Langkau ke kandungan

Membantu pendidik K-12 memberikan kesan yang lebih besar

Pengalaman K-12 pelajar memberikan kesan yang mendalam terhadap masa depan mereka. Peranti boleh dikongsi dan alatan usaha sama Google for Education membantu guru menyediakan semua pelajar dengan cara baharu yang lebih menarik bagi mempelajari kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya.

Alat untuk usaha sama, komunikasi dan kreativiti

Google for Education memberi guru kebebasan untuk meluangkan lebih banyak masa memperibadikan pengalaman pembelajaran dan kurang menghabiskan masa mengurus pengalaman pembelajaran. Pelajar dapat mempelajari penyelesaian masalah abad ke-21 dan kemahiran yang akan mereka gunakan dalam kerjaya masa depan mereka, dengan ciri kebolehaksesan yang membantu setiap pelajar melakukan kerja terbaik mereka.

There are two children playing on a tablet. One of them is teaching the other how to use the device.

Lihat cara alatan dan ciri kebolehaksesan Google for Education boleh membantu setiap pelajar belajar. Baca tentang kebolehaksesan.

A board on a wall, it reads a large title that says, Look what we can do in Google.

Lihat betapa mudahnya untuk mengurus Chromebook dengan Konsol Pentadbir Google. Tonton video.

Pentadbiran IT yang mudah untuk organisasi pelbagai saiz

Produk Google for Education mudah diatur pasang, digunakan dan diurus. Dengan beberapa klik, pentadbir IT dapat menyediakan peranti baharu dan mengurus dasar di seluruh institusi pengajian atau daerah. Pengurusan automatik berasaskan awan menyelaraskan proses dan memastikan semua pengguna sentiasa menerima kemas kini.

Mesra belanjawan, dengan keselamatan terbina dalam

Google Workspace dan Classroom tersedia tanpa kos untuk sekolah manakala Chromebook yang boleh dikongsi meluaskan manfaat teknologi dengan mudah pada harga yang berpatutan kepada lebih ramai pelajar—dengan sokongan pada setiap masa dan berbilang lapisan keselamatan untuk memastikan keselamatan pelajar serta data.

Guru dan gadis berada di hadapan Chromebook, mungkin membaca tentang cara Google melindungi maklumat Guru dan Pelajar.

Ketahui cara Google melindungi privasi guru dan pelajar serta memastikan keselamatan data anda. Baca tentang privasi dan keselamatan.

"Menggabungkan Google Workspace for Education dengan Chromebook memberi kami sistem pembelajaran yang benar-benar lancar, cekap, berkesan dan inovatif yang menyokong persekitaran pembelajaran kami yang diperibadikan. Kami mungkin tidak dapat melakukannya tanpa menggunakan Chromebook dan Google Workspace for Education."

David Gundlach, Deputy Superintendent, Daerah Sekolah Kawasan Oshkosh

Ketahui lebih lanjut tentang cara institusi K-12 memberikan kesan menggunakan Google

Tingkatkan pelajaran anda dengan Sumber Pengajaran kami

Temui pelbagai alatan, aktiviti, kursus, pelajaran dan banyak lagi untuk pelbagai subjek dan tahap kemahiran.

Bantu pasukan anda bermula

Ingin bawa alatan Google ke sekolah anda? Kami telah menyiapkan segalanya. Sama ada anda seorang pendidik atau pentadbir—anda akan mendapati program, latihan dan sokongan untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya Google for Education.

Pusat Guru

Semak imbas koleksi sumber latihan dalam talian untuk membantu guru menggunakan teknologi Google dengan berkesan dalam bilik darjah.

Panduan penyediaan

Cari sumber yang pasukan IT anda perlukan untuk merancang, melaksanakan dan menyokong Google Workspace serta Chromebook di institusi pengajian anda.

Sokongan produk

Dapatkan jawapan kepada soalan anda dan akses panduan, tutorial, forum pengguna serta sokongan untuk produk Google for Education.

Mulakan

Berbincang dengan pakar

Hubungi pakar Google for Education untuk mendapatkan bantuan diperibadikan dalam memilih produk yang sesuai untuk institusi pengajian atau daerah anda.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.