Sekolah Carroll membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran dengan Google for Education

Margaret Kuzmicz, Pengarah Teknologi di Sekolah Carroll mahukan teknologi yang mendorong pelajar untuk belajar, bukan melemahkan semangat mereka.

Cabaran

Margaret Kuzmicz, Pengarah Teknologi di Sekolah Carroll, mahukan teknologi yang menginspirasikan pelajar, bukan membantutkan semangat mereka untuk belajar. Malangnya, peranti Windows yang digunakan di sekolah tersebut pada masa itu, sudah ketinggalan zaman, perlahan dan susah untuk digunakan oleh pelajar. Selain itu, isu teknikal lazim sistem itu menyukarkan pasukan IT untuk menjalankan penyelenggaraan. “Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam mengurus persekitaran Windows, sehingga saya perlu mengambil pekerja sementara untuk menyiapkan peranti setiap tahun,” kata Kuzmicz. Memandangkan ramai pelajar yang menghadapi masalah berasaskan bahasa sukar mengendalikan strategi membaca dan menulis tradisional, Sekolah Carroll mahu menyediakan teknologi intuitif yang dapat membantu pelajar berjaya di dalam bilik darjah. Semasa memikirkan penyelesaian yang lebih berkesan untuk pelajar mereka, sekolah tersebut menyedari bahawa peranti skrin sentuh adalah lebih mudah untuk digunakan oleh semua orang, terutama pelajar paling muda di sekolah itu.

"G Suite membolehkan pelajar untuk terus dan sentiasa berkomunikasi secara langsung dengan guru mereka serta pelajar lain. Hubungan ini membantu pelajar menjadi lebih produktif kerana mereka dapat mengatasi rintangan yang sebelum ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sokongan."

Margaret Kuzmicz, Pengarah Teknologi, Sekolah Carroll

Penyelesaian

Pada tahun 2014, Kuzmicz bekerjasama dengan beberapa jabatan di sekolah tersebut, termasuk pasukan Pentadbiran serta Intervensi dan Penyelidikan Kognitif, untuk mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan unik Sekolah Carroll. “Kami memilih G Suite for Education, Chromebook skrin sentuh dan Bilik Darjah Google kerana alatan ini menyampaikan jenis pengalaman yang diperlukan dan berhak diterima oleh pelajar,” kata Kuzmicz. Kini semua pelajar menggunakan Chromebook skrin sentuh di dalam bilik darjah untuk kerja harian mereka serta untuk ujian. Chromebook telah menjadi begitu popular sehingga pada tahun ini, ahli fakulti di Sekolah Carroll mendapatkan 40 buah peranti mereka sendiri dan merancang untuk melengkapi kesemua 100 orang guru dengan Chromebook di dalam bilik darjah mereka.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.