Temukan persidangan video yang mudah digunakan, boleh dipercayai dan selamat dengan Google Meet
Hubungkan komuniti sekolah anda melalui video untuk kelas, persidangan ibu bapa dan guru, pembangunan profesional dan pelbagai lagi. Meet yang terangkum dalam Google Workspace for Education ini bersepadu dengan produk lain seperti Classroom, Slides, Docs dan Gmail dengan lancar.
Berhubung dan bekerjasama dengan persidangan video yang mudah digunakan
Semua edisi
- Sertai panggilan dari mana-mana sahaja dan pada mana-mana peranti – cuma klik dan bermesyuarat tanpa memerlukan sebarang pemalam atau muat turun 
- Nikmati pengalaman video dan audio berkualiti tinggi di seluruh sistem pengendalian dan peranti – bahkan dioptimumkan untuk lebar jalur rendah dan persekitaran gelap 
- Bersepadu secara lancar dengan Classroom dan produk Google Workspace for Education yang lain untuk memudahkan anda menyertai dan membuat pembentangan 
- Tambahkan berbilang hos bersama untuk memperkasa orang lain bagi membantu proses menyediakan dan memudahkan kelas 
Edisi berbayar
- Simpan mesyuarat yang dirakam terus dalam Google Drive dan kongsikan dengan pelajar untuk membantu mereka mendapatkan maklumat terkini tentang pelajaran (tersedia untuk pelanggan Education Fundamentals hingga akhir tahun 2021). 
- Jejaki kehadiran dengan laporan yang dihantar kepada hos mesyuarat secara automatik 
- Tetapkan hos bersama mesyuarat sebelum setiap mesyuarat 
Jalankan kelas dengan berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat
Semua edisi
- Halang tetamu yang tidak diingini daripada memasuki mesyuarat dengan kunci keselamatan dan penyekatan hadirin awanama secara automatik 
- Usir orang daripada mesyuarat dan urus permintaan untuk menyertai mesyuarat secara beramai-ramai 
- Tamatkan mesyuarat untuk semua orang dan halang mereka daripada menyertai semula panggilan tanpa kehadiran hos 
- Kawal orang yang boleh menggunakan ciri sembang atau pembentangan 
- Redamkan peserta secara berasingan atau semua orang sekali gus 
- Gunakan tetapan keselamatan merentas seluruh domain anda dan dapatkan cerapan tentang cara orang menggunakan Meet di sekolah anda dengan Konsol pentadbiran 
Edisi berbayar
- Pentadbir boleh menamatkan mana-mana mesyuarat dalam organisasi mereka terus daripada alat penyiasatan 
- Kenal pasti, tentukan keutamaan dan ambil tindakan terhadap isu keselamatan dan privasi dengan log Meet dalam alat penyiasatan 
- Akan datang Gunakan Meet dalam Google Docs, Sheets dan Slides 
Pastikan pelajar sentiasa terlibat dengan ciri merangkumi semua untuk pengajaran dan pembelajaran
Semua edisi
- Sertakan sehingga 100 peserta dan lihat maksimum 49 peserta dalam paparan berjubin 
- Jadikan kelas lebih merangkumi semua dengan sari kata langsung yang tersedia dalam pelbagai bahasa 
- Galakkan penyertaan aktif dengan ciri angkat tangan maya, papan putih digital dan reaksi dalam mesyuarat 
Edisi berbayar
- Berhubung dengan maksimum 500 peserta sekali gus dan gunakan bilik pecahan untuk membahagikan kelas kepada kumpulan yang lebih kecil 
- Jadikan kelas dan perbualan lebih mudah diakses dengan sari kata terjemahan langsung kepada beberapa bahasa yang berbeza dalam masa nyata 
- akan datang Hoskan strim langsung umum yang dapat dihadiri oleh sesiapa sahaja di luar domain sekolah anda – memudahkan anda untuk mengadakan mesyuarat lembaga sekolah, acara dan pelbagai lagi 
- Akan datang Strim langsung pada YouTube dan gunakan Soal Jawab serta Tinjauan Pendapat semasa acara strim langsung 
- Akan datang Aktifkan tetingkap Meet gambar dalam gambar semasa menyemak imbas tab dalam Chrome 
- Akan datang Transkripsikan panggilan video secara automatik dan simpan transkripsi pada Google Docs 
Lindungi komuniti anda dengan keselamatan, kelajuan, skala dan kebolehpercayaan lanjutan
- Pastikan video berkualiti tinggi walaupun semasa permintaan tinggi dengan infrastruktur yang menyokong perkhidmatan berbilion pengguna seperti Google Search, YouTube dan Gmail 
- Kekal selamat dengan data yang disulitkan secara automatik 
- Menyokong pematuhan terhadap standard pendidikan yang ketat 
- Meet adalah bebas iklan sepenuhnya dan kami tidak sekali-kali berkongsi maklumat peribadi anda atau pelajar anda 
“Google Meet telah menjadi alat utama kami untuk menyediakan pembangunan profesional kepada kakitangan kami, yang membolehkan mereka mengakses PD (Pembangunan Profesional) dari lokasi yang selesa bagi mereka. Meet memudahkan sesi ini dirakam, jadi guru yang tidak dapat hadir secara langsung masih dapat mengakses kandungan dan belajar daripadanya.”
Megan Swope, Pembimbing Teknologi, Daerah Sekolah Pennsbury
Dapatkan Meet sebagai sebahagian daripada Google Workspace for Education
Jika anda menggunakan Meet di sekolah, kami mengesyorkan anda mendaftar untuk Google Workspace for Education. Meet sudah sedia terangkum dalam Google Workspace dan berfungsi secara lancar dengan alatan seperti Classroom, Docs, Slides, Gmail dan pelbagai lagi.
Terokai sumber Meet untuk memperkasa keperluan pendidikan anda
- 
    Ikhtisar MeetIkhtisar ini menerangkan manfaat tahap tinggi Meet untuk mendidik cara produk ini dapat mengembangkan kemungkinan pembelajaran dengan video. 
- 
    Sumber Meet Pusat GuruSelami selok-belok Meet dan alat Google yang lain melalui kursus latihan serta sumber dalam talian untuk pendidik. 
- 
    Gunakan Meet selain untuk pembelajaran jarak jauhTerokai bermacam-macam cara Meet dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk seluruh komuniti pendidikan anda. 
- 
    Sediakan Meet untuk pembelajaran jarak jauhDapatkan bantuan menyediakan Meet untuk pembelajaran jarak jauh dengan pelbagai artikel bantuan dan petua berguna. 
- 
    Panduan Penjaga tentang MeetBercakap dengan ibu bapa dan penjaga tentang ciri Meet serta cara kanak-kanak menggunakan alat itu di sekolah dengan yakin. 
Tingkatkan pengajaran dengan ciri premium Meet
Meet dapat memperkasa anda untuk memperkaya pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai ciri canggih seperti bilik pecahan, penstriman langsung, penjejakan kehadiran, Soal Jawab, tinjauan pendapat dan pelbagai lagi apabila anda mendaftar untuk Teaching and Learning atau Education Plus.
Mula gunakan Meet
Hubungkan komuniti sekolah anda dengan kelas, persidangan ibu bapa dan guru serta pelbagai lagi dengan Meet – terangkum dalam Google Workspace for Education Fundamentals.
 
  