Langkau ke kandungan
Nombor 1

Dapatkan Sijil Pendidik Tahap 1 anda

Tunjukkan kecekapan anda dan dapatkan pengiktirafan atas kepakaran anda dengan pensijilan Pendidik Tahap 1.

Guru perempuan muda yang berambut perang sedang berinteraksi dengan dua orang murid di meja.

Ambil peperiksaan pensijilan anda

Sah selama 3 tahun schedule180 min payment$10

Sahkan kecekapan anda dalam produk Google for Education. Dapatkan maklumat tentang pensijilan pendidik dan ambil peperiksaan Pendidik Tahap 1 apabila anda sudah bersedia.

Langkah demi langkah

Ikut langkah ini jika anda sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan

1

Sebelum anda bermula

  1. Log masuk ke Google Account anda
  2. Pilih peperiksaan dan klik Daftar
  3. Pilih Bahasa
2

Daftar untuk peperiksaan

  1. Buat atau akses akaun Kryterion
  2. Klik Daftar untuk Peperiksaan dan pilih peperiksaan daripada katalog
3

Semak e-mel anda

Setelah peperiksaan anda disediakan, anda akan menerima e-mel yang memberitahu anda bahawa peperiksaan anda sudah sedia. E-mel ini akan menyertakan pautan peperiksaan dan arahan untuk memulakan peperiksaan.

4

Ambil peperiksaan

Anda mestilah mempunyai versi terkini Chrome dan kamera web yang berfungsi untuk mengambil peperiksaan.

Dapatkan pengiktirafan

Jadikan diri anda seorang pendidik unggul dan dapatkan pengiktirafan atas kerja yang telah anda lakukan

Tunjukkan kecekapan

Maju ke hadapan dalam pembangunan profesional anda sambil mengesahkan kecekapan anda menggunakan alatan Google untuk bilik darjah.

Tinggalkan kesan yang lebih besar

Libatkan pelajar anda dan lakukan pelbagai lagi perkara bersama mereka melalui teknologi.

Saya melakukan kerja yang saya sukai dan ingin menjadi lebih baik. Berusaha untuk mendapatkan Sijil Tahap 1 membolehkan saya memperoleh keyakinan dan pemahaman tentang cara menggunakan alatan Google di dalam bilik darjah. Ini benar-benar telah mengubah tingkah laku dan pandangan saya sebagai seorang pendidik.

Sam Brooks, Penyelaras Pembelajaran Peribadi, Cookeville, Tennessee
Pendidik muda berkulit hitam yang memakai topi dan selendang di hadapan komputer riba.
Latihan Asas

Tidak pasti sama ada anda sudah bersedia untuk mengambil peperiksaan? Berikut ialah beberapa cara anda boleh membuat persiapan.

Walaupun tidak wajib untuk peperiksaan pensijilan Tahap 1, Latihan Asas dan mencuba soalan contoh akan membantu anda membina kecekapan dan menyediakan anda untuk mengambil peperiksaan.

Terokai soalan lazim

Lihat semua Soalan Lazim umum

Hubungi pasukan sokongan kami

Perlukan bantuan berkaitan pensijilan atau peperiksaan Pendidik Google Tahap 1? Hubungi Pasukan Sokongan.

Terokai privasi dan dasar peperiksaan

Semak perjanjian bukan pendedahan (NDA) peperiksaan