Semarakkan pembelajaran dengan G Suite for Education

Satu set alatan yang direka untuk memperkasa pendidik dan pelajar tatkala mereka belajar serta membuat perubahan bersama-sama. Daftarkan institusi anda untuk melanggan G Suite for Education.

Two students in hijabs lean in to discuss a project in G Suite for Education. One is creating a presentation in Slides while the other is reviewing the details of the assignment in Classroom.
Chromebook menunjukkan sepuluh produk G Suite paling popular: Gmail, Drive, Kalendar, Dokumen, Helaian, Keep, Borang, Jamboard, Sites dan Hangouts Meet.

Bekerjasama pada bila-bila masa dan di mana-mana dengan set alat untuk pendidikan

Dengan G Suite for Education, guru dapat mewujudkan peluang pembelajaran, memperkemas tugas pentadbiran dan mencabar pelajar mereka untuk berfikir secara kritis—tanpa sedikit pun mengganggu aliran kerja semasa. Alatan G Suite for Education sudah sedia berkuasa, tetapi akan berfungsi dengan lebih baik lagi jika digunakan bersama-sama.

Muat turun ikhtisar
Alatan untuk membantu guru bermula

Alatan G Suite adalah berasaskan awan dan boleh diskalakan dengan mudah merentas bilik darjah. Sumber seperti latihan dan tutorial di Pusat Guru memudahkan pengguna baharu memperlengkap diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bermula.

Sokong dan berhubung dengan setiap pelajar

Bekerja di dalam mahupun luar talian, pada bila-bila masa dan pada sebarang peranti dengan G Suite for Education. Gunakan alatan ini untuk menggalakkan kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritis. Anda boleh menggunakannya secara satu dengan satu atau dengan seluruh kelas.

Teknologi terkini pada harga yang berpatutan bagi sekolah

G Suite for Education merupakan set apl Google percuma yang disesuaikan khusus untuk sekolah. Set apl ini menyampaikan nilai dengan keselamatan berbilang lapisan terbina dalam dan sokongan 24/7 tanpa sebarang kos tambahan.

Buat perubahan di dalam mahupun luar kelas

Pendidik boleh memberikan maklum balas segera dan menjejaki kemajuan pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka. Dengan alatan yang berkuasa seperti Bilik Darjah, pengajar boleh mengurus kurikulum, tugasan dan pemarkahan dari satu tempat sahaja.

“Google memperkemas maklum balas dan memudahkan kerjasama semasa mengedit dokumen. Jika pelajar lain membantu saya menyemak kertas kerja dalam Dokumen Google, saya dapat melihat pengeditan yang dibuat olehnya semasa dia mengedit. Cara ini menghasilkan sistem pembelajaran yang lebih produktif.”

Christian Rourk, Pelajar, University of Michigan

Ubah cara sekolah anda berfungsi dengan set alatan kami yang percuma dan selamat ini

Perkhidmatan teras G Suite tidak mengandungi iklan dan tidak menggunakan maklumat dalam perkhidmatan tersebut untuk tujuan pengiklanan. Selain itu, semua perkhidmatan teras G Suite for Education menyokong pematuhan COPPA dan FERPA.

Sebuah Chromebook terbuka menunjukkan fail Dokumen Google berserta ulasan aktif dan telefon bimbit yang menunjukkan e-mel dalam Gmail.
  • Gmail logo

    Gmail

    Sediakan sistem e-mel seluruh sekolah atau universiti, atau gunakan Gmail untuk bertukar-tukar e-mel selamat dengan kelas anda.

  • Google Drive logo

    Drive

    Simpan dan atur tugasan, dokumen atau kurikulum kelas dengan selamat dan akses semua itu daripada mana-mana peranti.

  • Google Calendar logo

    Kalendar

    Kongsi kalendar atau buat kalendar bersama dengan ahli kelas atau institusi anda untuk menjejaki jadual dengan mudah.

  • Google Docs logo Google Sheets logo Google Slides logo

    Dokumen, Helaian dan Slaid

    Berkolaborasi, kongsi maklum balas dan bekerja bersama pelajar anda dalam masa nyata pada dokumen, hamparan dan pembentangan.

  • Google Forms logo

    Borang

    Buat Borang, Kuiz dan tinjauan untuk mengumpulkan dan menganalisis respons dengan bantuan pembelajaran mesin.

  • Google Jamboard logo

    Jamboard

    Buat lakaran dan bekerjasama pada kanvas interaktif dengan Jamboard—papan pintar berasaskan awan Google, pada komputer, telefon atau tablet anda.

  • Google Sites logo

    Sites

    Pembina web yang mudah digunakan untuk membuat tapak, mengehoskan kurikulum kursus, membina kemahiran pembangunan dan mencungkil kreativiti pelajar.

  • Google Hangouts Meet logo

    Hangouts Meet

    Berhubung dengan pelajar secara maya melalui panggilan video dan pemesejan untuk memastikan pembelajaran berterusan di luar waktu persekolahan.

  • Google Groups logo

    Kumpulan

    Buat dan sertai forum kelas untuk menggalakkan komunikasi dan perbualan.

  • Google Valut logo

    Vault

    Tambahkan pelajar, urus peranti dan konfigurasikan keselamatan serta tetapan agar data anda kekal selamat.

  • Image displays a Samsung Tablet and a Android Phone. There are G Suite interfaces displayed on both devices.

    Bilik Darjah

    Buat tugasan, berkomunikasi dengan pelajar dan hantar maklum balas dari satu tempat.

Seorang pelajar di dalam dewan kuliah universiti sedang khusyuk mendengar syarahan.
G Suite Enterprise for Education

Set alatan yang sama, ditambah alatan premium dan kawalan keselamatan yang dipertingkat

G Suite Enterprise for Education menawarkan keupayaan tambahan yang direka untuk institusi besar dan disesuaikan untuk pendidikan. Keupayaan ini merangkumi kawalan lanjutan, analitis dan carian yang dipertingkat serta alatan komunikasi gred perusahaan.

Mulakan

Lihat cara G Suite for Education menyemarakkan pembelajaran di dalam bilik darjah di seluruh dunia

Guru dan pelajar di seluruh dunia menggunakan G Suite dengan cara yang inovatif dan bermakna. Tonton video atau baca panduan kami untuk mendapatkan inspirasi tentang cara menggunakan alatan Google di dalam bilik darjah anda.

A student is using a stylus on a Tablet. Words on the screen say,

Jadikan pembelajaran memperkayakan bagi setiap pelajar

Alatan G Suite for Education mempunyai ciri kebolehaksesan terbina dalam untuk menyokong pelajar dengan keperluan dan gaya pembelajaran yang pelbagai. Pelajar boleh berinteraksi dengan alatan ini menggunakan suara mereka atau pembaca skrin. Alatan ini juga benar-benar serasi dengan aksesori seperti peranti dan paparan braille. Malah, pelajar juga boleh mendayakan sari kata apabila membuat pembentangan dalam Slaid. Ketahui tentang ciri kebolehaksesan yang terbina dalam G Suite for Education.

Course Kit

Sambungkan G Suite for Education ke LMS yang sedia ada dengan Course Kit

Course Kit merupakan kit alat percuma yang membolehkan pendidik menggabungkan kuasa alatan G Suite for Education ke dalam sistem pengurusan pembelajaran yang sedia ada.

Ketahui lebih lanjut
Chromebook menunjukkan Course Kit sedang digunakan dalam sistem pengurusan pembelajaran untuk memuat naik tugasan daripada G Suite for Education.

Ketahui cara G Suite mengubah pembelajaran di sekolah

Daftarkan institusi anda untuk G Suite

Jika anda seorang pembuat keputusan IT dan/atau diberikan kuasa untuk mendaftar seluruh institusi anda, dapatkan G Suite for Education untuk institusi anda sekarang.

Jemput sekolah anda untuk mendaftar

Berminat menggunakan G Suite di sekolah anda? Rujukkan pentadbir untuk memulakan proses pendaftaran.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.