Langkau ke kandungan

Temukan persidangan video yang mudah digunakan, boleh dipercayai dan selamat dengan Google Meet

Hubungkan komuniti sekolah anda melalui video untuk kelas, persidangan ibu bapa dan guru, pembangunan profesional dan pelbagai lagi. Meet yang terangkum dalam Google Workspace for Education ini bersepadu dengan produk lain seperti Classroom, Slides, Docs dan Gmail dengan lancar.

Dua orang sedang duduk di sofa dan mengambil bahagian dalam panggilan Google Meet.
Mudah digunakan

Berhubung dan bekerjasama dengan persidangan video yang mudah digunakan

Semua edisi

  • Sertai panggilan dari mana-mana sahaja dan pada mana-mana peranti – cuma klik dan bermesyuarat tanpa memerlukan sebarang pemalam atau muat turun

  • Nikmati pengalaman video dan audio berkualiti tinggi di seluruh sistem pengendalian dan peranti – bahkan dioptimumkan untuk lebar jalur rendah dan persekitaran gelap

  • Bersepadu secara lancar dengan Classroom dan produk Google Workspace for Education yang lain untuk memudahkan anda menyertai dan membuat pembentangan

  • Tambahkan berbilang hos bersama untuk memperkasa orang lain bagi membantu proses menyediakan dan memudahkan kelas

Edisi berbayar

  • Simpan mesyuarat yang dirakam terus dalam Google Drive dan kongsikan dengan pelajar untuk membantu mereka mendapatkan maklumat terkini tentang pelajaran (tersedia untuk pelanggan Education Fundamentals hingga akhir tahun 2021).

  • Jejaki kehadiran dengan laporan yang dihantar kepada hos mesyuarat secara automatik

  • Tetapkan hos bersama mesyuarat sebelum setiap mesyuarat

Pautan panggilan Google Meet dalam bentuk pil biru, disambungkan kepada tetingkap penyemak imbas tiga dimensi yang ditindan oleh segi empat tepat berwarna biru, merah, hijau dan kuning yang menampilkan orang kartun untuk menggambarkan panggilan Google Meet yang sedang berlangsung.
Bulatan yang diperbuat daripada garis putus-putus. Di bahagian atas sebelah kiri, terdapat segi empat tepat skala kelabu yang menampilkan watak kartun memakai kot trenc dan topi untuk menggambarkan tetamu yang tidak diingini. Di bahagian atas sebelah kanan segi empat tepat itu, terdapat bulatan berpalang untuk menggambarkan akses yang ditolak. Di bahagian bawah sebelah kanan bulatan utama, terdapat tetingkap penyemak imbas dengan orang kartun di dalam segi empat tempat kuning, merah, hijau dan biru dengan tanda semak biru di bahagian atas sebelah kanan setiap segi empat tepat untuk menggambarkan akses yang diluluskan.
Urus

Jalankan kelas dengan berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat

Semua edisi

  • Halang tetamu yang tidak diingini daripada memasuki mesyuarat dengan kunci keselamatan dan penyekatan hadirin awanama secara automatik

  • Usir orang daripada mesyuarat dan urus permintaan untuk menyertai mesyuarat secara beramai-ramai

  • Tamatkan mesyuarat untuk semua orang dan halang mereka daripada menyertai semula panggilan tanpa kehadiran hos

  • Kawal orang yang boleh menggunakan ciri sembang atau pembentangan

  • Redamkan peserta secara berasingan atau semua orang sekali gus

  • Gunakan tetapan keselamatan merentas seluruh domain anda dan dapatkan cerapan tentang cara orang menggunakan Meet di sekolah anda dengan Konsol pentadbiran

Edisi berbayar

  • Pentadbir boleh menamatkan mana-mana mesyuarat dalam organisasi mereka terus daripada alat penyiasatan

  • Kenal pasti, tentukan keutamaan dan ambil tindakan terhadap isu keselamatan dan privasi dengan log Meet dalam alat penyiasatan

  • Akan datang Gunakan Meet dalam Google Docs, Sheets dan Slides

Libatkan

Pastikan pelajar sentiasa terlibat dengan ciri merangkumi semua untuk pengajaran dan pembelajaran

Semua edisi

  • Sertakan sehingga 100 peserta dan lihat maksimum 49 peserta dalam paparan berjubin

  • Jadikan kelas lebih merangkumi semua dengan sari kata langsung yang tersedia dalam pelbagai bahasa

  • Galakkan penyertaan aktif dengan ciri angkat tangan maya, papan putih digital dan reaksi dalam mesyuarat

Edisi berbayar

  • Berhubung dengan maksimum 500 peserta sekali gus dan gunakan bilik pecahan untuk membahagikan kelas kepada kumpulan yang lebih kecil

  • Jadikan kelas dan perbualan lebih mudah diakses dengan sari kata terjemahan langsung kepada beberapa bahasa yang berbeza dalam masa nyata

  • akan datang Hoskan strim langsung umum yang dapat dihadiri oleh sesiapa sahaja di luar domain sekolah anda – memudahkan anda untuk mengadakan mesyuarat lembaga sekolah, acara dan pelbagai lagi

  • Akan datang Strim langsung pada YouTube dan gunakan Soal Jawab serta Tinjauan Pendapat semasa acara strim langsung

  • Akan datang Aktifkan tetingkap Meet gambar dalam gambar semasa menyemak imbas tab dalam Chrome

  • Akan datang Transkripsikan panggilan video secara automatik dan simpan transkripsi pada Google Docs

Tetingkap penyemak imbas Google Meet dipautkan kepada tiga segi empat tepat berasingan yang berwarna kuning, merah dan hijau. Setiap segi empat tepat menampilkan empat orang kartun dalam bulatan dan bulatan kelima di sebelah kanan yang mempunyai tanda tambah dan nombor untuk menggambarkan pengguna tambahan dalam panggilan Google Meet.
Kunci dalam perisai biru. Di sebelah kiri perisai terdapat dua belas bulatan merah, biru, hijau dan kuning dengan orang kartun di dalamnya. Di sebelah kanan perisai terdapat aliran huruf dan angka terawak untuk menggambarkan Google Meet menyulitkan data secara automatik.
Selamat dan boleh dipercayai

Lindungi komuniti anda dengan keselamatan, kelajuan, skala dan kebolehpercayaan lanjutan

  • Pastikan video berkualiti tinggi walaupun semasa permintaan tinggi dengan infrastruktur yang menyokong perkhidmatan berbilion pengguna seperti Google Search, YouTube dan Gmail

  • Kekal selamat dengan data yang disulitkan secara automatik

  • Menyokong pematuhan terhadap standard pendidikan yang ketat

  • Meet adalah bebas iklan sepenuhnya dan kami tidak sekali-kali berkongsi maklumat peribadi anda atau pelajar anda

“Google Meet telah menjadi alat utama kami untuk menyediakan pembangunan profesional kepada kakitangan kami, yang membolehkan mereka mengakses PD (Pembangunan Profesional) dari lokasi yang selesa bagi mereka. Meet memudahkan sesi ini dirakam, jadi guru yang tidak dapat hadir secara langsung masih dapat mengakses kandungan dan belajar daripadanya.”

Megan Swope, Pembimbing Teknologi, Daerah Sekolah Pennsbury
Dua orang saling tersenyum sambil duduk di dapur dalam panggilan Google Meet.

Dapatkan Meet sebagai sebahagian daripada Google Workspace for Education

Jika anda menggunakan Meet di sekolah, kami mengesyorkan anda mendaftar untuk Google Workspace for Education. Meet sudah sedia terangkum dalam Google Workspace dan berfungsi secara lancar dengan alatan seperti Classroom, Docs, Slides, Gmail dan pelbagai lagi.

Sumber

Terokai sumber Meet untuk memperkasa keperluan pendidikan anda

Tingkatkan pengajaran dengan ciri premium Meet

Meet dapat memperkasa anda untuk memperkaya pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai ciri canggih seperti bilik pecahan, penstriman langsung, penjejakan kehadiran, Soal Jawab, tinjauan pendapat dan pelbagai lagi apabila anda mendaftar untuk Teaching and Learning Upgrade atau Education Plus.

Mula gunakan Meet

Hubungkan komuniti sekolah anda dengan kelas, persidangan ibu bapa dan guru serta pelbagai lagi dengan Meet – terangkum dalam Google Workspace for Education Fundamentals.

Tangan di atas meja memegang tablet yang memaparkan panggilan Google Meet.

Berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan apl Meet

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.