Berikan maklum balas yang membuat mereka berfikir
Memberikan panduan dan maklum balas yang membantu pelajar berkembang dan belajar merupakan salah satu bahagian yang paling penting – dan memakan masa yang lama – dalam tugas anda. Lihat cara Tugasan memudahkan proses membuat dan menggred kerja kursus dengan alatan yang luwes, bersifat usaha sama dan mudah digunakan daripada Google.
Buat
Buat dan kongsi kerja kursus dengan mudah
Hasilkan tugasan baharu menggunakan Dokumen dan Drive serta beri setiap pelajar salinan yang unik. Anda boleh mengatur kursus mengikut kelas, tarikh dan pelajar serta menyesuaikan kerja yang sedia ada untuk kursus baharu. Bantu pelajar bersedia untuk menyertai tenaga kerja dengan menggunakan alatan Google yang dipilih oleh berjuta-juta perniagaan – daripada syarikat kecil kepada syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500.
Analisis
Bantu pelajar menghasilkan kerja yang tulen
Hasilkan laporan keaslian menggunakan kuasa Carian. Tugasan mengimbas serahan pelajar untuk mengesan teks yang sepadan di web, terus dalam antara muka penggredan anda – tidak perlu log masuk ke atur cara yang lain lagi. Pelajar juga boleh menjalankan laporan mereka sendiri sebelum penyerahan untuk membuat petikan dan memantapkan kerja mereka. Pengguna beta mendapat laporan keaslian percuma tanpa had.
Gred
Mudahkan penggredan dan berikan maklum balas yang membina – kesemuanya di satu tempat
Paparkan maklum balas yang paling kerap digunakan daripada bank ulasan anda apabila melibatkan pelajar dengan penyuntingan dalam baris dan pengulasan dua hala. Anda juga boleh menggunakan rubrik untuk mengekalkan ketelusan penggredan. Tugasan menyediakan cara yang mudah dan selamat untuk menerima fail Dokumen dan Drive dengan menyesuaikan kebenaran secara automatik untuk menghalang pelajar daripada mengedit semasa proses menggred dijalankan.
Lengkapi sistem pengurusan pembelajaran anda
Apabila program beta dilancarkan pada semester ini kelak, anda akan dapat mengakses Tugasan terus daripada menu alatan dalam akaun G Suite for Education anda. Tugasan juga tersedia sebagai alat tambah Saling Kendali Alatan Pembelajaran (LTI), jadi ciri ini serasi dengan mana-mana sistem pengurusan pembelajaran (LMS).
Mulakan sendiri
Kini Tugasan menjadi sebahagian daripada G Suite for Education, jadi anda hanya perlu mendaftar untuk program beta supaya anda boleh mula menggunakan ciri ini – tiada sebarang penyediaan perlu dilakukan. Anda boleh membuat Tugasan daripada menu apl Google anda atau di assignments.google.com. Anda boleh:
- Membuat kerja kursus baharu dalam Tugasan dengan pilihan untuk berkongsi kerja kursus ini terus daripada antara muka Tugasan anda atau melalui pautan yang disiarkan dalam LMS anda
- Mengeksport gred ke fail Helaian atau fail nilai dipisahkan koma (CSV) untuk dimasukkan ke dalam LMS anda
Minta akses dalam LMS anda
Tugasan dibina mengikut piawaian LTI, yang menjadikan ciri ini serasi dengan mana-mana LMS yang menyokong LTI versi 1.1 ke atas. Berbincang dengan pentadbir anda tentang menghidupkan Tugasan, supaya anda dapat:
- Membuat, menggred dan menganalisis kerja kursus secara langsung dari dalam LMS anda
- Membolehkan pelajar mengakses Tugasan dan menyerahkan kerja pada LMS anda
- Menyegerakkan gred ke buku gred LMS anda secara automatik
“Tugasan membolehkan ahli fakulti di [institusi pengajian kami] menjimatkan masa membuat kerja-kerja penggredan yang biasa dan...meluangkan lebih banyak masa untuk memberikan maklum balas yang lebih diperibadikan serta berkaitan kepada pelajar. Ciri ini melakukan semua perkara ini sambil memastikan data pelajar dan ahli fakulti kekal selamat dan rahsia.”
Benjamin Hommerding, Penginovasi Teknologi, Kolej St. Norbert
Jangkakan piawaian keselamatan yang tinggi
Kami mengambil berat tentang keselamatan dan privasi sama seperti anda mengambil berat tentang menarik minat pelajar anda untuk belajar. Kami membina produk yang membantu untuk melindungi privasi pelajar dan guru, sambil menyediakan keselamatan yang terbaik dalam industri juga. Kami tidak sekali-kali memegang pemilikan data anda – data tersebut milik anda dan pelajar anda. Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan data ini lebih selamat. Oleh sebab Tugasan dibina untuk pendidikan, ciri ini memenuhi piawaian pematuhan yang ketat, termasuk:
- Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (FERPA)
- Akta Perlidungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA)
- Ikrar Privasi Pelajar yang diperkenalkan oleh Forum Privasi Masa Depan (FPF) dan Persatuan Industri Perisian & Maklumat (SIIA)
- ISO/IEC 27018:2014
Terokai butiran lanjut di Pusat Privasi & Keselamatan kami. Selain itu, lihat juga kontrak kami di bawah “8.1 Hak Harta Intelektual” untuk mengetahui butiran tentang hak pemilikan data anda.
Sumber
Bermula dengan Tugasan
Terokai sumber yang berguna ini untuk mula menggunakan dan memanfaatkan Tugasan