Mengubah pendidikan dalam talian dan memperbaik keputusan pelajar menggunakan pembelajaran mesin

Dengan menggunakan alatan pembelajaran mesin Google Cloud Platform untuk memahami dan menjawab pertanyaan pelajar 24 jam sehari, 7 hari seminggu, Strayer University membuat peningkatan yang besar dalam sokongan kepada lebih 48,000 pelajar universiti tersebut.

Sebahagian besar populasi pelajar Strayer University terdiri daripada pelajar “bukan tradisional” yang mengalami halangan yang tidak dialami oleh pelajar tradisional yang belajar di kampus biasa. Kebanyakan pelajar bekerja sepenuh masa, sudah berkeluarga dan mereka selalunya pernah cuba mengambil kursus pendidikan tinggi. Selain itu, lebih 80% daripada pelajar Strayer mengambil sekurang-kurangnya satu daripada kelas mereka secara dalam talian. Universiti ini mengakui bahawa mereka tidak mampu mengendalikan isu pelajar dalam talian sepertimana yang mungkin dilakukan oleh univerisiti tradisional. Universiti ini memerlukan suatu pendekatan yang unik.

"Mengatur letak 'Irving' menggunakan Google Cloud Platform dan Dialogflow bukan hanya membantu pelajar mendapatkan jawapan dengan lebih cepat, malah turut memudahkan kakitangan Universiti untuk memberi tumpuan kepada usaha membantu pelajar yang mempunyai keperluan yang lebih besar di sepanjang perjalanan mereka ke arah memperoleh ijazah."

Joe Schaefer, Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi, Strayer University

Memperkenalkan Irving: ejen perkhidmatan yang mesra

Institusi ini sudah pun menggunakan platform sembang langsung dengan masa lanjutan untuk membantu pelajar yang bekerja. Tetapi institusi ini mahu membangunkan pembantu maya yang boleh belajar melalui perbualan dengan pelajar dan menyokong mereka dalam masa nyata. Pihak pengurusan Strayer menyusun pasukan bersilang jabatan yang terdiri daripada pakar psikologi tingkah laku, jurutera perisian, pembangun tindanan penuh dan pereka perbualan. Mereka mencari teknologi yang mampu melaksanakan tugas ini dan telah memilih Dialogflow Google.

Daniel McCarthy, Pengarah Eksekutif Kecerdasan Buatan & Automasi, menggambarkan model bahasa Google Cloud dan Dialogflow sebagai “sangat teguh sehingga sukar hendak dibayangkan tahap kecekapan dan ketepatannya”. Ciri yang disediakan oleh Google seperti mudah untuk digunakan dan keluwesan, keupayaan untuk dijalankan dengan cepat dan keupayaan untuk mengatasi model bot sembang merupakan faktor yang penting dalam membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Google dalam program ini. Dalam tempoh tidak sampai seminggu, pasukan Strayer telah membuat prototaip yang bukan sahaja boleh menyapa pelajar mengikut nama, malah mengetahui butiran peribadi seperti tarikh lahir pelajar. Irving yang dinamakan sempena nama pengasas universiti ini, Dr. Irving Strayer, dapat mengetahui apabila perbualan tersasar daripada topik dan mengubah hala pelajar kepada ejen insan untuk bantuan lanjut. Perubahan ini sangat menakjubkan.

Kesan kepada pelajar

Sejak musim bunga 2017, terdapat lebih 163,697 interaksi dengan Irving, yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 20,000 pelajar unik, Irving mencatat kadar kejayaan 72% dari segi kemampuan memahami mesej pelajar. Pelajar yang tidak mengambil kursus dalam talian turut mendapat manfaat kerana Irving ditempatkan dalam iCampus, iaitu alat yang boleh diakses oleh semua pelajar. Disebabkan kejayaan ini, kini Irving mengendalikan 74% daripada jumlah sembang langsung Strayer–oleh itu kakitangan sokongan pelajar dapat memberi tumpuan kepada pelajar yang mempunyai keperluan yang lebih rumit. Pelajar telah memberikan reaksi yang positif: apabila diminta memberi maklum balas selepas berinteraksi dengan Irving, seorang pelajar mengulas, “Sangat membantu, saya tidak sabar untuk mengemukakan soalan lain!”

Sepanjang beberapa bulan yang akan datang, Strayer akan memanfaatkan Dialogflow untuk menghasilkan analisis sentimen dan mengoptimumkan pengalaman pelajar dengan lebih lanjut. McCarthy menekankan bahawa Strayer mengumpul soalan secara berterusan untuk ditambahkan pada kandungannya dan menambah baik perkhidmatan. Beliau menambah bahawa universiti ini mempunyai rancangan besar untuk teknologi ini: seterusnya pasukan ini merancang untuk menggunakan teknologi Dialogflow dan Google Cloud dalam mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan tambahan serta menawarkan bimbingan dan sumber tambahan untuk membantu mereka memperbaik kehidupan mereka melalui pendidikan. McCarthy berasa optimistik: “Fungsian Dialogflow yang teguh amat sesuai dengan misi yang kami ingin capai. Kami semua sangat teruja tentang perkara ini”.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.