Langkau ke kandungan

Ikuti perkembangan dan buka potensi sebenar Google Workspace

Apabila semakin ramai orang di institusi anda mula menggunakan Google Workspace, peluang baharu untuk bekerjasama, mencipta inovasi dan meningkatkan produktiviti akan timbul. Bantu guru dan pentadbir mempelajari Google Workspace dengan lebih mendalam, berhubung dengan komuniti yang lebih luas dan mengikuti perkembangan peningkatan produk terbaharu.

Perkasakan pendidik dan pentadbir Google Workspace

Hubungkan pendidik dan pentadbir dengan latihan yang mereka perlukan untuk berjaya. Program pembangunan dan latihan profesional boleh didapati secara individu atau dalam talian. Program ini dipimpin oleh pakar atau diri sendiri, untuk membantu semua orang memanfaatkan sepenuhnya Google Workspace.

An administrator sitting next to an educator providing Google Workspace guidance on her computer

Lakukan lebih lagi dengan Google Workspace for Education

Selepas pelancaran awal anda, Google Workspace memudahkan anda untuk naik tahap dengan mengaktifkan pelbagai lagi pilihan, menambahkan pengguna baharu dan meningkatkan alatan serta perkhidmatan. Hubungi pakar Google Workspace untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan anda dan mengambil langkah yang seterusnya.

An illustration of a Chromebook displaying Google Docs next to a smartphone with Gmail opened

Hubungkan guru dan pelajar dengan Course Kit

Bantu semua orang mendapatkan lebih manfaat daripada teknologi mereka dengan Course Kit. Set alatan percuma ini menggabungkan Google Workspace ke dalam sistem pengurusan pembelajaran yang sedia ada untuk memastikan pengurusan, komunikasi dan kerjasama kelas berjalan lancar dan berkesan.

Manfaatkan pelbagai lagi alatan dan perkhidmatan

Setiap alatan Google Workspace sangat hebat, tetapi alatan ini berfungsi dengan lebih baik lagi jika digunakan bersama-sama. Dapatkan penyepaduan, kecekapan, dan produktiviti yang terbaik dengan mengaktifkan pelbagai lagi perkhidmatan.

Hubungkan semua orang di dalam mahupun di luar kampus

Menambahkan akaun pengguna pada Google Workspace sangat mudah, sama ada akaun untuk pekerja baharu mahupun seluruh jabatan. Segerakkan seluruh institusi dan satukannya pada platform yang sama.

Tambah keupayaan tambahan

Tingkatkan kepada ciri keselamatan lanjutan dan alatan kerjasama premium dengan Google Workspace for Education Standard, Teaching and Learning Upgrade atau Google Workspace for Education Plus.

A pair of students are locked in a discussion about Google tools. One holds his hand up to drive home his point.

Libatkan diri dan terus belajar

Berhubung dengan komuniti global yang terdiri daripada pengguna, pentadbir dan pakar Google Workspace untuk mendapatkan inspirasi, sokongan dan berita serta acara Google Workspace.

Perkara baharu dalam Google Workspace

Tonton video tunjuk cara dan langgani blog untuk mendapatkan kemas kini terbaharu untuk pentadbir Google Workspace.

Pusat Pembelajaran Google Workspace

Temui panduan latihan, jawapan bagi soalan lazim dan sumber Google Workspace lain yang berguna seperti Galeri Transformasi, iaitu tempat anda boleh menemui pelbagai idea untuk mendapatkan yang terbaik daripada Google Workspace.

Komuniti pentadbir Google Workspace

Kongsi dan pelajari amalan terbaik serta petua teknikal dan dapatkan akses eksklusif kepada pelan tindakan sulit produk Google Workspace for Education.

Webinar Education OnAir

Hadiri webinar dan acara digital untuk mengetahui tentang alatan dan idea baharu daripada pakar, rakan kongsi dan pengguna Google for Education.

Teruskan meneroka

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.