Perkasakan kemungkinan dengan Google Cloud
Shape what’s next in research and education with the robust capabilities of Google’s Cloud technology.
Pecahkan sempadan dengan platform yang tiada sempadan
Google Cloud menghapuskan kerumitan dan menawarkan penyelesaian untuk keperluan storan, analitis, data bersaiz besar, pembelajaran mesin dan pembangunan aplikasi anda. Selain itu, dengan latihan dan sumber daripada Google, anda boleh bermula dengan keyakinan yang lebih tinggi.
Keselamatan yang boleh dipercayai mengikut skala
Model keselamatan bersepadu menegak, infrastruktur berskala dunia, rangkaian proprietari dan keupayaan yang unik untuk berinovasi akan membantu dalam memastikan organisasi anda selamat dan menyokong pematuhan.
Sumber terbuka dan berfikiran terbuka
Ciri sumber terbuka membantu untuk memupuk inovasi bersama, saling kendali dan kemudahalihan yang penting kepada seni bina masa hadapan.
Data dan analitis yang cekap
Manfaatkan ciri awan yang mantap dalam mengendalikan data bersaiz besar dan pembelajaran mesin untuk mencari jawapan dengan lebih cepat, membina produk yang lebih baik dan menyemarakkan aplikasi yang memberi inspirasi.
Infrastruktur inovatif yang dibina untuk prestasi
Penggunaan beribu-ribu kilometer kabel gentian optik dan rangkaian ditakrifkan perisian yang canggih, rangkaian global Google menyampaikan hasil yang pantas, tekal dan boleh diskalakan.
Bekerja tanpa had dengan Google Cloud
Daripada menyelaku kesan perubahan iklim kepada melatih algoritma untuk membantu usaha mengesan sel-sel kanser dengan lebih berkesan malah membina aplikasi dengan lebih cepat berbanding sebelum ini—Google Cloud membantu untuk mengubah bidang penyelidikan, pengajaran, pembelajaran dan selanjutnya.
Galakkan penyelidikan dengan data bersaiz besar dan cerapan yang cemerlang
Ubah data menjadi cerapan yang berguna dengan pantas dan mudah menggunakan analitis lanjutan, perkhidmatan pembelajaran mesin dan API. Majukan pembelajaran anda dengan bantuan Cloud menggunakan pelbagai teknologi, seperti Mesin Maya Boleh Ganti yang dapat memproses jumlah pengiraan yang besar sehinggalah Cloud ML Engine yang dapat mengenal pasti pola dalam set data.
“Pandangan keseluruhan anda terhadap penyelidikan berubah apabila anda boleh bertanya soalan dan mendapat jawapan dalam masa beberapa jam dan bukannya beberapa bulan.”
Andrew V. Sutherland, Ahli Teori Nombor Pengiraan dan Saintis Penyelidikan Utama, MIT
Bangunkan tanpa had pada gudang data awan yang terurus sepenuhnya ini untuk analitis dengan pembelajaran mesin terbina dalam.
Bawa kuasa dan keluwesan TensorFlow ke awan. Gunakan Cloud ML Engine untuk melatih model pembelajaran mesin anda dan dapatkan ramalan.
Manfaatkan rangkaian produk pembelajaran mesin yang membolehkan pembangun dengan kepakaran terhad melatih model berkualiti tinggi khusus untuk keperluan mereka.
Bina pada infrastruktur yang selamat, boleh skala dan moden
Perkhidmatan storan awan dan rangkaian Google Cloud yang berprestasi tinggi merintis jalan kepada kemungkinan baharu. Tanya lebih banyak soalan, dapatkan jawapan dengan lebih cepat dan bekerjasama dalam masa nyata dengan Cloud Storage, yang menampilkan keupayaan perkongsian dan pengurusan bekas yang canggih dengan Kubernetes.
"Buat pertama kalinya, mana-mana saintis di dunia akan dapat bekerjasama dan membuat analisis dengan data dalam ‘awan sepunya’.”
Dr. Stephen Scherer, Ph.D., D.Sc., Pengarah Program MSSNG, FRSC
Sepadukan penyelesaian penyimpanan objek yang selamat dan tahan lama ke dalam apl anda dengan teknologi 'edge-caching' global dan satu gabungan API.
Tambahkan pengawasan dan pengurusan untuk perkhidmatan, bekas, aplikasi dan infrastruktur.
Bina persekitaran sedia pengeluaran yang cekap, boleh skala dan selamat untuk mengatur pasang aplikasi berbekas.
Berinovasi dengan automasi yang pantas dan cekap
Takrifkan, kendalikan dan skalakan aplikasi anda pada kelajuan Cloud. Dengan perkhidmatan seperti App Engine yang menampilkan bahagian belakang boleh skala serta sokongan untuk mana-mana bahasa pengaturcaraan, pengkomputeran tanpa pelayan yang dipacu acara Cloud Function dan API Cloud yang berkuasa—tumpukan perhatian pada penghasilan kerja yang mengagumkan.
"Google Cloud sedang mempercepatkan penyelidikan AI akademik."
Yoichi Matsuyama, Felo Pasca Kedoktoran di Institut Teknologi Bahasa
Bina dan buat aplikasi mengikut skala pada platform yang terurus sepenuhnya tanpa perlu bimbang tentang mengurus infrastruktur asas.
Bentuk skala dengan mesin maya berprestasi tinggi yang berjalan di pusat data inovatif Google dan rangkaian gentian di seluruh dunia.
Simpan dan sediakan kandungan yang dijana pengguna seperti foto dan video dengan cepat dan mudah.
Dapatkan geran pendidikan Google Cloud
Sama ada tumpuan anda adalah dalam bidang penyelidikan, pengajaran atau pembelajaran, anda boleh memohon kredit percuma untuk mana-mana produk Google Cloud.
Ketahui cara Google Cloud mengubah pembelajaran dan penyelidikan di universiti
-
Kolej Manhattan
Google Cloud membantu Kolej Manhattan mencetuskan transformasi digital ke awan agar dapat memenuhi keperluan pelajar, ahli fakulti dan pentadbir IT dengan lebih baik dan berkesan serta pada harga yang berpatutan.
-
Universiti Northeastern
Dengan Compute Engine dan Mesin Maya Boleh Ganti, Penyelidik di Northeastern menjalankan lebih 10 juta simulasi virus Zika yang mampu mengurangkan masa untuk menganalisis data.
-
San José State University
Jabatan Sains Komputer SJSU menyokong pembelajaran bebas dengan latihan pengaturcaraan tanpa had untuk pelajar, yang dikuasakan oleh Cloud.
-
Universiti MIT
Seorang profesor MIT mencabar had perkomputeran dengan kluster terbesar yang pernah dibina dalam awan awam—300 tahun teras masa pengiraan dengan kos sebanyak $20,000 sahaja.
Mulakan
Hubungi pakar
Apakah yang anda atau institusi anda perlukan? Pasukan jualan kami boleh mencari penyelesaian yang tepat untuk projek anda.