Soalan Lazim Privasi dan Keselamatan
Menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang selamat untuk komuniti pendidikan anda amat penting bagi Google for Education agar anda dapat mengajar dan belajar dengan tenang kerana anda tahu bahawa data komuniti anda tertutup dan selamat.
Tertutup dan selamat
Kami membina dan mengendalikan pelayan serta perkhidmatan kami sendiri sebagai penyelesaian AI tindanan penuh, memberikan privasi hujung ke hujung, keselamatan, kebolehpercayaan dan inovasi yang pantas. Kami turut membolehkan pentadbir mengurus keselamatan digital mereka dengan mudah, dengan kawalan berpusat, perlindungan lalai dan alatan AI yang dibina dengan bertanggungjawab.
Menyokong pematuhan
Perkhidmatan kami menyokong pematuhan organisasi anda dengan keperluan privasi dan keselamatan yang ketat. Kami turut menjalani pengesahan bebas secara tetap – mencapai pensijilan, pengakusaksian dan laporan audit untuk menyokong pematuhan anda.
Telus
Google komited terhadap ketelusan tentang pengumpulan data anda –Notis Privasi Google Workspace for Education kami menerangkan data yang kami kumpulkan, sebab pengumpulan data itu dan cara anda boleh mengurus pengumpulan data itu.
Kandungan yang boleh anda percayai
Kandungan berasaskan umur, tetapan penyemakan imbas yang lebih selamat, sumber latihan dan kurikulum serta apl bersepadu – yang boleh ditemukan dengan mudah melalui Hab Apl Google for Education – membantu untuk memupuk pengalaman pendidikan digital yang lebih selamat dan bermutu tinggi.
Cari jawapan bagi soalan lazim tentang cara Google melindungi privasi dan memastikan data selamat.
Pemimpin pendidikan
Ketahui cara Google melindungi data dunia dengan penyelesaian keselamatan yang terunggul dalam industri.
Dengan Google, data institusi anda dilindungi oleh satu daripada infrastruktur awan yang paling maju, selamat dan boleh dipercayai di dunia. Perlindungan digital berbilang aspek kami dibina atas enam lapisan progresif untuk menyampaikan pertahan mendalam pada setiap masa. Tindanan keselamatan asli awan kami melengkapi organisasi pendidikan dengan penyulitan data yang terbaik dalam industri, semasa tidak digunakan dan dalam transit, serta pengurusan identiti dan akses gred perusahaan, perkakasan tersuai yang dijalankan atas sistem pengendalian yang diperkukuh, sandaran saat demi saat dan banyak lagi. Google mengawal keseluruhan tindanan perkakasan dan perisian ini agar kami dapat bertindak balas terhadap pelbagai jenis ancaman keselamatan dengan serta-merta. Asas kami yang selamat mengikut reka bentuk sentiasa memantau salah konfigurasi, kelemahan dan ancaman, memberikan keterlihatan dan makluman masa nyata. Platform operasi keselamatan yang moden dan dioptimumkan oleh AI ini memastikan data institusi anda kekal sulit, selamat dan dilindungi, sambil mengekalkan kedaulatan digital.
Rangkaian global terkemuka industri kami dibina dengan keselamatan berbilang lapisan dan tindanan penuh yang dapat mengendalikan perubahan permintaan yang ekstrem sekalipun. Kami mengendalikan salah satu infrastruktur awan yang paling selamat dan boleh dipercayai di dunia, seperti pusat data dengan reka bentuk tersuai dan kabel bawah laut persendirian yang memindahkan data di antara benua. Infrastruktur kami mengendalikan lebih daripada 100 bilion pertanyaan carian setiap bulan dan menskalakan perkhidmatan seperti Gmail kepada ratusan juta pengguna dengan jaminan 99.9% ketersediaan dan tiada waktu gendala yang dijadualkan. Infrastruktur kami diawasi secara berterusan untuk melindungi data anda dan memastikan data tersedia. Sekiranya berlaku gangguan, perkhidmatan platform boleh secara automatik dan segera dipindahkan daripada satu kemudahan kepada kemudahan lain agar perkhidmatan itu boleh diteruskan tanpa gangguan.
Menyediakan cara yang lebih selamat untuk belajar merupakan asas bagi semua produk dan perkhidmatan Google Workspace for Education. Setiap produk dan perkhidmatan mematuhi standard pendidikan tertinggi untuk privasi dan pematuhan. Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education bebas iklan dan dilindungi daripada spam dan ancaman siber. Google Workspace merupakan satu daripada suite produktiviti berasaskan awan yang paling selamat di dunia.
Kami menerapkan pengalaman berasaskan umur yang lebih selamat untuk pelajar dengan menawarkan kawalan pentadbir dan dasar supaya sekolah dapat mengurus kandungan dan aplikasi yang diakses melalui akaun Google Workspace for Education dengan berkesan. Alatan kami membolehkan pentadbir mengehadkan akses perkhidmatan dan kandungan oleh pengguna yang lebih muda serta menyediakan tetapan SafeSearch dan SafeSites secara lalai. Bagi semua pengguna, Gmail menghalang lebih daripada 99.9% spam, cubaan pancingan data dan perisian hasad, dengan Google AI.
Perlindungan automatik yang terbina dalam menyediakan pemantauan, penyulitan dan makluman keselamatan pada setiap masa. Papan pemuka yang mudah digunakan meletakkan semua tetapan dan laporan analitis anda pada satu tempat, lantas memberi anda keterlihatan dan kawalan penuh terhadap data serta dasar keselamatan anda. Peningkatan premium menyediakan keupayaan keselamatan proaktif tambahan yang memenuhi keperluan institusi anda secara khusus.
Ya. Penyulitan data secara lalai merupakan bahagian yang penting dalam strategi keselamatan Google Workspace for Education. Penyulitan membantu untuk melindungi e-mel, sembang, mesyuarat video, fail dan data anda yang lain. Data disulitkan semasa tidak digunakan dan dalam transit, memastikan mesej anda selamat bukan sahaja semasa dipindahkan di antara anda dengan pelayan Google tetapi juga semasa mesej dipindahkan di antara pusat data Google.
Data anda diasingkan secara logik seolah-olah data itu berada pada pelayannya sendiri. Perlindungan keselamatan lanjutan digunakan untuk menghalang pihak yang tidak dibenarkan daripada mengakses data anda. Sebenarnya, semua akaun pengguna dilindungi oleh seni bina selamat ini yang memastikan seseorang pengguna tidak dapat melihat data pengguna lain. Hal ini adalah sama dengan cara data pelanggan dibahagikan dalam infrastruktur kongsi yang lain, contohnya aplikasi perbankan dalam talian. Begitu juga, pentadbir boleh menyediakan kawalan data tambahan melalui konsol Pentadbir Google.
Google Workspace for Education menawarkan tiga edisi untuk membolehkan pentadbir memilih penyelesaian yang paling sesuai dengan keperluan institusi mereka.
Penyediaan persekitaran pembelajaran digital yang selamat amat penting bagi Google for Education. Ciri yang berikut ditawarkan dalam setiap edisi Google Workspace for Education:
- Kawalan berpusat dengan Konsol pentadbiran, alat bersepadu anda untuk pengurusan privasi, keselamatan, data dan peranti
- Pusat makluman: Memberikan gambaran lengkap tentang keselamatan dengan pemberitahuan, makluman dan tindakan
- Pengurusan identiti dan akses: Urus akses kepada alatan dengan pengesahan dua faktor, log masuk sekali dan pengurusan kata laluan
- Gunakan butang kuasa Chromebook sebagai kunci selamatan dengan log masuk Google and
- Laksanakan pengesahan selamat tanpa kata laluan dengan kunci laluan
- Perlindungan kehilangan data (DLP): Membantu untuk mencegah kehilangan atau kecurian data dalam Gmail dan Drive dengan membolehkan anda menetapkan peraturan dan dasar automatik anda sendiri
- Vault: Sokong keperluan pengekalan data dan e-Penemuan unik anda dengan mengekalkan, mencari dan mengeksport data
- Sekat lebih daripada 99.9% spam, cubaan pancingan data dan perisian hasad dalam Gmail
Kembangkan dan manfaatkan asas yang kukuh dengan keupayaan keselamatan lanjutan yang membolehkan anda menggunakan pendekatan yang lebih proaktif untuk keselamatan organisasi anda. Dengan Google Workspace for Education Standard dan Google Workspace for Education Plus, dapatkan semua tawaran keselamatan di atas dan:
- Pencegahan proaktif: Ketatkan keselamatan di seluruh domain anda dengan pengawasan kesihatan keselamatan dan syor amalan terbaik
- Pengesanan lanjutan: Menyediakan analitis dan cerapan menerusi papan pemuka pusat keselamatan anda untuk membantu anda menangani risiko keselamatan
- Pemulihan segera: Memulihkan perisian hasad, pancingan data, spam dan serangan siber lain dengan mengenal pasti isu dan mengambil tindakan segera daripada konsol pusat
- Kawalan lanjutan: Pengurusan titik akhir untuk mengerah tugas dan mengurus peranti secara berpusat, menetapkan rantau data geografi untuk mengehadkan atau mengedarkan data mengikut keperluan untuk amalan terbaik pematuhan dan Akses Peka Konteks serta kawalan pelesenan dan pengurusan aplikasi
- Penyulitan pihak pelanggan (CSE): Memastikan data organisasi anda kekal sulit dengan penyulitan menyeluruh yang tidak dapat dinyahsulitkan oleh pelayan Google dan pihak ketiga, yang membolehkan organisasi anda mengawal akses kepada data organisasi anda dengan lebih baik
Semua edisi Google Workspace for Education menawarkan kefleksibelan dan kawalan penuh kepada pentadbir untuk menukar tetapan lalai bagi seluruh organisasi pendidikan, kelas atau individu. Secara lalai, pelajar yang berumur bawah 18 tahun boleh mengakses kandungan yang sengaja dihadkan untuk memastikan pengalaman dalam talian yang lebih selamat dan dilindungi.
Ya. Tiada serangan perisian tebusan yang berjaya pernah dilaporkan pada Chromebook setakat tahun 2025. Hal ini disebabkan oleh keselamatan yang terbina dalam setiap langkah – pada pusat data kami, perkakasan komputer, peranti mudah alih dan pengesahan pengguna.
Chromebook direka bentuk dengan berbilang lapisan keselamatan untuk memastikan peranti itu selamat daripada virus dan perisian hasad tanpa sebarang perisian keselamatan tambahan. Setiap kali anda menghidupkan Chromebook, keselamatan anda dijamin. Oleh sebab sistem ini boleh diurus secara berpusat, Chromebook membolehkan pentadbir IT sekolah mengkonfigurasikan dasar dan tetapan dengan mudah, seperti mendayakan penyemakan imbas selamat atau menyekat laman yang berbahaya. Chromebook dilengkapi ciri terbina dalam yang berikut:
- Kemaskinian automatik: Membantu untuk memastikan perlindungan perisian hasad anda sentiasa terkini. Kami menyediakan kemaskinian automatik selama 10 tahun, lebih daripada mana-mana sistem pengendalian yang lain pada hari ini.
- But disahkan: Membolehkan Chromebook melakukan pemeriksaan kendiri untuk mengesan perisian hasad dan melakukan pembaikan automatik jika rosak.
- Kotak pasir: Membantu untuk menghalang penyebaran virus dengan memastikan setiap halaman web dan aplikasi dijalankan dalam persekitaran bertembok sendiri.
- Penyulitan data 256 bit: Semua peranti boleh memanfaatkan penyulitan data 256 bit, yang membantu untuk melindungi Chromebook dan mengekalkan ketahanan terhadap serangan.
- Penyegerakan Chrome: Membolehkan pelajar log masuk pada mana-mana Chromebook atau penyemak imbas Chrome untuk mengakses semua apl, tetapan dan keutamaan mereka dengan selamat.
- Kawalan keselamatan data: Membantu pentadbir IT memantau, memastikan keselamatan dan mengurus data pada rangkaian mereka.
- Kawalan data ChromeOS: Menetapkan peraturan untuk melindungi daripada kebocoran data berdasarkan sumber data, destinasi dan pengguna.
Chromebook ialah platform yang selamat untuk menjalankan penilaian pelajar. Dengan Chromebook, anda boleh melumpuhkan akses pelajar untuk menghalang mereka daripada menyemak imbas web semasa peperiksaan selain melumpuhkan storan luaran, tangkapan skrin dan keupayaan untuk mencetak. Kedua-dua PARCC (lihat TestNav) dan Konsortium Penilaian Seimbang Lebih Pintar telah mengesahkan bahawa Chromebook memenuhi syarat perkakasan dan sistem pengendalian untuk pelajar dalam talian.
Dengan Peningkatan Pendidikan Chrome, pentadbir IT sekolah boleh mengurus tetapan untuk memberi pelajar sebanyak atau sedikit mungkin akses seperti yang dikehendaki oleh sekolah, untuk memberikan satu lagi keupayaan keselamatan data dan pengurusan berpusat, termasuk:
- Keselamatan lanjutan: Menghalang akses yang tidak dibenarkan kepada data sekolah dengan ciri keselamatan lanjutan yang membolehkan pentadbir IT melumpuhkan peranti dengan mudah. Peranti juga boleh ditetapkan sebagai sementara, supaya data pengguna dialih keluar pada penghujung sesi, atau pendaftaran berterusan boleh disediakan untuk mencegah akses tanpa had.
- Sokongan pada setiap masa: Dapatkan manfaat tambahan bantuan penyelesaian masalah ChromeOS dengan sokongan pentadbir pada setiap masa. Hubungi Google pada bila-bila masa sekiranya berlaku masalah, tanpa kos tambahan.
- Kerah tugas dipermudah: Memberi pentadbir IT akses kepada dasar peranti dan keupayaan pengawasan kumpulan, untuk peranti yang dikeluarkan oleh sekolah dan juga peranti milik pelajar, semuanya daripada konsol Pentadbir Google berasaskan awan yang mudah digunakan.
- Kawalan akses yang berkesan: Mengurus akses kepada platform dan data sekolah – membolehkan pentadbir IT mengawal individu yang diberi akses. Sesi tetamu terurus dan mod kios membolehkan penggunaan peranti dikongsi mengikut kes; contohnya untuk mempamerkan tugasan pelajar atau dalam perpustakaan.
Untuk memastikan kami memperkenalkan AI kepada pelajar secara bertanggungjawab, kami telah berunding dengan pakar keselamatan dan pembangunan kanak-kanak seperti Family Online Safety Institute (FOSI), bekerjasama dengan pakar sains pembelajaran, membuat ujian dengan panel penasihat belia dan terus bekerjasama rapat dengan pendidik di seluruh dunia. Selain itu, kami telah membina kawalan pentadbir dan perlindungan pengguna lanjutan merentas alatan dikuasakan AI bagi Google for Education.
Alatan yang berikut merupakan perkhidmatan teras dalam Google Workspace dan dilengkapi perlindungan data gred perusahaan:
- Gemini for Education: Tersedia kepada pelajar daripada semua peringkat umur.
- NotebookLM: Tersedia kepada pelajar daripada semua peringkat umur.
- Google Workspace dengan Gemini: Tersedia kepada pendidik dan pelajar berumur 18 tahun ke atas yang memiliki lesen Google AI Pro for Education.
Selain itu, penyemak imbas Chrome dan Chromebook dilengkapi ciri AI generatif yang tersedia kepada pendidik dan pelajar berumur 18 tahun ke atas. Ciri ini dilumpuhkan secara lalai untuk pengguna yang berumur bawah 18 tahun dengan kawalan pentadbir pada konsol Pentadbir Google.
Gemini ialah Perkhidmatan Teras yang terangkum dalam Syarat Perkhidmatan Google Workspace for Education. Apabila anda menggunakan akaun Google Workspace for Education dengan Gemini, sembang anda tidak disemak oleh jurusemak atau digunakan untuk meningkatkan model AI generatif.
Google beriltizam untuk memberikan pengalaman yang selamat dan bersesuaian dengan umur untuk pelajar meskipun yang paling muda. Pengalaman remaja pada apl Gemini dilengkapi dasar dan sekatan perlindungan yang ketat untuk mencegah respons yang tidak sesuai kepada pengguna yang berumur bawah 18 tahun. Gemini turut memberikan sumber dan petikan dalam hasil carian, iaitu ciri yang membolehkan semakan semula respons menggunakan Google Search. Langkah ini membantu untuk memastikan Gemini menyediakan persekitaran yang selamat dan bersesuaian dengan umur untuk pengguna yang lebih muda, sekali gus memperkasakan mereka untuk menerokai AI secara bertanggungjawab. Yang berikut ialah beberapa ciri dan dasar utama yang disediakan:
- Akses yang dikawal oleh sekolah: Pentadbir mudah mengurus individu yang boleh mengakses apl Gemini dalam Konsol pentadbiran.
- Penapisan kandungan dipertingkatkan: Gemini telah melaksanakan dasar kandungan yang ketat dan perlindungan lalai untuk menapis kandungan yang tidak sesuai dengan umur, sekali gus memastikan persekitaran dalam talian lebih selamat. Sebelum membenarkan pelajar mengakses Gemini, Google melatih model tersebut untuk mengenal pasti kandungan yang tidak sesuai untuk pengguna yang lebih muda seperti kandungan berkaitan bahan yang menyalahi undang-undang atau yang dikenakan penyaringan umur, dan melaksanakan ciri keselamatan untuk mencegah kandungan ini daripada dipaparkan dalam respons.
- Suai tugas dan pendidikan: Untuk membantu mereka menggunakan Gemini secara bertanggungjawab, pengguna yang berumur bawah 18 tahun menerima pengalaman suai tugas khas termasuk sumber kecelikan AI yang dibangunkan dengan kerjasama pengguna yang lebih muda dan pakar. Sumber ini, yang dikongsi dengan semua pengguna berumur bawah 18 tahun, termasuk video yang disokong oleh ConnectSafely dan Family Online Safety Institute (FOSI).
- Semakan semula automatik: Pada kali pertama pengguna mengemukakan pertanyaan yang berasaskan fakta, Gemini akan menjalankan ciri semakan semula respons secara automatik, untuk menilai sama ada terdapat kandungan pada web yang menyokong respons Gemini atau tidak.
- Petua alat yang berguna: Gemini disertakan dengan petua alat – mesej pendek yang berguna untuk menggalakkan pemikiran kritis dan semakan fakta. Petua alat ini dipaparkan apabila pelajar menuding kursor mereka pada elemen tertentu dan mengingatkan mereka untuk menggunakan ciri seperti semakan semula dan semakan fakta.
- Perlindungan privasi: Semua pengguna yang log masuk ke akaun Google Workspace for Education mereka menerima perlindungan data gred perusahaan dalam Gemini, secara percuma. Hal ini bermakna data anda tidak digunakan atau disemak oleh sesiapa untuk meningkatkan model AI.
Keselamatan terunggul industri audit pihak ketiga dan sijil, dokumentasi serta komitmen kontrak kami membantu untuk menyokong pematuhan anda. Kami menyatakan komitmen kontraktual kami dalam Tambahan Pemprosesan Data Awan dan Perjanjian Google Workspace for Education serta memastikan ketelusan berkenaan dengan pemprosesan data dalam Notis Privasi Google Cloud kami. Tidak kira sama ada papan pemuka masa nyata untuk mengesahkan prestasi sistem, pengauditan berterusan terhadap proses kami atau perkongsian lokasi pusat data, kami beriltizam untuk memastikan ketelusan penuh kepada semua pengguna kami. Data itu ialah data anda dan kami mahu anda tahu keadaan data itu agar anda akan sentiasa membuat pilihan yang termaklum.
Kami beriltizam untuk mengendalikan data anda dengan bertanggungjawab dan melindungi privasi anda dengan protokol yang ketat dan teknologi privasi yang inovatif.
Notis Privasi Google Workspace for Education memperincikan maklumat yang dikumpulkan oleh perkhidmatan Google apabila digunakan dengan akaun Google Workspace for Education. Contohnya, mengumpulkan maklumat seperti alamat e-mel pengguna membolehkan kami menghantar e-mel kepada pengguna tersebut untuk memberikan akses kepada Classroom.
Tidak. Tiada iklan dalam set Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education. Selain Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education, perkhidmatan Google tambahan mungkin memaparkan iklan, seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi Google Workspace for Education. Untuk pengguna Google Workspace di sekolah rendah dan menengah (K-12), Google tidak menggunakan mana-mana maklumat peribadi pengguna (atau apa-apa maklumat yang dikaitkan dengan Google Account) atau menjual maklumat itu kepada pihak ketiga untuk penyasaran iklan.
Tidak. Organisasi pendidikan memiliki data pelanggan mereka, mengekalkan hak penuh terhadap harta intelek data dan boleh menetapkan peraturan untuk menentukan waktu individu dalam komuniti mereka boleh memuat turun data. Google tidak memegang pemilikan terhadap mana-mana data pelanggan dalam Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education, seperti yang dinyatakan dalam kontrak kami (di bawah “Harta Intelek”).
Tidak. Kami tidak akan sekali-kali menjual data organisasi pendidikan atau pelajar. Di Google, kami beriltizam untuk melindungi data anda. Oleh sebab itu, kami telah menetapkan dasar yang ketat untuk tidak sekali-kali menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa, termasuk untuk tujuan iklan.
Perkhidmatan Tambahan dan Produk Google merupakan perkhidmatan Google lain yang boleh digunakan dengan akaun Google Workspace for Education, sebagai contoh, YouTube dan Google Earth. Kebanyakan Perkhidmatan Tambahan dikawal oleh Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Google, manakala sesetengah perkhidmatan juga mungkin mengandungi syarat khusus perkhidmatan.
Pentadbir sekolah perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa untuk penggunaan Perkhidmatan Google Tambahan bagi pengguna yang berumur bawah 18 tahun. Untuk pengguna yang berumur bawah 18 tahun dengan akses kepada Perkhidmatan Google Tambahan, Google memberikan pengalaman yang lebih bersesuaian dengan umur dengan mengehadkan akses kepada kandungan, ciri atau perkhidmatan tertentu. Perkhidmatan tambahan mungkin memaparkan iklan, namun maklumat peribadi (atau sebarang maklumat yang dikaitkan dengan akaun) daripada pengguna sekolah rendah dan menengah (K-12) tidak akan digunakan untuk menyasarkan iklan.
Setiap organisasi dan komuniti adalah berbeza, oleh itu kami memberi mereka kuasa untuk mengkonfigurasikan alatan mengikut keinginan mereka untuk memenuhi keperluan unik pelajar dan pendidik. Pengguna yang berumur bawah 18 tahun akan mendapat pengalaman yang lebih bersesuaian dengan umur merentas Perkhidmatan Tambahan Google seperti YouTube, Maps dan Google Play, serta akses mereka kepada sesetengah Perkhidmatan Tambahan yang tidak dimaksudkan untuk kanak-kanak mungkin dihadkan. Kebanyakan Perkhidmatan Tambahan dikawal oleh Syarat Perkhidmatan dan Dasar Privasi Google, manakala sesetengah perkhidmatan mungkin turut mengandungi syarat khusus perkhidmatan.
Organisasi pendidikan boleh menghidupkan atau mematikan perkhidmatan ini untuk kumpulan guru dan pelajar tertentu. Apabila sekolah memperoleh persetujuan ibu bapa, Perkhidmatan Tambahan boleh digunakan oleh pengguna Google Workspace for Education. Ketahui cara berbuat demikian dalam video tutorial ini.
Dasar Privasi Google menerangkan cara perkhidmatan Google biasanya menggunakan maklumat dalam Perkhidmatan Tambahan, termasuk untuk pengguna Google Workspace for Education. Notis Privasi Google Workspace for Education juga menjelaskan data yang dikumpulkan dalam Perkhidmatan Tambahan dan tujuan data itu digunakan.
Untuk pengguna Google Workspace for Education di sekolah rendah dan menengah (K-12), Google tidak menggunakan mana-mana maklumat peribadi pengguna (atau apa-apa maklumat yang dikaitkan dengan akaun Google Workspace for Education) untuk menyasarkan iklan, sama ada dalam Perkhidmatan Teras atau perkhidmatan Google lain yang diakses semasa menggunakan akaun Google Workspace for Education.
Organisasi pendidikan bertanggungjawab untuk mengurus akaun Workspace pelajar, termasuk menggantung akses, mengekalkan data mengikut peraturan kerajaan dan memadamkan akaun mengikut kesesuaian. Google beriltizam untuk memadamkan data pengguna yang berkaitan dengan akaun pengguna akhir dalam masa 180 hari dari waktu pelanggan memadamkan akaun.
Pelajar diberi pilihan untuk mengeksport data mereka di bawah akaun Google Workspace for Education jika dibenarkan oleh pentadbir mereka.
Pelajar juga diberi pilihan untuk menggunakan Pindah Kandungan sebagai cara yang mudah untuk membawa tugasan mereka bersama apabila mereka tamat pengajian atau berpindah sekolah. Pentadbir boleh memulakan proses ini dengan mudah dengan memaklumi pelajar untuk memilih akaun, fail dan data lain yang mahu dihijrahkan daripada akaun yang disediakan oleh institusi kepada mana-mana akaun pengguna pilihan mereka.
Dasar Google menyatakan bahawa pelanggan, sebagai pemilik data, bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan respons terhadap permintaan data penguatkuasaan undang-undang dan kami mengarahkan kerajaan untuk meminta data sedemikian terus daripada pelanggan. Namun begitu, Google mungkin menerima permintaan langsung daripada kerajaan dan mahkamah di seluruh dunia tentang cara seseorang telah menggunakan perkhidmatan syarikat. Kami menilai setiap permintaan dengan teliti untuk memastikan permintaan itu mematuhi undang-undang yang bersesuaian. Jika terlalu banyak maklumat diminta, kami cuba untuk mengurangkan maklumat itu dan dalam sesetengah keadaan, kami menolak daripada memberikan sebarang maklumat sama sekali.
Kami menghormati privasi dan keselamatan data yang anda simpan pada Google. Justeru, inilah yang kekal menjadi keutamaan kami dalam usaha mematuhi permintaan perundangan ini. Maklumat terperinci tentang permintaan data dan respons Google kepada permintaan itu tersedia dalam Laporan Ketelusan kami.
Google beriltizam untuk menghasilkan produk yang membantu untuk melindungi privasi pelajar dan guru serta menyediakan penyelesaian keselamatan yang terbaik dalam industri untuk institusi anda. Pada Chromebook, pengguna boleh menghidupkan penghantaran statistik penggunaan dan laporan ranap sistem kepada Google untuk membantu kami meningkatkan perkhidmatan kami.
Penyegerakan Chrome membolehkan pemegang Google Account log masuk pada mana-mana Chromebook atau penyemak Imbas Chrome dan mengakses semua apl, sambungan, penanda halaman serta halaman web yang kerap dilawati. Dengan Chromebook dan penyegerakan Chrome, pelajar boleh mendapat pengalaman yang diperibadikan pada mana-mana peranti yang dikongsi dengan rakan sekelas mereka, sambil memastikan data mereka selamat. Data penyegerakan Chrome dalam akaun Google Workspace for Education hanya digunakan untuk menyediakan perkhidmatan penyegerakan kepada pengguna, seperti penyegerakan sejarah penyemakan imbas, penanda halaman, kata laluan dan tetapan lain, dengan selamat, merentas peranti. Jika mereka mahu, pentadbir boleh melumpuhkan penyegerakan Chrome sepenuhnya dan pengguna boleh memilih maklumat yang disegerakkan.
Penygerakan Chrome ialah Perkhidmatan Teras yang terangkum dalam Syarat Perkhidmatan Google Workspace for Education. Perkhidmatan ini tersedia kepada pengguna secara lalai dan pentadbir diberi pilihan untuk mematikan perkhidmatan ini pada bila-bila masa.
Kami bersedia untuk membantu anda mengekalkan pematuhan dengan pelbagai standard.
Ya. Google Workspace for Education mematuhi standard pendidikan privasi dan keselamatan yang ketat.
Kami sentiasa menjalani beberapa audit pihak ketiga yang bebas. Sijil, audit dan penilaian Google termasuk:
- ISO/IEC 27001
- ISO/IEC 27017
- ISO/IEC 27018
- ISO/IEC 27701
- ISO/IEC 42001
- SOC 2 and SOC 3
- FedRAMP (Kerajaan AS)
- BSI (Jerman)
- MTCS (Singapura)
- PCI DSS
- FISC (Jepun)
- Esquema Nacional de Seguridad (ENS) (Sepanyol)
Google Workspace for Education boleh digunakan untuk membantu anda memenuhi keperluan pematuhan dan pelaporan anda dengan:
- Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) [EU]
- Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (FERPA) [AS]
- Akta Perlindungan Privasi Kanak-kanak Dalam Talian (COPPA) [AS]
- Akta Perlindungan Maklumat Peribadi Afrika Selatan (POPI) [SA]
- HIPAA [AS]
Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education menyokong pematuhan terhadap FERPA (AS), COPPA (AS), and GDPR (EU/EEA).
Ketahui maklumat lanjut pada pusat pematuhan FERPA kami, halaman web COPPA, halaman web GDPR dan artikel Pusat Bantuan kami yang bertajuk “Berkomunikasi dengan Ibu Bapa dan Penjaga tentang Google Workspace for Education”.
Kami sentiasa mengarahkan juruaudit bebas untuk menyemak amalan perlindungan data kami. Juruaudit pihak ketiga bebas, telah mengesahkan bahawa amalan dan komitmen kontraktual kami untuk Google Workspace for Education mematuhi ISO/IEC 27701, ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 42001 dan diaudit terhadap SSAE 18 / ISAE 3402 Jenis II. Untuk mengetahui penawaran pematuhan lengkap kami, lihat pusat sumber pematuhan kami.
Bantu komuniti pendidikan anda mempelajari dan mengamalkan amalan terbaik keselamatan digital.
Kami menghargai peranan yang boleh dimainkan oleh pendidik untuk membantu pelajar mewujudkan hubungan sihat yang positif dengan teknologi. Untuk membantu pendidik membimbing pelajar mereka menangani pelbagai isu teknologi yang penting, kami membangunkan Kursus Perilaku Digital dan Keselamatan. Google juga bekerjasama dengan guru untuk membantu pelajar belajar menggunakan kandungan mesra kanak-kanak, menetapkan sempadan dan membina hubungan yang sihat dengan teknologi, seperti mengajar mereka tentang keselamatan Internet dengan Be Internet Awesome.
Kecerdasan buatan (AI) mengubah cara kita hidup, bekerja dan berinteraksi dengan teknologi. Walau bagaimanapun, kita perlu membuat pilihan yang bernas dan mempunyai kesedaran etika untuk menggunakan AI secara bertanggungjawab. Yang berikut ialah beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar cara memanfaatkan AI generatif dengan sepenuhnya dan menggunakan AI generatif dengan bertanggungjawab:
1. Ingat, AI ialah sejenis teknologi, bukan manusia. AI ialah model pembelajaran mesin. AI tidak dapat berfikir atau merasa emosi. AI hanya mampu mengenal pasti corak dengan bagus dan ini dikenali sebagai latihan. Memandangkan AI bukan manusia, AI tidak boleh dan tidak patut membuat keputusan untuk anda atau menggantikan orang penting dalam kehidupan anda.
2. Gunakan AI untuk memperkasakan, bukan untuk menggantikan bakat anda. AI dapat membantu anda memulakan proses kreatif tetapi tidak sepatutnya digunakan untuk melakukan tugas anda – itu peranan anda sebagai pencipta. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan AI untuk membantu sumbang saran idea bagi pengenalan video anda sebelum menulis skrip anda.
3. Nilai setiap respons secara kritis. Memandangkan AI generatif masih dalam pembangunan, AI mungkin melakukan kesilapan – dan mungkin mereka-reka sesuatu yang dikenali sebagai halusinasi. Sentiasa semak maklumat yang disampaikan meskipun maklumat itu kelihatan seakan-akan benar. Jika anda ragu-ragu, buat semakan semula dengan Google Search.
4. Jika anda rasa ada yang tidak kena, buat siasatan lanjut. Seperti semua teknologi yang berguna, mungkin ada orang yang cuba menggunakan teknologi ini untuk memperdayakan orang lain. Sebagai contoh, mereka mungkin menjana maklumat salah atau media palsu, seperti foto dan video yang kelihatan seolah-olah foto dan video yang asli. Lihat sumber kandungan dan jika ada yang tidak kena, ambil langkah berjaga-jaga.
5. Berwaspada dengan maklumat peribadi. Jangan masukkan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, seperti nombor keselamatan sosial anda, dalam alatan AI generatif. Walaupun Gemini dilengkapi perlindungan lanjutan yang ditetapkan untuk pelajar yang menggunakan akaun Google Workspace for Education, alatan lain boleh menggunakan data daripada input anda. Jika anda ragu-ragu, fikir sama ada anda patut berkongsi maklumat ini kepada umum atau tidak.
Google beriltizam untuk menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang lebih selamat kepada komuniti pendidikan. Kami telah menyusun lebih banyak sumber untuk menunjukkan cara kami melindungi pengguna.
Penjaga
Temukan soalan yang biasa ditanya tentang cara Google membantu untuk melindungi privasi dan keselamatan anak anda.
Dengan Google, data dilindungi oleh satu daripada infrastruktur awan yang paling selamat dan boleh dipercayai di dunia. Sistem berasaskan awan kami bermaksud organisasi pendidikan dilengkapi perisian yang terbaharu, kemaskinian keselamatan yang terkini, sandaran saat demi saat bagi semua data dan perlindungan siber bertaraf Google pada setiap masa. Ciri keselamatan terbina dalam ini mengesan dan mencegah ancaman dalam talian secara automatik, maka anda boleh berasa yakin bahawa maklumat peribadi anda selamat.
Malah, data organisasi anda mendapat perlindungan berbilang lapisan yang terbaik dalam industri, sama seperti yang digunakan oleh Google untuk operasi kami sendiri. Google menyulitkan data semasa tidak digunakan dan dalam transit secara lalai dan pusat data kami dioptimumkan untuk keselamatan dan prestasi. Jurutera keselamatan Google, termasuk beberapa pakar paling terkemuka di dunia, bekerja sepanjang masa untuk mengesan ancaman dari awal dan bertindak balas dengan cepat.
Google tidak memiliki data pelanggan.
Organisasi pendidikan memiliki dan mengawal semua tugasan pelajar dan mengekalkan hak penuh terhadap harta intelek dalam data pelanggan. Maklumat peribadi yang dikumpulkan apabila pelajar menggunakan Google Workspace for Education atau Chromebook tidak akan sekali-kali dijual kepada pihak ketiga. Google menggunakan maklumat ini untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada pengguna organisasi pendidikan. Contohnya, pengumpulan maklumat seperti alamat e-mel pengguna membolehkan kami menghantar e-mel kepada pengguna tersebut untuk memberikan akses kepada Google Classroom.
Google Workspace for Education komited terhadap pematuhan, menyediakan perlindungan privasi dan keselamatan terbina dalam yang paling mantap dalam perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pendidikan global yang ketat. Google Workspace for Education boleh digunakan dengan mematuhi FERPA, COPPA dan GDPR. Kami juga diaudit oleh organisasi pihak ketiga bebas.
Menurut Tambahan Pemprosesan Data Awan, Google bertindak sebagai pemproses Data Peribadi Pelanggan yang diserahkan, disimpan, dihantar atau diterima oleh sekolah anak anda melalui perkhidmatan Google Workspace for Education dan kami memproses data tersebut bagi pihak sekolah serta menurut arahan mereka.
Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education merangkumi Google Classroom, Assignments, Forms, Google Meet, Gmail, Calendar, Docs, Slides, Sheets, Sites, Vids, Drive, Chat, Contacts, Groups, Vault, penyegerakan Chrome, NotebookLM dan apl Gemini. Anda boleh menemukan senarai perkhidmatan ini di sini. Perkhidmatan ini tersedia untuk pengguna secara lalai dan pentadbir diberi pilihan untuk mematikan perkhidmatan ini.
Yang berikut ialah perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan Google Workspace for Education menurut perjanjian Google Workspace for Education. Ketahui perihal Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education dengan lebih lanjut.
Dengan Google Workspace for Education, pentadbir pendidikan juga boleh mendayakan akses kepada perkhidmatan tambahan seperti Google Search, Maps dan YouTube untuk tujuan pendidikan. Perkhidmatan Tambahan dimatikan secara lalai bagi institusi rendah dan menengah (K-12) dan pentadbir perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum mendayakan Perkhidmatan Tambahan bagi pengguna akhir yang berumur di bawah 18 tahun.
Ketahui perbezaan antara Perkhidmatan Teras dengan perkhidmatan tambahan dengan lebih lanjut dan rujuk Notis Privasi Google untuk memahami maklumat yang dikumpulkan untuk perkhidmatan tambahan.
Google Workspace for Education dan Chromebook dilengkapi ciri lalai terbina dalam bagi semua pelajar di institusi rendah dan menengah (K-12), untuk memberi mereka pengalaman yang lebih sesuai bagi pengguna yang berumur bawah 18 tahun.
Dengan Google Workspace for Education, tetapan juga disediakan untuk membolehkan pentadbir menentukan pengguna yang berumur bawah 18 tahun di institusi pendidikan tinggi, untuk memberikan pengalaman sama yang bersesuaian dengan umur untuk pengguna tersebut.
Tidak. Tiada iklan dalam Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education dan kami tidak mengumpulkan atau menggunakan data pelajar untuk membuat profil pengiklanan.
Ibu bapa dan penjaga pelajar Google Workspace for Education boleh mengakses maklumat peribadi anak mereka (iaitu, “Data Pelanggan”) atau meminta data tersebut dipadamkan melalui pentadbir organisasi pendidikan.
Jika ibu bapa mahu menghentikan pengumpulan atau penggunaan lanjut data anak mereka dalam perkhidmatan tertentu pada akaun sekolah, mereka boleh meminta pentadbir organisasi menggunakan kawalan perkhidmatan yang tersedia kepada mereka untuk mengehadkan akses anak mereka kepada ciri atau perkhidmatan atau memadamkan akaun anak mereka sepenuhnya. Anda dan anak anda juga boleh melawati Google Account mereka semasa dilog masuk ke Google Workspace for Education untuk melihat dan mengurus maklumat peribadi dan tetapan akaun.
Ibu bapa juga boleh melawat Family Link melalui apl atau dalam talian, untuk menambahkan tetapan pengawasan ibu bapa dalam talian seperti menetapkan had masa skrin, waktu gendala dan penapis kandungan yang bersesuaian dengan umur yang akan digunakan setiap kali anak anda log masuk pada Chromebook dengan akaun Family Link mereka. Akaun sekolah dengan Family Link membolehkan anak anda menggunakan apl sekolah seperti Google Classroom dengan kawalan ibu bapa yang sama.
Keselamatan digital anak anda merupakan perkara yang paling penting. Kami bukan sahaja menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat bagi anak anda, kami turut menyediakan sumber untuk membantu anda menavigasi persekitaran pembelajaran digial anak anda.
- Kit Alatan Teknologi untuk Keluarga dan Penjaga: Video keselamatan menerangkan cara Google Workspace for Education memastikan keselamatan dengan perlindungan terbina dalam
- Panduan Penjaga tentang Privasi dan Keselamtan memberikan ikhtisar tentang cara alatan Google Workspace for Education bergabung untuk membolehkan pembelajaran dilakukan dengan lebih selamat
- Panduan Penjaga tentang Google Workspace for Education menerangkan keupayaan kerjasama dan perlindungan keselamtan dalam alatan ini
- Panduan Penjaga tentang Classroom memberikan ikhtisar tentang Google Classroom, cara alatan ini digunakan untuk membimbing anak anda serta perlindungan keselamatan dan privasi
Google Account Keluaran Sekolah
Google for Education merupakan set alatan yang merangkumi Google Workspace for Education dan Chromebooks, yang direka bentuk untuk pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran pendidikan. Akaun peribadi yang selamat ini diurus oleh pentadbir IT organisasi.
Pentadbir pendidikan boleh menghidupkan dan mematikan perkhidmatan teras dan tambahan untuk mengawal perkhidmatan yang boleh diakses oleh pelajar dengan akaun keluaran sekolah mereka. Tiada iklan dalam Perkhidmatan Teras Google Workspace for Education, dan data pengguna daripada penggunaan perkhidmatan teras oleh akaun keluaran sekolah tidak akan sekali-kali digunakan untuk pemeribadian iklan.
Google Account peribadi
Alatan Google yang lain, seperti Google Search dan YouTube, boleh digunakan untuk tujuan berkaitan pembelajaran tetapi tidak semestinya dapat diakses daripada akaun Google Workspace for Education yang diawasi atau dikeluarkan oleh sekolah. Google Accounts peribadi dikawal oleh Syarat Perkhidmatan Pengguna dan Dasar Privasi Google, yang memberi pengguna pilihan untuk melumpuhkan pengiklanan diperibadikan – dan pengiklanan diperibadi dilumpuhkan secara automatik bagi pengguna yang berumur bawah 18 tahun. Google menyediakan alatan seperti Family Link untuk membantu ibu bapa dan penjaga mengurus akaun, peranti dan aktiviti dalam talian anak mereka dengan ciri seperti kelulusan apl dan had masa skrin.
Tiada kaitan antara akaun keluaran sekolah pelajar dengan akaun peribadi mereka – maksudnya data daripada sekolah tidak dimasukkan dalam akaun peribadi pelajar atau mengikut mereka selepas mereka tamat pengajian.
Dengan Family Link, ibu bapa dan penjaga boleh mengurus akaun peribadi anak mereka bagi pengguna yang berumur bawah 13 tahun. Ibu bapa boleh menambahkan akaun sekolah pada Chromebook peribadi anak mereka di rumah, dan kawalan ibu bapa yang sama akan digunakan dengan Family Link.
Had masa skrin, waktu gendala dan kawalan ibu bapa yang lain digunakan setiap kali anak mereka log masuk pada Chromebook dengan akaun Family Link mereka. Akaun sekolah dengan Family Link membolehkan pelajar menggunakan apl sekolah seperti Google Classroom semasa kawalan ibu bapa yang sama digunakan.
Apabila akaun sekolah ditambahkan sebagai akaun kedua bagi pengguna Family Link, pelajar boleh:
- Beralih antara akaun untuk menyemak e-mel
- Beralih antara akaun semasa menggunakan sambungan Chrome Web Store dan apl Android tertentu, seperti Google Classroom, untuk menyiapkan kerja sekolah di bawah pengawasan ibu bapa
- Log masuk ke laman web menggunakan akaun sekolah
Yang berikut ialah beberapa sumber untuk membantu anda memastikan anak anda lebih selamat dalam talian – di rumah dan di luar:
- Family Link menunjukkan cara menetapkan had masa skrin, mencari kandungan yang berkualiti dan membina tabiat digital yang sihat dengan kawalan ibu bapa
- Pusat Keselamatan Google memberikan petua pendidik pakar tentang mengurus teknologi untuk keluarga anda
- Panduan keluarga Be Internet Awesome menyediakan sumber untuk belajar tentang keselamatan dan perilaku dalam talian
- Google Families merupakan hab sumber yang boleh digunakan untuk mendidik anak anda supaya mereka mempunyai tanggungjawab digital
- Panduan Keluarga Digital Wellbeing membantu anda memulakan perbualan tentang pertanyaan teknologi yang sukar dan menavigasi dunia digital sebagai sebuah keluarga
- Panduan Penjaga tentang AI membantu keluarga menavigasi AI secara bertanggungjawab dengan sumber untuk membantu anda membimbing pelajar anda
- Panduan Penjaga tentang Privasi & Keselamatan ialah sumber yang boleh digunakan untuk memahami standard privasi dan keselamatan Google dengan lebih lanjut serta cara menyokong pelajar anda dengan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran mereka
- Panduan Google tentang AI ialah panduan pemula yang boleh digunakan untuk mengenali Google AI dengan lebih lanjut melalui soalan lazim dan sumber AI
Hubungi kami
Mulakan dengan Google for Education
Kami bersedia untuk membantu anda mencapai matlamat anda dengan Google for Education. Hubungi kami dan kami akan membantu anda memilih teknologi yang sesuai untuk organisasi pendidikan anda.
Privasi & Keselamatan
Lihat cara Google melindungi privasi pelajar dan guru serta memberikan keselamatan yang terbaik dalam kelasnya untuk institusi anda.