Maklumat Privasi & Keselamatan

Misi Google adalah untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses dan berguna kepada semua. Usaha memastikan guru dan pelajar di serata dunia mempunyai akses kepada teknologi untuk belajar dan bekerja bersama-sama amat sesuai dengan misi tersebut.

Itulah sebabnya kami memberi pendidik penyelesaian berkuasa yang mampu dimiliki dan mudah digunakan. Kami tahu bahawa kepercayaan akan diperoleh dengan melindungi privasi guru dan pelajar serta menyediakan langkah keselamatan yang terbaik. Halaman web ini menerangkan komitmen privasi dan keselamatan kami dalam bahasa yang mudah.

Apakah perkhidmatan teras G Suite for Education?

Perkhidmatan teras G Suite for Education merupakan nadi penawaran pendidikan Google untuk sekolah. Perkhidmatan teras G Suite for Education ialah Gmail (termasuk Inbox by Gmail), Kalendar, Bilik Darjah, Kenalan, Drive, Dokumen, Borang, Kumpulan, Helaian, Sites, Slaid, Talk/Hangouts dan Vault. Perkhidmatan ini disediakan di bawah perjanjian G Suite for Education.

Schools can use G Suite core services in compliance with COPPA and FERPA. G Suite core services contain no advertising and do not use information in those services for advertising purposes.

Lebih daripada 50 juta pelajar, guru dan pentadbir di hampir setiap negara di dunia bergantung pada G Suite untuk belajar dan bekerja bersama-sama. Kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan semua pengguna kami, termasuk pelajar.

Please note that there are additional services outside of the G Suite core services that G Suite users can access. These services are not governed by the Student Privacy Pledge or the G Suite agreement, so we may use information in these services in ways we would not for G Suite core services. For example, additional services may serve ads, and Google may use information in these additional services to improve them. For G Suite users in primary/secondary (K-12) schools, Google does not use any user personal information (or any information associated with a Google Account) to target ads. Please review the G Suite Privacy Notice, Google Terms of Service and Google Privacy Policy. Learn more about the differences between core services and additional services below.

Learn more about G Suite core and additional services Read our G Suite agreement (Google's contract with schools covering G Suite core services)

School

Adakah Google memiliki data sekolah atau pelajar?

Tidak. Google tidak mengambil pemilikan terhadap mana-mana data pengguna dalam perkhidmatan teras G Suite. Perkara ini turut dinyatakan dalam kontrak kami (di bawah “Harta Intelek”).

Kami menyediakan alatan pengurusan dan papan pemuka yang berkuasa dan mudah digunakan untuk membantu pentadbir mengikuti perkembangan perkhidmatan, penggunaan dan data organisasi mereka. Kami hanya menyimpan maklumat peribadi anda selagi anda memerlukan kami berbuat demikian. Sekiranya jabatan pendidikan, sekolah atau universiti memutuskan untuk tidak lagi menggunakan Google, kami akan memudahkan mereka untuk mengambil balik data mereka.

Learn how to take data out of Google Read the contract (section on "intellectual property")
Information Sharing

Does Google sell school or student data to third parties?

Tidak. Kami tidak menjual data G Suite anda kepada pihak ketiga. Kami juga tidak berkongsi maklumat peribadi yang diletakkan dalam sistem kami dengan pihak ketiga, kecuali dalam beberapa keadaan luar biasa yang diterangkan dalam perjanjian G Suite dan Dasar Privasi. Contohnya apabila anda meminta kami mengongsikannya atau apabila kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang.

Lebih lanjut tentang Perkongsian Maklumat
No Ads

Adakah terdapat iklan dalam G Suite?

Tidak. Tiada iklan dalam suit perkhidmatan teras G Suite. Di luar Perkhidmatan Teras G Suite, perkhidmatan Google tambahan mungkin memaparkan iklan, sepertimana yang diterangkan dalam Notis Privasi G Suite. Untuk pengguna G Suite di sekolah rendah/menengah (K-12), Google tidak menggunakan mana-mana maklumat peribadi pengguna (atau apa-apa maklumat yang dikaitkan dengan Akaun Google) untuk menyasarkan iklan.

Read our G Suite agreement (Google's contract with schools covering G Suite core services) Baca Notis Privasi G Suite kami More about Privacy

Bagaimana Google memastikan data sentiasa selamat?

Kami amat komited terhadap keselamatan dan privasi data anda. Kami turut komited dalam melindungi anda dan sekolah anda daripada cubaan untuk mencabulinya. Sistem kami adalah antara yang paling selamat dalam industri ini dan kami bersungguh-sungguh menentang sebarang cubaan yang menyalahi undang-undang untuk mengakses data pelanggan kami.

Pusat data Google menggunakan perkakasan tersuai yang menjalankan sistem pengendalian dan sistem fail teguh. Setiap sistem ini telah dioptimumkan dari segi keselamatan dan prestasi. Oleh sebab Google mengawal keseluruhan tindanan perkakasan ini, kami dapat bertindak balas terhadap sebarang ancaman atau kelemahan yang mungkin timbul dengan serta-merta.

Google menyulitkan Gmail (termasuk lampiran) dan data Drive semasa penghantaran. Hal ini memastikan mesej anda selamat bukan sahaja semasa mesej itu bergerak di antara anda dan pelayan Google, tetapi juga semasa mesej tersebut bergerak dari satu pusat data ke pusat data Google yang lain.

Lebih lanjut tentang Keselamatan
Reliable tools

Bagaimana Google memastikan alatannya boleh dipercayai?

Infrastruktur kami yang terbukti bagus mengendalikan lebih daripada 100 bilion pertanyaan carian setiap bulan dan menskalakan perkhidmatan seperti Gmail kepada beratus-ratus juta pengguna dengan 99.978% ketersediaan dan tiada waktu gendala yang dijadualkan. Kami mempunyai lebih 450 orang jurutera sepenuh masa, pakar paling terkemuka di dunia dalam bidang keselamatan yang berusaha melindungi maklumat anda.

Lebih lanjut tentang Keandalan
Security practices

Pihak ketiga manakah yang telah menyemak amalan keselamatan Google?

Kami berhubung dengan juruaudit bebas untuk mengkaji semula amalan perlindungan data kami. Syarikat juruaudit bebas, Ernst & Young telah mengesahkan bahawa amalan dan komitmen kontraktual kami untuk G Suite mematuhi ISO/IEC 27018:2014. G Suite dan pusat data kami turut diaudit dengan SSAE 16 / ISAE 3402 Type II SOC 2 dan berjaya memperoleh Sijil ISO 27001.

More about Compliance See our security audit certifications Details of SOC3
Keep Data Secure

Bagaimana untuk memastikan bahawa pelanggan lain yang berkongsi pelayan yang sama tidak dapat mengakses data saya?

Data anda dilindungi secara logik seolah-olah data itu berada di pelayannya sendiri. Pihak yang tidak mempunyai kebenaran tidak boleh mengakses data anda. Pelanggan lain tidak boleh mengakses data anda dan anda juga tidak boleh mengakses data mereka. Malah, semua akaun pengguna dilindungi oleh seni bina selamat yang memastikan seseorang pengguna itu tidak dapat melihat data pengguna lain. Hal ini adalah sama dengan cara data pelanggan dibahagikan di infrastruktur kongsi yang lain, misalnya aplikasi perbankan dalam talian.


Keeping our words

Bagaimana anda tahu kami menunaikan janji kami?

Kami menyatakan komitmen kontraktual kami dalam perjanjian G Suite dan kami komited untuk mematuhi piawaian privasi dan keselamatan di sini. Tidak kira sama ada papan pemuka masa nyata untuk mengesahkan prestasi sistem, pengauditan berterusan terhadap proses kami atau perkongsian lokasi pusat data, kami komited untuk memberikan ketelusan penuh kepada semua pengguna kami. Data tersebut ialah data anda dan kami ingin anda tahu apa yang berlaku padanya. Dengan itu anda akan sentiasa membuat pilihan yang termaklum.

Lebih lanjut tentang Ketelusan
Student Privacy Pledge

Adakah Google telah menandatangani Ikrar Privasi Pelajar?

Ya. Untuk mengesahkan semula komitmen yang telah kami nyatakan kepada sekolah, Google telah menandatangani Ikrar Privasi Pelajar. Ikrar yang telah diperkenalkan oleh Forum Privasi Masa Depan (FPF) dan Persatuan Industri Perisian & Maklumat (SIIA) ini bertujuan untuk mencerminkan komitmen kami terhadap perlindungan maklumat peribadi pelajar dalam perkhidmatan kami yang direka untuk kegunaan di sekolah.

Read the Student Privacy Pledge Student privacy pledge signatory
Security practices

Adakah Google menyulitkan data saya?

Ya. Data disulitkan pada beberapa peringkat. Google memaksa HTTPS (Protokol Pemindahan Hiperteks Selamat) untuk semua penghantaran antara pengguna dan perkhidmatan G Suite serta menggunakan Kerahsiaan Hadapan Sempurna (PFS) untuk semua perkhidmatannya. Google juga menyulitkan penghantaran mesej dengan pelayan mel lain yang menggunakan Keselamatan Lapisan Pengangkutan (TLS) 256 bit dan menggunakan kunci penyulitan RSA 2048 untuk pengesahan dan fasa pertukaran kunci. Hal ini melindungi komunikasi mesej apabila pengguna menghantar dan menerima e-mel dengan pihak luar yang turut menggunakan TLS.


How do Google services collect and use information with G Suite for Education accounts?

The G Suite for Education Privacy Notice can help schools, students, and parents understand what information Google services collect when used with G Suite for Education accounts, and what they do with that information.

Baca Notis Privasi G Suite kami

Apakah jenis pengimbasan atau pengindeksan data pengguna yang dilakukan pada akaun G Suite for Education?

G Suite services don't collect or use information in those services for advertising purposes or to create ads profiles.

Gmail untuk pengguna dan pemegang akaun G Suite dijalankan pada infrastruktur yang sama. Infrastruktur ini membantu kami menyampaikan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi kepada semua pengguna kami. Walau bagaimanapun, G Suite ialah penawaran berasingan yang memberikan kawalan keselamatan, pentadbiran dan pengarkiban tambahan kepada pengguna pendidikan, kerja dan kerajaan.

Seperti kebanyakan penyedia e-mel, kami melakukan pengimbasan dalam Gmail untuk memastikan pelanggan kami selamat dan untuk meningkatkan pengalaman produk mereka. Dalam Gmail untuk G Suite, ini termasuk perlindungan virus dan spam, penyemakan ejaan, hasil carian yang berkaitan dan pelbagai ciri seperti Peti Masuk Utama dan pengesanan automatik acara kalendar. Pengimbasan untuk memberikan ciri produk dilakukan terhadap semua e-mel masuk dan ia 100% automatik. Kami TIDAK mengimbas e-mel G Suite untuk tujuan pengiklanan.

Baca Notis Privasi G Suite kami

Adakah penggunaan G Suite for Education dapat mematuhi Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (FERPA)?

Ya. Perkhidmatan teras G Suite mematuhi Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (FERPA) dan komitmen kami untuk berbuat demikian disertakan dalam perjanjian kami.

Ketahui lebih lanjut tentang FERPA

Dengan perubahan Perjanjian Perlindungan Selamat AS-EU, apakah pilihan yang ditawarkan oleh G Suite for Education bagi memenuhi keperluan Arahan Perlindungan Data EU?

Sekolah boleh ikut serta dalam pindaan pemprosesan data dan klausa kontrak model kami. Ia merupakan cara tambahan untuk memenuhi kecukupan dan keperluan keselamatan bagi Arahan Perlindungan Data EU. Klausa kontrak model diwujudkan khusus oleh Suruhanjaya Eropah untuk membenarkan pemindahan data peribadi dari Eropah.

Jika anda belum berbuat demikian, kami ingin mengingatkan pelanggan G Suite kami supaya mempertimbangkan untuk ikut serta dalam pindaan pemprosesan data dan klausa kontrak model.

See opt-in instructions More about model contract clauses

Adakah penggunaan G Suite for Education mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak 1998 (COPPA)?

Ya. Dalam kontrak kami, kami menghendaki sekolah yang menggunakan G Suite mendapatkan persetujuan ibu bapa seperti yang dituntut oleh COPPA. Penggunaan perkhidmatan kami adalah mematuhi COPPA asalkan sekolah mempunyai persetujuan ibu bapa.

Baca COPPA Read our help center article “Getting consent for G Suite”

Siapakah yang menggunakan Chromebooks for Education?

Berjuta-juta pelajar menggunakan Chromebook untuk belajar. Ciri privasi dan keselamatan membantu menjadikan Chromebook antara peranti yang paling laris dalam kalangan sekolah K-12 AS sejak dua tahun lalu. Pentadbir boleh mengurus tetapan untuk memberi pelajar akses sepertimana yang diingini oleh sekolah.

Walaupun Chromebook bukan perkhidmatan teras, kami memastikan ia mematuhi Ikrar Privasi Pelajar supaya sekolah boleh menggunakannya sambil mematuhi COPPA dan FERPA. Terutamanya, kami memastikan tidak ada data yang dimasukkan ke dalam Chromebook akan digunakan untuk menyasarkan iklan kepada pelajar. Ketahui lebih lanjut di bawah.


Chromebooks safety

Adakah Chromebook selamat untuk pelajar saya?

Ya. Chromebook direka dengan berbilang lapisan keselamatan untuk memastikan peranti ini selamat daripada virus dan perisian hasad tanpa sebarang perisian keselamatan tambahan. 10% masa but dikhaskan untuk mengesahkan semula bahawa peranti tidak diusik, jadi setiap kali anda menghidupkan Chromebook, keselamatan anda dijamin. Oleh sebab ia boleh diurus daripada web, Chromebook memudahkan pentadbir sekolah untuk mengkonfigurasikan dasar dan tetapan, seperti mendayakan penyemakan imbas selamat atau menyekat tapak berniat jahat.

More about Chromebook security More about Chromebook privacy Read the Chrome privacy whitepaper
Online testing

Adakah Chromebook serasi dengan ujian dalam talian?

Chromebook merupakan platform yang selamat untuk menjalankan penilaian pelajar. Apabila disediakan dengan betul, peranti ini memenuhi standard ujian pendidikan K-12. Dengan Chromebook, anda boleh melumpuhkan akses pelajar bagi menghalang mereka daripada menyemak imbas web semasa peperiksaan di samping melumpuhkan storan luaran, tangkapan skrin dan keupayaan untuk mencetak. Kedua-dua PARCC (lihat TestNav) dan konsortium Penilaian Seimbang Lebih Pintar telah mengesahkan bahawa Chromebook memenuhi keperluan perkakasan dan sistem pengendalian untuk pelajar dalam talian.

Konfigurasikan Chromebook untuk ujian
Chrome Sync

Bagaimana data digunakan dan dilindungi pada Chromebook for Education bagi pelajar?

Penyegerakan Chrome membolehkan pemegang Akaun Google log masuk ke mana-mana Chromebook atau penyemak imbas Chrome dan mengakses semua apl, sambungan, penanda halaman dan halaman web yang sering dilawat. Bagi pelajar, ini bermakna mereka boleh mula membuat kerja mereka dengan serta-merta. Itu merupakan satu daripada sebab Chromebook menjadi begitu popular di dalam kelas, terutamanya bagi sekolah yang tidak mampu menyediakan peranti untuk setiap seorang pelajar. Dengan Chromebook dan Penyegerakan Chrome, pelajar boleh menikmati pengalaman terperibadi pada mana-mana peranti yang dikongsi bersama rakan mereka.

Data Penyegerakan Chrome yang dapat mengenal pasti individu dalam akaun G Suite hanya digunakan bagi menguasakan pelbagai ciri dalam Chrome untuk individu tersebut. Misalnya, membolehkan pelajar mengakses data semakan imbas dan tetapan mereka sendiri dengan selamat di semua peranti. Di samping itu, sistem kami menyusun data yang dikumpul daripada berjuta-juta pengguna Penyegerakan Chrome dan selepas mengalih keluar sepenuhnya maklumat tentang pengguna individu, kami menggunakan data ini untuk meningkatkan perkhidmatan yang kami sediakan secara menyeluruh. Sebagai contoh, jika data menunjukkan bahawa berjuta-juta orang melawat halaman web yang rosak, tapak itu akan dialihkan ke bahagian bawah dalam paparan hasil carian. Ini tidak berkaitan dengan mana-mana individu tertentu dan ia tidak juga digunakan untuk menganalisis tingkah laku pelajar. Jika mereka memilihnya, pentadbir boleh melumpuhkan Penyegerakan Chrome dan pengguna boleh memilih maklumat apa yang akan disegerakkan. Data Penyegerakan Chrome pengguna G Suite tidak digunakan untuk menyasarkan iklan kepada pelajar secara perseorangan.

Learn more about Chrome Sync Learn how to manage Chrome devices See how to encrypt your synced data

Perkhidmatan tambahan

Sekolah boleh mengawal sama ada pelajar atau guru boleh menggunakan perkhidmatan pengguna Google tambahan dengan akaun G Suite mereka. Kami komited untuk memastikan bahawa maklumat peribadi pelajar K-12 tidak digunakan untuk menyasarkan iklan dalam perkhidmatan ini dan dalam sesetengah keadaan, kami tidak memaparkan iklan sama sekali.

Kebanyakan Perkhidmatan Tambahan dikawal oleh Syarat Perkhidmatan Google dan Dasar Privasi dan sesetengah perkhidmatan turut mempunyai syarat khusus perkhidmatan.

Kami membenarkan pihak pengurusan sekolah membuat keputusan sama ada mereka ingin menghidupkan atau mematikan perkhidmatan untuk kumpulan guru dan pelajar yang tertentu. Setiap organisasi dan komuniti adalah berbeza dan dengan itu kami memberi sekolah kuasa untuk mengkonfigurasikan alatan sepertimana yang mereka ingini bagi memenuhi keperluan unik pelajar dan pendidik.

Learn more about G Suite core and additional services Learn more about additional services that can be used with G Suite accounts, and see any service-specific terms that apply to them Read the Google Terms of Service Read the Google Privacy Policy that governs many additional services

Bagaimana keluarga boleh memastikan anak mereka selamat di dalam talian?

Bersama-sama dengan halaman yang menyediakan butiran tentang perkhidmatan yang kami tawarkan kepada sekolah ini, anda boleh temui panduan untuk memastikan anak anda selamat dalam talian selepas waktu sekolah. Kami telah bekerja bersama dengan ramai rakan kongsi untuk mewujudkan Pusat Keselamatan Keluarga Google.

Lawati Pusat Keselamatan Keluarga Google