Ubah pendidikan dengan projek yang dekat di hati anda sebagai
Penginovasi Diperakui
Sertai komuniti global pendidik bersemangat yang menggunakan teknologi untuk menyelesaikan cabaran yang besar dan menyokong penggunaan berkesan alatan Google.
Sebab anda harus menjadi Penginovasi Diperakui
Program Penginovasi Diperakui Google for Education mengiktiraf dan menyokong pendidik terkemuka yang teruja untuk berkembang secara profesional, menyokong teknologi yang memberi kesan dan berinovasi untuk memperbaik bilik darjah, sekolah dan komuniti setempat.
Lancarkan projek transformatif
Pacu perubahan melalui projek yang ditampilkan oleh Google.
Tingkatkan pengaruh anda
Kembangkan kemahiran kepimpinan melalui peluang sokongan
Percepatkan perkembangan diri
Terima bimbingan yang disesuaikan daripada Penginovasi yang berbakat.
Permohonan untuk Akademi Penginovasi Diperakui Google kami yang seterusnya
Tiada permohonan yang dibuka untuk Program Penginovasi pada masa ini. Pengumuman akan datang tentang program tersebut akan disiarkan pada halaman ini.
“Akademi Penginovasi Google membantu saya membayangkan cara untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik dalam menyokong pembelajaran pelajar dan memberikan saya kemahiran, penetapan minda serta komuniti yang sangat menyokong untuk menjayakannya.”
Andrew Dobbie, Toronto 2016
Ikuti langkah ini untuk menjadi Penginovasi Diperakui
Cari akademi di rantau anda
Cari akademi tiga hari di rantau anda yang boleh anda hadiri
Selesaikan kursus dan sijil yang diperlukan
Ambil kursus lanjutan dan lulus peperiksaan Pendidik Diperakui Google Tahap 2
Kenal pasti cabaran untuk diselesaikan dalam pendidikan
Temu bual beberapa orang yang terlibat dengan cabaran tersebut dan rakam video 90 saat tentang cabaran itu dan sebab anda ingin menyelesaikannya. Ketahui tentang proses inovasi.
Mohon sebelum tarikh akhir seterusnya
Pastikan anda menyerahkan permohonan anda sebelum tarikh akhir. Semak rubrik.
Ketahui lebih lanjut tentang program daripada
komuniti Penginovasi global kami
Gunakan direktori dalam talian kami untuk berhubung dengan Penginovasi daripada kohort sebelumnya
Terokai soalan lazim
Lihat semua soalan lazim umumDapatkan sokongan
Jika anda memerlukan bantuan dengan Program Penginovasi Diperakui,
hubungi kami di bawah.