Education Standard merangkumi semua ciri Education Fundamentals, serta alatan keselamatan dan analitis termaju yang membantu anda melindungi data dan privasi secara proaktif, serta melindungi komuniti sekolah anda daripada risiko keselamatan yang sentiasa berubah-ubah.

Keselamatan proaktif

Cegah, kesan dan pulihkan ancaman keselamatan

  • Cegah ancaman, automatikkan pemantauan secara berpusat dan memperbaik keberkesanan keselamatan dengan papan pemuka pusat keselamatan

  • Kesan insiden dengan mengoptimumkan tetapan untuk domain anda, kampus, jabatan atau kelas dengan halaman kesihatan keselamatan

  • Kenal pasti, sekat dan pulihkan pancingan data, spam serta pelanggaran lain dengan alat penyiasatan

  • Tetapkan peraturan untuk secara automatik mengimbas atau menjalankan lampiran e-mel untuk mengenal pasti potensi ancaman dengan kotak pasir keselamatan

Kawalan pentadbiran

Tetapkan kawalan keselamatan berpusat untuk mengurus akses dalam domain anda

  • Pastikan keselamatan data mudah alih sekolah anda dengan mengurus peranti dan apl, melakukan audit serta menguatkuasakan peraturan dengan pengurusan mudah alih lanjutan

  • Tentukan rantau data untuk mengehadkan atau mengagihkan data apabila perlu

  • Tetapkan kebenaran untuk mengurus perkongsian fail dan akses apl untuk individu, kumpulan, jabatan dan organisasi luar

  • Hijrahkan pengguna dan data log dengan mudah daripada Microsoft Exchange, Microsoft SharePoint, Box atau domain Google Workspace for Education yang lain

  • Gunakan kumpulan dinamik untuk mengautomatikkan keahlian kumpulan berdasarkan atribut pengguna

Analisis dan cerapan

Optimumkan sistem anda dengan data dan cerapan lanjutan

  • Eksport log Gmail dan Bilik Darjah untuk menjana cerapan untuk dianalisis dalam BigQuery atau alatan anda sendiri

  • Jejaki penggunaan dengan menganalisis log audit untuk Bilik Darjah, peranti, LDAP dan pelbagai lagi

Sumber

Terokai sumber yang berguna untuk membolehkan anda bermula

Cari jawapan untuk soalan yang sering ditanya

Berapakah harga edisi ini?

Untuk mendapatkan maklumat tentang harga Google Workspace for Education, sila hubungi bahagian Jualan.

Apakah yang disertakan dalam Education Standard?

Sila lawati carta perbandingan kami untuk menyemak set ciri penuh yang disertakan dalam Education Standard.

Adakah terdapat tingkat harga yang berlainan untuk beberapa pengguna berbanding semua pengguna di institusi saya?

Tidak. Memandangkan harga Education Standard adalah mengikut pendaftaran (bagi setiap pelajar), institusi anda boleh membawa manfaat Education Standard kepada seluruh komuniti pendidikan. Bagi setiap empat lesen pelajar yang dibeli, anda akan menerima satu lesen kakitangan. Syarat pembelian minimum ditentukan oleh saiz sekolah, jadi anda tidak akan sekali-kali membeli lebih daripada yang diperlukan.

Bagaimanakah saya boleh membeli edisi ini?

Education Standard tersedia melalui rakan kongsi Google Workspace for Education yang sah ini. Untuk menghubungi mereka dan mendapatkan maklumat lanjut, sila lengkapkan borang di sini. Jika anda sudah pun berurusan dengan rakan kongsi, anda boleh terus menghubungi mereka.

Bolehkah sekolah membeli Education Standard untuk beberapa tenaga pengajar/kakitangan sekolah sahaja?

Tidak, Education Plus dan juga Education Standard dilesenkan sebagai edisi domain penuh. Sekolah boleh membeli sama ada lesen Education Plus atau Education Standard mengikut jumlah pendaftaran pelajar.

Adakah terdapat lesen kakitangan dan pelajar dalam edisi Education Standard?

Ya, sekolah yang membeli Education Standard dan Education Plus untuk semua pelajar akan menerima satu lesen kakitangan percuma untuk setiap empat lesen pelajar yang dibeli.

Adakah terdapat perbezaan antara lesen kakitangan dengan pelajar?

Tidak, ciri dan keupayaan yang sama tersedia untuk semua lesen Education Standard.

Berapakah storan yang ditawarkan oleh Education Standard?

Institusi yang melanggan Education Standard mempunyai himpunan storan kongsi sebanyak 100TB yang boleh mereka urus dan peruntukkan mengikut kesesuaian. Sila hubungi pentadbir anda untuk menerokai pilihan bagi storan tambahan. Sila lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Lawati Pusat Bantuan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Education Standard.

Mulakan

Bermula hari ini dengan Google Workspace for Education Standard

Dapatkan kesemua Google Workspace for Education Fundamentals dengan ciri keselamatan lanjutan dan data serta cerapan.