Langkau ke kandungan

Semak untuk mengesan petikan yang tiada dengan cepat dan mudah menggunakan laporan keaslian

Laporan keaslian menggunakan kehebatan Carian Google untuk membantu pelajar menyepadukan inspirasi luar dalam penulisan mereka dengan betul – sambil memudahkan pengajar menyemak kemungkinan plagiarisme.

Pengajaran

Bantu pelajar menyerahkan tugasan terbaik mereka

  • Benarkan pelajar menyemak hasil kerja mereka sendiri untuk petikan yang disyorkan sehingga tiga kali sebelum menyerahkan tugasan

  • Bantu pelajar belajar memanfaatkan idea luar dan memasukkannya dalam kerja mereka dengan betul

  • Jalankan Laporan keaslian dalam berbilang bahasa.

  • Akan datang Isikan keputusan korpus tugasan sekolah anda dalam Laporan keaslian.

Pemilikan

Bandingkan kerja pelajar tanpa menjejaskan privasi

  • Bandingkan padanan pelajar dengan pelajar pada repositori milik domain anda bagi kerya yang lalu apabila anda mendaftar untuk Teaching and Learning Upgrade atau Google Workspace for Education Plus

  • Pentadbir boleh menambah atau memadamkan fail daripada repositori sekolah secara manual

  • Data anda sentiasa menjadi milik anda — kami bertanggungjawab untuk memastikan data tersebut lebih selamat

  • Akan datang Sokongan untuk dokumen Microsoft Word dalam laporan keaslian.

Ketahui tentang akses kepada laporan keaslian

Google Workspace for Education Fundamentals

Pengajar yang menggunakan Classroom dan Assignments dalam Google Workspace for Education Fundamentals boleh menghasilkan hingga lima laporan keaslian bagi setiap kelas tanpa sebarang bayaran.

Teaching and Learning Upgrade and Education Plus

Pengajar yang mempunyai lesen Teaching and Learning Upgrade atau Education Plus mendapat laporan keaslian tanpa had dan keupayaan untuk membuat perbandingan pelajar dengan pelajar pada repositori milik domain anda bagi serahan yang lalu.

Sumber

Teroka sumber untuk membantu anda bermula

Temukan sumber berguna untuk membantu anda berkaitan laporan keaslian dan dapatkan jawapan berguna bagi soalan lazim tentang laporan keaslian.

Gunakan laporan keaslian dengan Bilik Darjah

Akses laporan keaslian melalui Classroom, iaitu alat yang membantu pelajar serta guru mengatur tugasan, meningkatkan kerjasama dan menggalakkan komunikasi yang lebih baik.

Gunakan laporan keaslian dengan Assignments

Adakah anda mempunyai sistem pengurusan pembelajaran yang lain? Akses laporan keaslian melalui Assignments, iaitu aplikasi tambahan bagi LMS anda untuk mengedarkan, menganalisis dan memberikan gred pada tugasan pelajar.

Tangan pelajar sedang menaip pada Chromebook. Pada skrin, kita melihat seorang pelajar sedang membuat karangan dengan petikan yang dibenderakan dalam lajur kanan.

Dapatkan akses tanpa had kepada laporan keaslian dengan Teaching and Learning Upgrade dan Education Plus

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.