Langkau ke kandungan

Dayakan kerjasama yang lancar dengan Google Workspace for Education Fundamentals

Galakkan produktiviti dengan Google Workspace for Education Fundamentals

Berkomunikasi secara fleksibel dengan Google Workspace for Education Fundamentals

Susun tugas anda dengan Google Workspace for Education Fundamentals

Sediakan keselamatan yang dipercayai dengan Google Workspace for Education Fundamentals

Dayakan kerjasama yang lancar dengan Google Workspace for Education Fundamentals

Dayakan kerjasama yang lancarGalakkan produktivitiBerkomunikasi secara fleksibelSusun tugas andaSediakan keselamatan yang dipercayaidengan Google Workspace for Education Fundamentals

G Suite for Education kini dikenali sebagai Google Workspace for Education Fundamentals — set alat yang mudah untuk digunakan yang menyediakan asas yang fleksibel dan selamat untuk pembelajaran, kerjasama serta komunikasi.

Tingkatkan pendidikan dengan alat untuk pembelajaran yang mudah digunakan

Akan datang ciri baharu

Ketahui ciri baharu pada Education Fundamentals

Keserasian

Sokongan untuk dokumen Microsoft Word dalam laporan keaslian.

Bahasa

Jalankan laporan keaslian dalam bahasa Romania, Belanda, Poland, Hindi, Thai dan Filipina.

Bekerjasama

Pupuk kerjasama untuk pengajaran yang lebih berkesan

  • Bekerjasama dalam masa nyata dengan Dokumen, Helaian, Slaid, Borang, Sites dan Jamboard

  • Berkomunikasi dengan pelajar, pendidik, penjaga dan pentadbir dari mana-mana sahaja dengan Google Meet, Chat dan Gmail

  • Libatkan pelajar terus dalam Bilik Darjah untuk memberikan panduan yang jelas tentang melakukan kerja mereka dengan cara yang terbaik

  • Dayakan persekitaran pembelajaran inklusif dengan tetapan kebolehaksesan individu yang sesuai dengan gaya pembelajaran unik setiap pelajar

Produktif

Perkasakan pendidik dan tingkatkan produktiviti

  • Bantu pendidik menjimatkan masa dengan Bilik Darjah dan Tugasan dengan membuat kursus, mengatur kerja kelas, mengedarkan penilaian dan berkongsi maklum balas yang kaya dengan mudah

  • Pastikan pemberian markah yang konsisten dan telus menggunakan rubrik dan bank ulasan

  • Bantu pendidik memperkemas beban kerja dengan menyiarkan dan menjadualkan kerja kursus dan membuat senarai tugas dalam Bilik Darjah

  • Bimbing pemikiran asli dan integriti akademik dengan imbasan pantas untuk membenderakan isu petikan dalam laporan keaslian

Selamat

Cipta asas yang selamat untuk pembelajaran digital

  • Tambah pelajar, urus peranti dan konfigurasikan keselamatan serta tetapan dengan mudah agar data anda kekal selamat

  • Kekal dilindungi pada mana-mana peranti, edarkan apl pada peranti mudah alih dan hadkan akses jauh kepada mana-mana titik akhir

  • Lindungi data sensitif dalam Gmail dan Drive dengan pencegahan kehilangan data (DLP) automatik

Pematuhan

Patuhi standard pematuhan dan kebolehaksesan yang ketat

  • Kekalkan, tahan, cari dan eksport data pengguna untuk tujuan pematuhan dan e-penemuan dalam Vault

  • Gunakan dengan mematuhi banyak keperluan dan standard industri termasuk FERPA, COPPA dan GDPR

  • Jangkau semua jenis pelajar dengan alatan kebolehaksesan terbina dalam seperti sari kata, Pembaca Skrin, pembaca braille, pembesaran skrin dan pelbagai lagi

Sumber

Terokai sumber yang berguna untuk membolehkan anda bermula

Kajian Kes

Lihat cara pendidik memberikan kesan dengan Education Fundamentals

Cari jawapan untuk soalan yang sering ditanya

Berapakah harga edisi ini?

Education Fundamentals tersedia tanpa kos untuk institusi pendidikan yang layak.Untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak, sila lawati halaman ini. Untuk mendapatkan maklumat tentang harga edisi Google Workspace for Education yang lain, sila lihat carta perbandingan kami.

Apakah yang disertakan dalam Education Fundamentals?

Sila lawati carta perbandingan kami untuk menyemak set ciri penuh yang disertakan dalam Education Fundamentals.

Apakah perbezaan antara Education Fundamentals dengan G Suite for Education?

Education Fundamentals merupakan nama baharu bagi G Suite for Education. Jika sekolah anda menggunakan G Suite for Education sekarang, anda tidak perlu mengambil sebarang tindakan untuk beralih kepada Education Fundamentals. Pengalaman sekolah anda dengan alatan kami, serta kriteria kelayakan kami untuk pelanggan baharu mendapatkan akses kepada alatan ini kekal sama.

Berapakah storan yang ditawarkan oleh Education Fundamentals?

Institusi yang melanggan Education Fundamentals mempunyai himpunan storan kongsi sebanyak 100TB yang boleh mereka urus dan peruntukkan mengikut kesesuaian. Sila hubungi pentadbir anda untuk menerokai pilihan bagi storan tambahan. Sila lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

Pelanggan Google Workspace for Education (sebelum ini G Suite for Education) yang sedia ada akan terus diberikan storan tanpa had hingga awal tahun 2022.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Lawati Pusat Bantuan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Education Fundamentals.

Bermula dengan Google Workspace for Education Fundamentals

Elevate collaboration across your institution with a suite of tools that provides a flexible, easy, and secure foundation for learning and class management.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.