Universiti Brown menggunakan VR untuk menarik perhatian pelajar dalam sejarah Amerika

Sebagai Residen Artis Realiti Maya Universiti Brown, Adam Blumenthal ialah penyebar untuk manfaat penggunaan realiti maya dalam pendidikan tinggi. Untuk satu projek perintis, beliau dan pasukan pelajarnya menggunakan kamera Jump Google dan Tilt Brush untuk mencipta semula sejarah kolonial yang telah terabai.

Walaupun tidak begitu terkenal berbanding Jamuan Teh Boston, Peristiwa Gaspee memberi kesan yang sama pentingnya pada Revolusi Amerika. The Gaspee ialah kapal British yang meronda Teluk Narragansett di Rhode Island, mengganggu penjajah dan mengganggu perdagangan mereka. Pada tahun 1772 orang Amerika menyerang dan membakar kapal tersebut, lantas menyediakan alasan untuk pemberontakan yang kemudiannya berubah menjadi Perang Kemerdekaan.

Kepada Adam Blumenthal, Profesor Latihan dan Residen Artis Maya di Brown, episod sejarah yang dilupakan ini ialah calon yang sesuai untuk pembinaan semula dalam realiti maya (VR). “Kisah ini sangat dramatik,” ujar beliau, “dengan bedilan meriam dan tembakan senapang serta kejar-mengejar dengan bot, tetapi kisah ini juga penting di peringkat kebangsaan. Saya memilihnya sebagai sebahagian daripada kebanggaan Rhode Island dan saya fikir bahawa dengan faktor wow VR, kisah Rhode Island ini akan lebih diketahui.” Banyak lokasi tempat kisah ini berlaku dipelihara dengan baik dan universiti ini mempunyai arkib dan artifak untuk memberikan realiti kepada percubaan ini.

Oleh itu dengan sekumpulan pelajar dan kamera Jump, Blumenthal mula mendraf skrip, mereka bentuk set dan membina dunia maya yang terperinci untuk pelajarnya berinteraksi dengan masa lalu. Beliau mengatakan bahawa “satu perkara yang saya suka tentang VR ialah keupayaannya meletakkan orang di tempat yang mustahil dicapai, dalam keadaan ini, melangkah kembali ke masa silam dalam ciptaan semua yang sangat tulen.” Selain pelajar, Blumenthal mengambil pelakon semula sejarah untuk merakam beberapa “adegan” di tapak kolonial berdekatan: sebuah tavern, mahkamah dan rumah persendirian penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan abad kelapan belas serta tempat tinggal kapten sebuah kapal. Berbanding produksi filem, pelantar ini mengandungi enam belas kamera yang menghasilkan imej stereoskopik 360 darjah dalam peleraian yang mencapai 8K.

"Faktor wow VR ialah bahagian yang penting dalam membuka minda pelajar."

Adam Blumenthal, Profesor Latihan dan Artis Maya Tamu, Universiti Brown

Menghidupkan masa lalu

Berasaskan Go-Pro Odyssey, kamera Jump senang untuk digunakan dan mudah untuk dibawa. Selepas menyediakan tripod, kamera tersebut merakamkan video 3D pada 16 kad mikro SD, yang kemudiannya mudah dimuat naik ke program Jump Google untuk diadun menjadi suatu video yang lancar. Video boleh disediakan dan dirakam dalam masa sehari, tanpa perlu melakukan banyak kerja pascaproduksi selain beberapa pembetulan warna. Blumenthal menunjukkan bahawa kemudahan ini berguna terutamanya apabila bekerja dengan pelajar: anda boleh menghasilkan sesuatu dengan pantas, kemudian menontonnya dalam Cardboard Google untuk menambahkan perincian yang lebih mendalam.

Semasa produksi, pasukan tersebut telah menggunakan Tilt Brush, alatan melukis 3D Google untuk menghasilkan papan cerita adegan 3D dengan pantas serta untuk menghasilkan sesuatu yang Blumenthal panggil “diorama realiti maya, menggabungkan cat Tilt Brush dengan aset 2D dan 3D.” Contohnya, perabot zaman dulu boleh ditambahkan pada adegan atau watak boleh dilukis dan dimanipulasi supaya sesuai dengan persekitaran maya. Dengan menggunakan aliran kerja Unity, mereka menggabungkan lakaran Tilt Brush mereka ke dalam dunia tiga dimensi yang telah dibina. Pelajar yang tiada sebarang pengalaman dalam pemodelan 3D boleh belajar menggunakan Tilt Brush dengan cepat. “Alat ini menakjubkan,” ujar Blumenthal, “alat ini sangat intuitif untuk diajar kepada seseorang tentang cara menggunakannya dengan pantas dan mereka boleh mula menghasilkan persekitaran sejurus selepas itu.” Prototaip Peristiwa Gaspee berfungsi seperti muzium maya: pelajar boleh melihat ruang daripada mana-mana sudut dan berinteraksi dengan objeknya. Dengan menyentuh lukisan pada dinding, contohnya, objek boleh dibawa ke dalam video 360 darjah kebakaran Gaspee. Dalam ujian pengguna, pelajar seronok menonton video itu sama seperti persekitaran 3D yang seolah-olah permainan itu.

Projek Gaspee ialah satu daripada banyak rundingan Blumenthal dalam menjalankan peranannya di Brown. Beliau turut bekerja dengan ahli fakulti dan pelajar kolej perubatan Brown di Pusat Simulasi Perubatan Brown, menggunakan kamera Jump untuk merakam 360 darjah pembedahan simulasi dalam bilik pembedahan olokan. Dengan merakam simulasi pantas bertekanan tinggi dalam video panorama bermutu tinggi, pelajar dan ahli fakulti berpeluang untuk menyemak prestasi pasukan, memperlahankan tindakan dan menyemak setiap unsur dewan pembedahan dengan video VR dalam sesi ulasan. Selain itu, untuk menghasilkan semula masa lalu dan mendokumenkan masa sekarang, Blumenthal mendapati bahawa VR sesuai terutamanya untuk mengakses lokasi terpencil (seperti gunung berapi di bawah permukaan air atau landskap planet Marikh) atau untuk berlatih kemahiran berisiko tinggi (seperti pembedahan). VR menyediakan ciri yang beliau panggil “pengalaman penemuan pandu sendiri” yang membolehkan pelajar meneroka dan menerapkan perkara yang mereka pelajari, walaupun ini bermakna memecahkan atau meletupkan sesuatu secara maya kerana VR mewujudkan tempat yang selamat untuk gagal dan peluang untuk belajar daripada kegagalan itu. Dengan menjadikan pelajar peserta yang aktif, VR membolehkan mereka belajar melalui percubaan.

Memperbaik penglibatan pelajar

Kepada Blumenthal, matlamat terunggul penyepaduan VR ke dalam pendidikan menepati perkara ini: melibatkan pelajar dalam pembelajaran mereka sendiri. Memetik kajian organisasi Gallup baru-baru ini bahawa hanya separuh daripada semua pelajar sekolah awam di A.S. terlibat dalam pendidikan mereka, beliau berpendapat bahawa VR ialah satu laluan ke hadapan yang berpotensi. ”Pelajar sekolah tinggi berada di sekolah yang direka untuk abad sebelum ini,” kata beliau, dengan menambah bahawa VR, mampu “menyampaikan pengalaman yang sama menarik seperti permainan video namun masih bercirikan pendidikan. Itulah yang saya mahu lakukan.”

Oleh itu Peristiwa Gaspee hanyalah permulaan. Walaupun belum banyak lagi penyelidikan tentang VR dalam pendidikan, Blumenthal menjangkakan alat ini akan memainkan peranan yang lebih besar di sekolah apabila alat ini menjadi lebih mudah diakses dengan alatan seperti Cardboard dan apabila projek seperti projek beliau diketahui umum. Di Brown beliau telah menubuhkan pasukan studio tempat pelajar boleh mencuba alatan baharu seperti Daydream dan beliau sudah merancang kursus yang memerlukan pelajar menghasilkan lawatan realiti maya mereka sendiri menggunakan Google Expedition. Akhirnya, Brown boleh membangunkan kursus penuh dalam Produksi Realiti Maya dan menubuhkan institut penyelidikan sendiri untuk menggalakkan penggunaan alat ini untuk pendidikan. “Faktor wow VR ialah bahagian yang penting dalam membuka minda pelajar,” Blumenthal merumuskan. “Membawa pengalaman keluar daripada halaman buku teks dan meletakkan pelajar dalam persekitaran ini serta menyampaikan pengetahuan…alat ini akan menjadi sangat berkuasa.”

"VR mampu menyampaikan pengalaman yang sama menarik seperti permainan video namun masih bercirikan pendidikan."

Adam Blumenthal, Profesor Latihan dan Artis Maya Tamu, Universiti Brown

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.