Ubah persekitaran pembelajaran digital anda dengan Google Workspace for Education Plus

Tingkatkan penglibatan dengan Google Workspace for Education Plus

Mencegah ancaman keselamatan secara proaktif dengan Google Workspace for Education Plus

Galakkan pemikiran yang asli dengan Google Workspace for Education Plus

Perkayakan pengalaman kelas dengan Google Workspace for Education Plus

Cari dan kongsi pengetahuan menerusi Cloud Search dengan Google Workspace for Education Plus

Dapatkan sokongan yang lebih cepat apabila anda memerlukannya dengan Google Workspace for Education Plus

Ubah persekitaran pembelajaran digital anda

Tingkatkan penglibatan

Mencegah ancaman keselamatan secara proaktif

Galakkan pemikiran yang asli

Perkayakan pengalaman kelas

Cari dan kongsi pengetahuan menerusi Cloud Search

Dapatkan sokongan yang lebih cepat apabila anda memerlukannya

dengan Google Workspace for Education Plus

G Suite Enterprise for Education kini menjadi Google Workspace for Education Plus. Edisi komprehensif ini merangkumi semua ciri dan alat keselamatan yang dipertingkatkan dari Education Standard dan Teaching and Learning Upgrade, dan banyak lagi.

Gunakan alatan yang dipertingkatkan untuk membantu mengubah persekitaran pembelajaran digital anda

  • Meet

Tingkatkan penglibatan

Libatkan pelajar dalam cara baharu dengan bilik pecahan, penstriman langsung, Soal Jawab, tinjau pendapat, penjejakan kehadiran, rakaman dan pelbagai lagi.

  • Pentadbir

Mencegah ancaman keselamatan secara proaktif

Pastikan data institusi anda lebih selamat dengan keselamatan, cerapan dan kawalan termaju.

  • Bilik Darjah

  • Tugasan

Galakkan pemikiran yang asli

Laporan keaslian tanpa had dan padanan setara membantu mengesan plagiarisme serta menggalakkan hasil kerja yang asli.

  • Bilik Darjah

Akan datang Perkayakan pengalaman kelas

Sepadukan alat EdTech dan kandungan dengan lancar dalam Bilik Darjah.

  • Cloud Search

Cari dan kongsi pengetahuan menerusi Cloud Search

Akses Cloud Search institusi anda sendiri untuk menemukan dan berkongsi maklumat.

  • Sokongan

Dapatkan sokongan yang lebih cepat apabila anda memerlukannya

Selesaikan masalah secara lebih cepat dengan bantuan daripada pasukan sokongan pakar produk.

Transformasi Digital

Ubah institusi anda dengan alatan mantap yang dibina untuk pembelajaran

  • Dapatkan semua manfaat yang ditawarkan oleh Google Workspace for Education dalam satu edisi yang menyeluruh

  • Temukan perkara yang anda perlukan secara cepat dan selamat dengan Cloud Search institusi anda sendiri

  • Lancarkan kelulusan dokumen secara terus dalam Drive, Gmail, Dokumen dan pelbagai lagi agar pengulas boleh meluluskan, menolak atau meninggalkan maklum balas

Pengajaran dan Pembelajaran

Bantu pendidik berhubung, berinteraksi dan memberi inspirasi kepada pelajar dari mana-mana sahaja

  • Galakkan penyertaan yang aktif dengan bilik pecahan, Soal Jawab, tinjau pendapat dan pelbagai lagi dalam Google Meet

  • Berhubung dan berinteraksi dengan sehingga 250 peserta untuk setiap mesyuarat dan 100,000 peserta untuk setiap penstriman langsung dalam domain serta simpan mesyuarat yang dirakam terus ke Google Drive

  • Akan datang Segerakkan senarai daftar Bilik Darjah daripada Sistem Maklumat Pelajar anda

  • Manfaatkan laporan keaslian tanpa had dan kenal pasti potensi plagiarisme dengan menyemak kerja pelajar pada repositori kerja lama milik domain peribadi

Keselamatan dan pentadbiran

Tingkatkan keselamatan, cerapan dan kawalan

  • Cegah, kesan dan pulihkan insiden keselamatan dengan cepat serta mudah.

  • Dapatkan lebih kawalan terhadap peranti mudah alih anda, serta data anda, berdasarkan rantau geografi.

  • Eksport log Gmail dan Bilik Darjah untuk dianalisis dalam BigQuery atau alatan anda sendiri, sambil mengekstrak cerapan daripada log audit lanjutan

Pengajar berinteraksi dengan pelajar yang bekerja menggunakan komputer riba

Dapatkan sokongan yang lebih cepat

Miliki pasukan sokongan yang terdiri daripada pakar produk di sisi anda dengan sokongan yang lebih cepat — tersedia untuk institusi yang membeli lebih daripada 200 lesen.

Sumber

Terokai sumber yang berguna untuk membolehkan anda bermula

Kajian Kes

Lihat cara institusi memberi impak dengan Education Plus

Cari jawapan untuk soalan yang sering ditanya

Berapakah harga edisi ini?

Untuk mendapatkan maklumat tentang harga Google Workspace for Education, sila hubungi bahagian Jualan.

Apakah yang disertakan dalam Education Plus?

Sila lawati carta perbandingan kami untuk menyemak set ciri penuh yang disertakan dalam Education Plus.

Adakah terdapat tingkat harga yang berlainan untuk beberapa pengguna berbanding semua pengguna di institusi saya?

Tidak. Memandangkan harga Education Plus adalah mengikut pendaftaran (bagi setiap pelajar), institusi anda boleh membawa manfaat Education Plus kepada seluruh komuniti pendidikan. Bagi setiap empat lesen pelajar yang dibeli, anda akan menerima satu lesen kakitangan. Syarat pembelian minimum ditentukan oleh saiz sekolah, jadi anda tidak akan sekali-kali membeli lebih daripada yang diperlukan.

Bagaimanakah saya boleh membeli edisi ini?

Education Plus tersedia melalui rakan kongsi Google Workspace for Education yang sah ini. Untuk menghubungi mereka dan mendapatkan maklumat lanjut, sila lengkapkan borang di sini. Jika anda sudah pun berurusan dengan rakan kongsi, anda boleh terus menghubungi mereka.

Adakah diskaun tersedia dan/atau adakah terdapat insentif lain untuk komitmen jangka lebih panjang?

Ya, Google menawarkan diskaun automatik untuk pelanggan yang terikat secara kontrak kepada pembelian berbilang tahun (dua tahun atau lebih) Google Workspace for Education Plus. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila berhubung dengan penjual semula rakan kongsi Google Workspace for Education dan/atau wakil Google for Education.

Bolehkah sekolah membeli Education Plus untuk sesetengah tenaga pengajar/kakitangan sekolah sahaja?

Tidak, Education Plus dan juga Education Standard dilesenkan sebagai edisi domain penuh. Sekolah boleh membeli sama ada lesen Education Plus atau Education Standard mengikut jumlah pendaftaran pelajar.

Adakah terdapat lesen kakitangan dan pelajar dalam edisi Education Plus?

Ya, sekolah yang membeli Education Standard dan Education Plus untuk semua pelajar akan menerima satu lesen kakitangan percuma untuk setiap empat lesen pelajar yang dibeli.

Adakah terdapat perbezaan antara lesen kakitangan dengan pelajar?

Ya, perbezaannya hanyalah lesen kakitangan boleh menstrimkan mesyuarat secara langsung kepada maksimum 100,000 peserta. Semua ciri dan keupayaan lain adalah sama antara lesen pelajar dengan kakitangan.

Berapakah storan yang ditawarkan oleh Education Plus?

Institusi yang melanggan Education Plus mempunyai himpunan storan kongsi sebanyak 100TB yang boleh mereka urus dan peruntukkan mengikut kesesuaian. Selain itu, mereka menerima 20 GB bagi setiap lesen yang ditambahkan pada himpunan kongsi mereka, tanpa had. Sila lawati Pusat Bantuan untuk mendapatkan butiran lanjut.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Lawati Pusat Bantuan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Education Plus.

Mulakan

Bermula hari ini dengan Google Workspace for Education Plus

Tingkatkan pengajaran dan pembelajaran sambil melakukan impak pengajaran yang lebih besar. Tingkatkan kepada penyelesaian perubahan digital yang menyeluruh — Education Plus.