Cabaran
Sebelum ini, NC State menggunakan sistem e-mel lama, Cyrus IMAP dan GroupWise yang gagal memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan. Pelajar tidak dapat melakukan banyak perkara dengan e-mel kerana kuota storan yang kecil. Manakala tenaga pengajar pula menghadapi masalah penjadualan kerana mereka menggunakan program kalendar yang berlainan. “Anda tidak dapat menjadualkan pertemuan dengan seseorang dengan mudah jika mereka tidak menggunakan kalendar yang sama — anda terpaksa memanggil mereka dan menghantar e-mel berulang kali untuk memastikan mereka lapang,” kata Stan North Martin, pengarah Khidmat Masyarakat, Komunikasi dan Perundingan di Pejabat Teknologi Maklumat, NC State.
Pelajar dan kakitangan juga berdepan dengan halangan apabila cuba bekerjasama. Sebagai contoh, pentadbir menghadapi kesukaran untuk mengambil dan berkongsi nota dengan cekap semasa mesyuarat kakitangan. “Dengan Microsoft Word, anda tidak tahu sama ada versi yang anda gunakan itu ialah versi yang terkini atau tidak. Proses ini sudah ketinggalan zaman,” kata Martin.