Dasar dan Privasi Peperiksaan

Berikut ialah perjanjian Privasi dan Dasar Peperiksaan yang ditunjukkan kepada calon peperiksaan semasa proses pendaftaran.

SYARAT PERJANJIAN INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI SEMASA KE SEMASA ATAS BUDI BICARA GOOGLE. ANDA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEMAK SYARAT INI DENGAN TELITI KERANA ANDA MESTI MEMATUHI VERSI PALING BAHARU PERJANJIAN INI.

Privasi sebagai sebahagian daripada proses menduduki Peperiksaan, Google akan merakam maklumat peribadi anda yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, gambar, corak ketukan kekunci dan maklumat yang mengenal pasti diri anda (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, syarikat, jawatan). Selain itu, sebagai sebahagian daripada proses pengawasan setiap Peperiksaan secara dalam talian, Google atau ejen Google mungkin menonton siar web langsung sesi anda (dan boleh berkomunikasi dengan anda, meminta anda berhenti menjawab panggilan telefon bimbit, dsb.). Semua maklumat yang dikumpulkan berhubung Peperiksaan akan dirujuk sebagai "Maklumat Peperiksaan" secara kolektif. Dasar Privasi Google menerangkan cara kami mengendalikan maklumat peribadi apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan Google, termasuk Maklumat Peperiksaan. Selain itu, perihalan berikut menerangkan amalan privasi kami khusus untuk Peperiksaan.

Semua Maklumat Peperiksaan yang anda serahkan kepada Google dikumpulkan oleh Google atau agen sah Google di Amerika Syarikat, serta bidang berkuasa di tempat anda mengambil Peperiksaan itu. Maklumat Peperiksaan mungkin dikongsikan dengan rakan sekutu kami, anak syarikat atau usaha sama dalam bidang berkuasa lain untuk tujuan Peperiksaan. Dasar ini ditadbir oleh undang-undang Amerika Syarikat.

Untuk individu yang berada di Kesatuan Eropah, menyerahkan Maklumat Peperiksaan anda bermakna anda bersetuju dengan pemindahan maklumat itu ke luar Kesatuan Eropah (EU) atau Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") ke negara yang mungkin mempunyai piawai privasi yang berbeza. Google mematuhi prinsip Rangka Kerja Perlindungan Privasi EH-AS berhubung Maklumat Peperiksaan yang dikumpul oleh entiti yang terletak di EEA dan dipindahkan ke Google dalam Amerika Syarikat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Rangka Kerja Perlindungan Privasi atau pendaftaran kami, lihat tapak web Jabatan Perdagangan A.S. di https://www.privacyshield.gov.

Soalan Lazim

Bagaimanakah Maklumat Peperiksaan akan digunakan?

Maklumat Peperiksaan yang anda serahkan digunakan untuk tujuan berikut:

Mendaftarkan calon ujian untuk mengambil peperiksaan Memberikan salinan sijil yang boleh dicetak untuk calon ujian yang berjaya Menjejaki bilangan profesional bertauliah yang bekerja dengan rakan kongsi Menjejaki pembaharuan sijil dan sijil tambahan individu dari semasa ke semasa Memastikan keselamatan proses Peperiksaan


Pilihan Anda

Penyerahan Maklumat Peperiksaan anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menyerahkan Maklumat Peperiksaan anda, anda tidak akan dibenarkan untuk mengambil Peperiksaan.


Siapa boleh mengakses data anda?

Pekerja Google, syarikat bersekutu atau entiti yang bertindak bagi pihak Google memproses Maklumat Peperiksaan bagi tujuan yang disenaraikan di atas. Google mengambil langkah teknikal, organisasi dan undang-undang yang wajar untuk melindungi Maklumat Peperiksaan. Syarikat bersekutu atau entiti yang bertindak bagi pihak Google yang kami kongsikan Maklumat Peperiksaan anda akan terikat dengan syarat kerahsiaan.


Adakah Google menyimpan data anda?

Maklumat Peperiksaan disimpan mengikut undang-undang tempatan. Kami juga mungkin menyimpan Maklumat Peperiksaan untuk:

  • Menyelesaikan pertikaian tentang pengambilan dan kelulusan ujian
  • Melakukan analisis demografi dan analisis yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi berkenaan populasi, kadar kelulusan dan kelakuan lain calon ujian
  • Menjejaki bilangan pendidik bertauliah yang bekerja dengan sekolah dan daerah
  • Menjejaki pembaharuan sijil dan sijil tambahan individu bertauliah dari semasa ke semasa

Menghubungi Kami

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan privasi kami, sila hubungi kami melalui tapak web ini pada bila-bila masa atau menulis kepada kami di:

Privacy Matters
c/o Google Inc.
1600 Amphitheatre Parkway
Mountain View, California, 94043
USA

Anomali Peperiksaan: Jika Google menemui anomali dalam keputusan Peperiksaan anda, anda akan: (1) tidak layak untuk Peperiksaan (2) dilarang secara kekal untuk mengambil semula Peperiksaan atau mengambil mana-mana peperiksaan Google Workspace yang lain; dan (3) Google, atas budi bicaranya, boleh memilih untuk menamatkan sebarang hubungan perniagaan yang berkenaan.

Kegagalan dan Mengambil semula Peperiksaan: Jika anda gagal Peperiksaan, anda boleh mengambil semula Peperiksaan, namun anda harus menunggu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum berbuat demikian. Jika anda gagal Peperiksaan kali kedua, anda boleh mengambil semula Peperiksaan, namun harus menunggu sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum berbuat demikian. Jika anda gagal Peperiksaan kali ketiga, anda boleh mengambil semula Peperiksaan, namun harus menunggu sekurang-kurangnya setahun sebelum berbuat demikian.

Penipuan Peperiksaan: Sistem Peperiksaan kami memantau semua Peperiksaan yang telah selesai untuk kejadian pemalsuan, menipu dan/atau salah nyataan identiti peribadi. Pasukan Google for Education berhak untuk membatalkan mana-mana dan semua sijil atau lencana yang dikaitkan dengan pengguna yang melanggar dasar peperiksaan kami, termasuk peraturan mengambil semula peperiksaan yang disenaraikan di atas.

Menipu adalah tidak adil kepada calon yang telah bekerja keras dan mengikut peraturan, jadi jika anda melihat atau mendengar tentang penipuan, laporkan penipuan itu. Hubungi Pasukan Pelanggaran Ujian GFE melalui e-mel di gfe-certification-violation@google.com.

Mengekalkan Status: Anda perlu mengambil semula Peperiksaan setiap 36 bulan. Peperiksaan boleh diambil semula tiga puluh hari sebelum tarikh pembaharuan 36 bulan anda atau sehingga enam puluh hari selepas tarikh pembaharuan 36 bulan anda.

Penggunaan Logo Sijil: Penggunaan logo sijil Google anda hanyalah untuk penggunaan peribadi individu yang telah lulus Peperiksaan dan tidak boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa sesebuah syarikat atau sekolah telah diperakui. Maksudnya, sesebuah syarikat atau sekolah tidak boleh digambarkan sebagai diperakui-hanya individu yang telah lulus Peperiksaan boleh berbuat demikian. Selain itu, logo sijil dan lencana yang berkaitan tidak boleh ditiru atau dihasilkan semula tanpa persetujuan yang jelas daripada Google. Penggunaan logo sijil Google adalah tertakluk kepada Garis Panduan Ciri Jenama semasa Google yang boleh didapati di URL berikut: http://www.google.com/permissions/guidelines.html.

Dasar: Dasar Google ada di edu.google.com/teacher-center atau URL lain seperti yang dinyatakan oleh Google. Dasar ini digabungkan oleh rujukan ini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Sila lihat edu.google.com/teacher-center/certifications untuk mengetahui dasar program terkini. Jika Google mengesyaki anda melanggar mana-mana dasar, Google, atas budi bicaranya, boleh membatalkan mana-mana sijil Google Workspace anda dan anda akan dilarang secara kekal daripada mengambil semula mana-mana peperiksaan Google Workspace.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.