah satu kelayakan ini dan jadilah Google for Education Champion.
Soalan lazim
Ya! Sebagai Penginovasi Diperakui Google for Education, Jurulatih Diperakui Google for Education dan/atau Mentor Diperakui Google for Education, anda dilantik secara automatik sebagai ahli komuniti Google for Education Champions dan mendapat pengiktirafan ini. Anda sepatutnya telah menerima e-mel dengan maklumat lanjut daripada pasukan kami.
Tidak, melainkan anda juga merupakan Penginovasi Diperakui, Mentor Diperakui dan/atau Jurulatih Diperakui Google for Education. Google for Education Champions merupakan individu yang memiliki satu atau beberapa pengiktirafan tersebut. Untuk memperoleh pengiktirafan tersebut, lihat keperluan dan proses permohonan di sini: http://edu.google.com/Champions.
Tidak, melainkan anda juga merupakan Penginovasi Diperakui, Mentor Diperakui dan/atau Jurulatih Diperakui Google for Education. Google for Education Champions merupakan individu yang memiliki satu atau beberapa pengiktirafan tersebut. Untuk memperoleh pengiktirafan tersebut, lihat keperluan dan proses permohonan di sini: http://edu.google.com/Champions.
Pengenalan Google for Education Champions tidak memberikan sebarang kesan kepada ahli kumpulan pendidik dunia. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2024, Pemimpin GEG dikehendaki agar menjadi Champion (memegang sama ada pensijilan Mentor, Jurulatih atau Penginovasi).
Sekolah / Daerah Rujukan boleh menggalakkan pendidik mereka untuk mempertimbangkan penyertaan sebagai Google for Education Champions apabila sesuai.
Tidak, Google for Education Champions tidak menggantikan program Jurulatih, Penginovasi dan Mentor Diperakui tetapi menyatukan dan meningkatkan program tersebut. Pensijilan Penginovasi, Jurulatih dan Mentor akan diteruskan dan kami akan terus menerima penyertaan ahli baharu dalam setiap subkomuniti. Pensijilan Jurulatih dan Mentor menerima permohonan pada masa ini dan permohonan baharu bagi Penginovasi akan dibuka pada tahun 2024.
Ya! Jika anda diterima sebagai Jurulatih Diperakui Google dan melengkapkan semua langkah suai tugas yang berkaitan, anda akan dianggap sebagai Champion secara automatik.
Ya! Lencana program anda yang berasingan akan tetap kekal. Anda juga boleh menggunakan lencana Champions yang baharu dan tandatangan e-mel yang boleh ditemukan di sini.
Semua perubahan akan berkuat kuasa pada tahun 2024
Penginovasi - tiada perubahan
Terus menjalankan Projek Inovasi berimpak tinggi pilihan anda
Menjadi penyokong berpengaruh bagi penggunaan teknologi Google untuk mengubah pendidikan
Mengetuai program Google untuk mendorong inovasi dan perubahan di sekolah atau dalam sistem sekolah mereka
Jurulatih - kemaskinian kecil, semua keperluan pensijilan semula Jurulatih digantung pada masa ini. Keperluan ini akan kembali berkuat kuasa pada tahun 2024.
Mempunyai pensijilan L1/L2 yang aktif (dibaharui setiap 3 tahun)
Penilaian kemaskinian produk tahunan
Menyerahkan 10 latihan (sebelum ini 12) setiap tahun kalendar - akan berkuat kuasa pada tahun 2024
Mentor - kemaskinian kecil
Mempunyai pensijilan L1/L2 yang aktif (dibaharui setiap 3 tahun) Bimbingan 1:1 selama 50 jam (100 jam pada masa ini) setiap tahun kalendar - akan berkuat kuasa pada tahun 2024
Lagi daripada Google
Tingkatkan lagi bilik darjah anda
Tingkatkan pengalaman bilik darjah anda dengan ciri tambahan yang tersedia dalam alat tambah Teaching and Learning kami.