Kebolehaksesan untuk setiap pelajar
Apabila semua pelajar dapat mengambil bahagian sepenuhnya dalam pengalaman pembelajaran dengan cara mereka sendiri, semua orang akan mendapat manfaatnya. Itulah sebabnya kami membangunkan produk Google for Education dengan mengutamakan kebolehaksesan, untuk membantu setiap pelajar belajar, mendapat inspirasi dan mencapai potensi sebenar mereka.
Melibatkan pelajar merentas pelbagai keperluan dan gaya pembelajaran
Pelajar di dalam kelas yang sama belajar dengan cara yang berlainan. Untuk menyokong semua pelajar, kami mereka teknologi untuk membantu pendidik memenuhi keperluan setiap pelajar, termasuk mereka yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran, kurang upaya fizikal dan pelbagai pendekatan terhadap pemprosesan maklumat baharu.
Di Google, kami percaya reka bentuk yang boleh diakses merupakan reka bentuk yang terbaik. Kami membangunkan produk Google for Education dengan mengutamakan kebolehaksesan untuk membantu setiap pelajar belajar, mendapat inspirasi dan mencapai potensi sebenar mereka.
Alatan untuk semua pelajar
Membina strategi untuk pembelajaran sepanjang hayat
Apabila pelajar mempunyai alatan yang mereka perlukan dan memahami cara menggunakannya, mereka akan membina keyakinan dan membangunkan strategi pembelajaran yang dapat membantu mereka sepanjang hayat. Ciri seperti alat bantu visual, sari kata dan kerjasama masa nyata dalam G Suite membantu untuk menyingkirkan halangan belajar bagi semua pelajar, tidak kira sama ada mereka cacat kekal mahupun sementara atau memerlukan keadaan tertentu untuk belajar dengan berkesan.
Pembelajaran yang diperibadikan
Membuka akses kepada pengalaman yang memberikan inspirasi untuk semua pelajar
Usaha memberikan pilihan bagi cara pelajar boleh menggunakan teknologi dan melakukan kerja mereka akan membuka jalan ke arah pembelajaran untuk semua pelajar. Sebagai contoh, ciri Chromebook seperti ChromeVox dan Pilih untuk Bercakap memberi pelajar yang memerlukan sokongan visual atau audio bantuan yang mereka perlukan dan memberi semua pelajar cara yang berlainan untuk mengakses maklumat. Sebaik sahaja anda menyesuaikan tetapan pada Chromebook, tetapan itu akan digunakan setiap kali pelajar log masuk pada mana-mana peranti dan ini menjimatkan masa dan memastikan pelajar fokus pada pembelajaran.
Pengalaman inklusif
Memperkasakan setiap pelajar untuk mengambil bahagian dan berjaya
Setiap pelajar datang ke kelas dengan kekuatan, perspektif dan keperluan yang berlainan. Produk Google for Education memudahkan semua pelajar belajar seiring dengan rakan sebaya mereka dengan menawarkan pelbagai ciri, daripada pembesaran teks kepada penaipan suara hinggalah kepada sokongan Braille. Sambungan Chrome pula memberikan pelbagai lagi kemungkinan untuk pengalaman pembelajaran yang inklusif dan disesuaikan mengikut individu.
Lagi sumber untuk pendidik dan pentadbir
Cari latihan, pelajaran dan jawapan bagi soalan lazim untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya ciri kebolehaksesan Google.
Mulakan
Ketahui cara Google boleh membantu
Berhubung dengan pakar yang boleh membantu anda memilih produk dan ciri yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar anda.
Teroka ciri dan alatan kebolehaksesan
Muat turun dan kongsi panduan pantas tentang pilihan kebolehaksesan dalam G Suite dan Chromebook ini.