Perkasakan kemungkinan dengan Google Cloud Platform

Bentuk pencapaian yang seterusnya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan dengan keupayaan teknologi Cloud Google yang mantap.

Chromebook Laptop showing Google dashboard.

Pecahkan sempadan dengan platform yang tiada sempadan

Google Cloud Platform (GCP) menghapuskan kerumitan dan menawarkan penyelesaian untuk keperluan storan, analitis, data bersaiz besar, pembelajaran mesin dan pembangunan aplikasi anda. Selain itu, dengan latihan dan sumber daripada Google, anda boleh bermula dengan keyakinan yang lebih tinggi.

Keselamatan yang boleh dipercayai mengikut skala

Model keselamatan bersepadu menegak, infrastruktur berskala dunia, rangkaian proprietari dan keupayaan yang unik untuk berinovasi akan membantu dalam memastikan organisasi anda selamat dan menyokong pematuhan.

Data dan analitis yang cekap

Manfaatkan ciri awan yang mantap dalam mengendalikan data bersaiz besar dan pembelajaran mesin untuk mencari jawapan dengan lebih cepat, membina produk yang lebih baik dan menyemarakkan aplikasi yang memberi inspirasi.

Sumber terbuka dan berfikiran terbuka

Ciri sumber terbuka membantu untuk memupuk inovasi bersama, saling kendali dan kemudahalihan yang penting kepada seni bina masa hadapan.

Infrastruktur inovatif yang dibina untuk prestasi

Penggunaan beribu-ribu kilometer kabel gentian optik dan rangkaian ditakrifkan perisian yang canggih, rangkaian global Google menyampaikan hasil yang pantas, tekal dan boleh diskalakan.

Girl in a lab looking at an experiment.

Bekerja tanpa had dengan Google Cloud Platform

Daripada menyelaku kesan perubahan iklim kepada melatih algoritma untuk membantu usaha mengesan sel-sel kanser dengan lebih berkesan malah membina aplikasi dengan lebih cepat berbanding sebelum ini—GCP membantu untuk mengubah bidang penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan selanjutnya.

Data bersaiz besar dan pembelajaran mesin

Galakkan penyelidikan dengan data bersaiz besar dan cerapan yang cemerlang

Ubah data menjadi cerapan yang berguna dengan pantas dan mudah menggunakan analitis lanjutan, perkhidmatan pembelajaran mesin dan API. Majukan pembelajaran anda dengan bantuan Cloud menggunakan pelbagai teknologi, seperti Mesin Maya Boleh Ganti yang dapat memproses jumlah pengiraan yang besar sehinggalah Cloud ML Engine yang dapat mengenal pasti pola dalam set data.

“Pandangan keseluruhan anda terhadap penyelidikan berubah apabila anda boleh bertanya soalan dan mendapat jawapan dalam masa beberapa jam dan bukannya beberapa bulan.”

Andrew V. Sutherland, Ahli Teori Nombor Pengiraan dan Saintis Penyelidikan Utama, MIT
  • BigQuery Icon

    BigQuery

Bangunkan tanpa had pada gudang data awan yang terurus sepenuhnya ini untuk analitis dengan pembelajaran mesin terbina dalam.

  • Tensorflow Icon

    Tensorflow

Bawa kuasa dan keluwesan TensorFlow ke awan. Gunakan Cloud ML Engine untuk melatih model pembelajaran mesin anda dan dapatkan ramalan.

  • AutoML Icon

    AutoML

Manfaatkan rangkaian produk pembelajaran mesin yang membolehkan pembangun dengan kepakaran terhad melatih model berkualiti tinggi khusus untuk keperluan mereka.

Storan dan rangkaian

Bina pada infrastruktur yang selamat, boleh skala dan moden

Perkhidmatan storan awan dan rangkaian GCP yang berprestasi tinggi merintis jalan kepada kemungkinan baharu. Tanya lebih banyak soalan, dapatkan jawapan dengan lebih cepat dan bekerjasama dalam masa nyata dengan Cloud Storage, yang menampilkan keupayaan perkongsian dan pengurusan bekas yang canggih dengan Kubernetes.

"Buat pertama kalinya, mana-mana saintis di dunia akan dapat bekerjasama dan membuat analisis dengan data dalam ‘awan sepunya’.”

Dr. Stephen Scherer, Ph.D., D.Sc., Pengarah Program MSSNG, FRSC
  • Cloud Storage Icon

    Cloud Storage

Sepadukan penyelesaian penyimpanan objek yang selamat dan tahan lama ke dalam apl anda dengan teknologi 'edge-caching' global dan satu gabungan API.

  • Stackdriver Icon

    Stackdriver

Tambahkan pengawasan dan pengurusan untuk perkhidmatan, bekas, aplikasi dan infrastruktur.

  • Kubernetes Icon

    Kubernetes

Bina persekitaran sedia pengeluaran yang cekap, boleh skala dan selamat untuk mengatur pasang aplikasi berbekas.

Pengurusan automasi dan API

Berinovasi dengan automasi yang pantas dan cekap

Takrifkan, kendalikan dan skalakan aplikasi anda pada kelajuan Cloud. Dengan perkhidmatan seperti App Engine yang menampilkan bahagian belakang boleh skala serta sokongan untuk mana-mana bahasa pengaturcaraan, pengkomputeran tanpa pelayan yang dipacu acara Cloud Function dan API Cloud yang berkuasa—tumpukan perhatian pada penghasilan kerja yang mengagumkan.

"Google Cloud Platform sedang mempercepatkan penyelidikan AI akademik."

Yoichi Matsuyama, Felo Pasca Kedoktoran di Institut Teknologi Bahasa
  • App Engine Icon

    App Engine

Bina dan buat aplikasi mengikut skala pada platform yang terurus sepenuhnya tanpa perlu bimbang tentang mengurus infrastruktur asas.

  • Compute Engine Icon

    Compute Engine

Bentuk skala dengan mesin maya berprestasi tinggi yang berjalan di pusat data inovatif Google dan rangkaian gentian di seluruh dunia.

  • Firebase Icon

    Firebase

Simpan dan sediakan kandungan yang dijana pengguna seperti foto dan video dengan cepat dan mudah.

Dapatkan geran pendidikan Google Cloud Platform

Sama ada tumpuan anda adalah dalam bidang penyelidikan, pengajaran atau pembelajaran, anda boleh memohon kredit percuma untuk mana-mana produk GCP.

Daftar untuk geran

Ketahui cara Google Cloud Platform mengubah pembelajaran dan penyelidikan di universiti

Hubungi pakar

Apakah yang anda atau institusi anda perlukan? Pasukan jualan kami boleh mencari penyelesaian yang tepat untuk projek anda.

Bersedia untuk mendaftar bagi geran pendidikan?

Mohon sekarang untuk mendapatkan kredit percuma bagi mana-mana produk GCP untuk keperluan penyelidikan pengajaran atau akademik anda.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.