North Carolina State University menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih kolaboratif serta kreatif

Cabaran

Sebelum ini, NC State menggunakan sistem e-mel lama, Cyrus IMAP dan GroupWise yang gagal memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan. Pelajar tidak dapat melakukan banyak perkara dengan e-mel kerana kuota storan yang kecil. Manakala tenaga pengajar pula menghadapi masalah penjadualan kerana mereka menggunakan program kalendar yang berlainan. “Anda tidak dapat menjadualkan pertemuan dengan seseorang dengan mudah jika mereka tidak menggunakan kalendar yang sama — anda terpaksa memanggil mereka dan menghantar e-mel berulang kali untuk memastikan mereka lapang,” kata Stan North Martin, pengarah Khidmat Masyarakat, Komunikasi dan Perundingan di Pejabat Teknologi Maklumat, NC State.

Pelajar dan kakitangan juga berdepan dengan halangan apabila cuba bekerjasama. Sebagai contoh, pentadbir menghadapi kesukaran untuk mengambil dan berkongsi nota dengan cekap semasa mesyuarat kakitangan. “Dengan Microsoft Word, anda tidak tahu sama ada versi yang anda gunakan itu ialah versi yang terkini atau tidak. Proses ini sudah ketinggalan zaman,” kata Martin.

"Itulah salah satu perkara yang paling banyak mengubah kampus — menyatukan semua orang pada platform yang sama, menggunakan e-mel dan kalendar yang sama."

Stan North Martin, pengarah Khidmat Masyarakat, Komunikasi dan Perundingan di Pejabat Teknologi Maklumat di NC State Universit

Penyelesaian

Didorong oleh rasa kecewa terhadap ruang e-mel dan ciri kalendar yang tidak memuaskan hati serta keupayaan kerjasama yang terhad, CIO universiti ini meminta pasukan yang berkenaan meninjau pilihan untuk pelajar, termasuk G Suite, Microsoft Live dan Zimbra. Mereka menganalisis kos dan faedah, kemudian menubuhkan sebuah kumpulan fokus pelajar untuk mengecilkan senarai pilihan mereka. Selepas menguji pelbagai alatan yang berlainan, serta menerima tunjuk cara bersemuka dan maklum balas daripada pelajar, universiti ini memutuskan untuk menerima pakai Google. Keupayaan Google untuk bersepadu dengan perisian dan perkakasan lain memainkan peranan penting dalam keputusan yang dibuat oleh NC State. “Pada waktu itu, penyelesaian Microsoft hanya berfungsi dengan Internet Explorer,” ujar Sarah Noell, ketua Pasukan Perkhidmatan Google dan penolong pengarah Pejabat Teknologi Maklumat. “Di kampus kami, bilangan komputer Mac semakin bertambah.

Ramai pelajar kami sudah pun menggunakan Google. Bagi mereka, perubahan ini bukanlah sesuatu yang sukar.” Sementara itu, CIO meminta kumpulan penyelidikan lain di kampus menilai G Suite untuk tenaga pengajar dan kakitangan. Kriteria utamanya ialah penyelesaian yang hanya memerlukan perubahan proses yang kecil. Beralih daripada penyelesaian di premis kepada penyelesaian berasaskan awan memang memerlukan perubahan, tetapi tanggapan perubahan itu adalah lebih besar daripada realitinya. Kebanyakan tenaga pengajar menerima baik peralihan kepada Google setelah melihat pelajar menggunakannya dengan berkesan. Walaupun pada mulanya sesetengah kakitangan berasa keberatan, rungutan mereka tidak lagi kedengaran apabila mereka mula menggunakan G Suite, jelas Noell yang mengimbas kembali detik permulaan penghijrahan mereka. Kini, pasukan Noell mengurus 180,000 akaun Google dan lebih kurang 75,000 daripadanya masih aktif. Graduan NC State boleh mengekalkan akaun mereka sampai bila-bila namun ramai yang mempunyai akaun yang tidak aktif.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.