Langkau ke kandungan

Edar, analisis dan gredkan dengan mudah tugasan pelajar dengan Tugasan untuk LMS anda

Tugasan ialah aplikasi untuk sistem pengurusan pembelajaran (LMS) anda. Apl ini membantu pendidik menjimatkan masa menggredkan tugasan pelajar dan membimbing pelajar untuk menghasilkan kerja yang terbaik dengan laporan keaslian — semua itu melalui kehebatan ciri kerjasama Google Workspace for Education.

Sepadukan

Satukan alatan kegemaran anda dalam LMS anda

  • Jadikan Dokumen Google dan Google Drive serasi dengan LMS

  • Permudahkan pengurusan tugasan dengan alatan produktiviti Google Workspace yang mesra pengguna

  • Dibina dengan standard Saling Kendali Alat Pembelajaran (LTI) terkini untuk memberikan keselamatan yang kukuh dan memudahkan pemasangan dalam LMS anda

Edar dan Gredkan

Jimatkan masa mengedar dan menggredkan kerja kelas

  • Edar salinan yang diperibadikan bagi templat dan lembaran kerja Google Drive kepada pelajar

  • Gredkan tugasan secara konsisten dan telus menggunakan rubrik yang disepadukan dalam tugasan pelajar

  • Tambah maklum balas yang lebih bermakna dengan lebih cepat menggunakan bank ulasan yang boleh disesuaikan

Analisis

Periksa hasil kerja pelajar untuk memastikan keaslian

  • Bandingkan hasil kerja pelajar dengan ratusan bilion halaman web dan lebih daripada 40 juta buku menggunakan laporan keaslian

  • Buat perbandingan pelajar dengan pelajar pada repositori milik domain anda bagi serahan yang lalu apabila anda mendaftar untuk Teaching and Learning Upgrade atau Google Workspace for Education Plus

  • Benarkan pelajar mengimbas hasil kerja mereka sendiri untuk petikan yang disyorkan sehingga tiga kali

Selamat

Percayai standard keselamatan yang tinggi

  • Lindungi privasi pelajar – data dimiliki dan diurus sepenuhnya oleh anda dan pelajar anda

  • Berikan pengalaman bebas iklan kepada semua pengguna anda

  • Serasi dengan LTI versi 1.1 ke atas dan memenuhi standard pematuhan yang ketat

“Tugasan membolehkan tenaga pengajar menjimatkan masa membuat kerja-kerja penggredan yang biasa dan...meluangkan lebih banyak masa untuk memberikan maklum balas yang lebih diperibadikan dan berkaitan kepada pelajar.”

Benjamin Hommerding, Penginovasi Teknologi, Kolej St. Norbert

Pengguna Classroom mendapat ciri terbina dalam Tugasan yang terbaik

Cari semua ciri Tugasan yang sama dalam persekitaran Classroom anda yang sedia ada

Sumber

Teroka sumber untuk membantu anda bermula

Temukan sumber berguna untuk mempercepat penguasaan penggunaan Tugasan dan cari jawapan bagi soalan yang sering ditanya.

Hidupkan Tugasan dalam LMS anda

Hubungi pentadbir institusi anda untuk menghidupkan Tugasan dalam LMS anda.

Teroka set alatan untuk kelas anda dengan Google Workspace for Education

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.