Sekolah Awam Edmonton membina pembelajaran kolaboratif menggunakan G Suite for Education

Cabaran

Sekolah Awam Edmonton (EPS) ingin mengembangkan program inovatifnya dengan memberi pelajar dan guru alatan kerjasama dalam talian yang mudah digunakan. Walaupun daerah ini telah menawarkan akaun e-mel yang dihoskan oleh sekolah dan perisian produktiviti pelanggan, namun akses kepada teknologi adalah terhad, sepertimana penggunaan alatan kerjasama dalam talian. Walaupun pelajar boleh bersambung kepada rangkaian wayarles daerah itu, mereka tidak dapat menggunakan perisian atau alatan tanpa akses VPN yang selamat. Guru turut menghadapi kesukaran menggunakan sistem pengendalian dan perisian yang berlainan. Mereka ingin mewujudkan komuniti pembelajaran yang padu dan saling bekerjasama. Tujuannya adalah supaya pelajar boleh bekerja bersama-sama rakan sebaya dengan lebih mudah dan berinteraksi bersama guru dengan lebih produktif.

"Beberapa orang guru memberikan komen: Mengapa baru sekarang ini saya menggunakan G Suite? Manakala bagi ramai pelajar, G Suite telah meningkatkan pembelajaran dan penglibatan mereka."

Terry Korte, Penyelaras perancangan penyepaduan teknologi

Penyelesaian

EPS menjalankan program rintis dengan G Suite for Education (dahulunya dikenali sebagai Google Apps for Education), kemudian mengembangkan program ini sedikit demi sedikit. Mereka mendapati program ini memenuhi, malah melebihi jangkaan mereka dan maklum balas yang mereka terima sangat positif. Sejak beralih kepada G Suite, kerjasama telah berkembang di seluruh daerah. Pelajar dan guru menulis blog tentang novel, menyelesaikan masalah matematik menggunakan Hamparan Google, berkongsi projek penyelidikan dan tinjauan menggunakan Dokumen Google dan membuat tapak web yang mengandungi pautan, gambar serta video menggunakan Google Sites. G Suite juga telah menyelesaikan isu berkaitan menangani sistem pengendalian dan perisian yang berlainan pada pelbagai peranti mudah alih. Kini perkongsian dan pengumpulan bahan menjadi lebih lancar dan cekap bagi guru. Mereka juga dapat menjejaki kerja rumah dan tugasan dengan lebih berkesan. Paling penting, G Suite telah meningkatkan kreativiti dan semangat pelajar untuk belajar dan bekerjasama.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.