Langkau ke kandungan

Tatakelakuan GEG

Apabila anda menyertai GEG sebagai seorang ketua atau peserta, anda menyertai satu komuniti. Sama seperti mana-mana komuniti lain yang sedang berkembang, beberapa kesepakatan tentang tingkah laku adalah baik untuk semua orang. Semua orang dalam komuniti anda perlu membaca tatakelakuan ini. Jangan teragak-agak untuk menyiarkan maklumat ini pada halaman/komuniti Google+ kumpulan anda.

Kami berharap agar semua ketua dan peserta GEG menghormati prinsip asas ini:

  • Amalkan sikap saling menghormati. Ada kalanya GEG mungkin terdiri daripada pelbagai jenis pendidik yang berbeza, daripada pendidik sekolah awam atau swasta kepada pendidik tadika ke sekolah menengah dan universiti, maka kita mungkin tidak akan bersetuju sepanjang masa. Jangan lupa untuk saling menghormati dan berkomunikasi secara membina dengan rakan GEG lain.

  • Ambil bahagian dan bersikap bekerjasama. Ini komuniti anda, jadi bekerjasamalah untuk menjadikannya berguna. Sertai perbincangan, berkongsi pengetahuan, menghadiri perjumpaan secara kerap, menawarkan maklum balas dan saling membantu! Banyak yang kita dapat belajar sesama kita.

  • Berundur dengan penuh timbang rasa. Kita semua tahu kehidupan boleh menjadi sibuk. Jika anda seorang ketua, atau mempunyai beberapa bentuk tanggungjawab dalam mengendalikan kumpulan GEG dan keadaan anda akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk menguruskan kumpulan anda, carilah jalan untuk berundur secara terhormat. Pastikan seseorang boleh mengambil alih tempat anda dan memindahkan maklumat yang berkaitan (kenalan, kata laluan dan lain-lain) untuk peralihan yang lancar.

Khususnya, sila perhatikan beberapa etika asas untuk perbincangan dalam talian:

  • Fikir sebelum anda hantar. Adakah mesej ini perlu dihantar kepada beratus-ratus orang di seluruh dunia?

  • Perbualan di luar topik harus diminimumkan.

  • Jangan hantar spam. Tidak mengiklankan atau mempromosikan projek peribadi menerusi komuniti atau aktiviti GEG.

Jika ahli komuniti GEG melanggar tatakelakuan ini dengan kerap, ketua GEG boleh meminta orang tersebut untuk meninggalkan komuniti. Tatakelakuan ini terpakai kepada semua aktiviti GEG dan akan dikuatkuasakan oleh komuniti itu sendiri. Ia bukanlah sebahagian daripada Syarat Perkhidmatan umum Google atau Dasar Kandungan Pengguna dan Kelakuan Google+. Kandungan pada Google+ yang melanggar Dasar Kandungan Pengguna dan Kelakuan Google+ akan dialih keluar jika ia dibenderakan.