Perjanjian bukan Pendedahan (NDA) Peperiksaan

Berikut ialah Perjanjian Bukan Pendedahan yang ditunjukkan kepada calon peperiksaan semasa Peperiksaan Sijil.

Perjanjian:

Sijil Google dan Perjanjian Bukan Pendedahan ("Perjanjian") ini dibuat di antara calon peperiksaan ("Anda") dan Google Inc. ("Google") pada tarikh anda mengklik "Saya bersetuju" di bawah ("Tarikh Kuat Kuasa").

1. Maklumat Sulit: Kandungan Peperiksaan, termasuk tanpa had, soalan, jawapan atau sebarang komunkasi, termasuk komunikasi lisan, berkenaan atau berkaitan Peperiksaan adalah maklumat sulit Google ("Maklumat Sulit"). Sebarang pendedahan Maklumat Sulit merupakan pelanggaran Perjanjian ini dan boleh menjejaskan integriti serta keselamatan program sijil, yang mengiktiraf pendidik yang telah menunjukkan kemahiran asas dan lanjutan dalam pelaksanaan alatan Google for Education di bilik darjah. Google menjadikan peperiksaan tersedia kepada Anda hanya untuk tujuan menunjukkan kecekapan dalam bidang kandungan yang dirujuk oleh tajuk peperiksaan ini. Anda secara jelas dilarang daripada mendedahkan, menerbitkan, mengeluarkan semula, menyalin, menjual, menyiarkan, memuat turun atau menghantar mana-mana Maklumat Sulit, secara penuh atau sebahagian, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, secara lisan atau bertulis, secara elektronik atau mekanikal, untuk sebarang tujuan.

2. Pembatalan Sijil: Jika anda melanggar Perjanjian ini atau terlibat dalam sebarang salah laku, anda boleh dilarang daripada mengambil Peperiksaan dan/atau sebarang Peperiksaan Google Workspace yang lain; anda boleh dikeluarkan daripada Program Sijil Google; dan/atau Google, atas budi bicaranya, boleh menamatkan sebarang hubungan perniagaan yang berkenaan dengan anda.

3. Contoh salah laku dan/atau penyalahgunaan Peperiksaan termasuk namun tidak terhad kepada:

  • Menyamar sebagai orang lain untuk menipu semasa mengambil Peperiksaan.
  • Memberi atau menerima bantuan yang tidak wajar.
  • Menyebarkan kandungan Peperiksaan sebenar dengan sebarang cara termasuk, namun tidak terhad kepada siaran web, persediaan ujian atau kumpulan perbincangan formal atau tidak formal, penyusunan semula melalui hafalan atau sebarang kaedah lain.
  • Pemilikan item yang tidak dibenarkan semasa Peperiksaan.
  • Menggunakan bahan yang tidak dibenarkan (termasuk bahan hafalan dan/atau penerbitan soalan Peperiksaan dengan atau tanpa jawapan yang tidak dibenarkan) untuk persediaan Peperiksaan.
  • Membuat sebarang jenis nota semasa Peperiksaan.
  • Mengeluarkan atau cuba mengeluarkan bahan Peperiksaan (dalam sebarang format).
  • Sengaja menyebabkan sebarang jenis gangguan semasa Peperiksaan.
  • Mengubah suai dan/atau mengubah keputusan dan/atau laporan markah untuk Peperiksaan ini atau sebarang rekod Peperiksaan lain.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.