Kemaskinian tentang Ekspedisi Google dan Tour Creator
Pasukan Google for Education komited dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan pada sebarang peranti. Sepanjang 5 tahun yang lalu, kami berasa bangga kerana telah mendayakan pengalaman pembelajaran VR dan AR yang mengasyikkan untuk jutaan pelajar di seluruh dunia dengan Ekspedisi Google dan Tour Creator.
Memandangkan sekolah di seluruh dunia membayangkan semula pendidikan sepenuhnya untuk dunia hibrid, kami juga telah berfikir secara mendalam tentang cara melaraskan alatan kami agar sesuai dengan masa kini dan sekali gus bersiap sedia untuk masa akan datang. Kami telah mendengar maklum balas anda dan mengakui bahawa kadangkala pengalaman mengasyikkan dengan set kepala VR tidak dapat diakses oleh semua pelajar dan lebih-lebih lagi pada tahun ini, kerana peralihan kepada pembelajaran hibrid telah memberikan cabaran kepada sekolah untuk menggunakan Ekspedisi dengan berkesan.
Untuk menyediakan lawatan VR Ekspedisi kepada semua orang, kami menghijrahkan sebahagian besar daripada lawatan tersebut ke laman dan aplikasi percuma Google Arts & Culture. Di sana, anda juga dapat menemukan banyak koleksi artifak dan cerita kebudayaan dari seluruh dunia yang membolehkan semua orang meneruskan penjelajahan. Walau bagaimanapun, apabila Arts & Culture semakin berkembang, apl Ekspedisi Google tidak akan tersedia untuk dimuat turun dan Tour Creator tidak akan dapat diakses lagi bermula dari 30 Jun 2021.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lihat Pusat Bantuan Ekspedisi.
Dengan apl Expeditions, bilik darjah sudah tiada sempadan lagi
Dengan VR dan AR, guru tidak lagi dikekang oleh ruang bilik darjah. VR membolehkan anda menjelajah dunia secara maya manakala AR membawa konsep abstrak ke dalam kehidupan—membolehkan guru membimbing pelajar melalui koleksi pemandangan 360° dan objek 3D, sambil menunjukkan tapak dan artifak yang menarik sepanjang lawatan.
Realiti Maya
Bawa pelajar anda menyertai lawatan lapangan maya
Jika anda boleh membawa pelajar anda ke mana-mana sahaja tempat di dunia—ke manakah anda akan membawa mereka? Dari Gunung Everest ke Louvre, terdapat lebih 900 Ekspedisi VR dalam apl Expeditions untuk diteroka oleh anda dan kelas anda.
Perkara yang anda perlukan untuk mengalami VR:
Apl Expeditions
Peranti mudah alih atau OS Chrome
Pilihan: Alat lihat Cardboard atau Daydream
Realiti Tambahan
Bawa dunia ke bilik darjah anda
Bayangkan membawa angin puting beliung atau sarang lebah ke dalam bilik darjah anda. Hidupkan konsep abstrak dengan mod AR dalam apl Expeditions. Terokai lebih 100 Ekspedisi AR yang tersedia untuk melihat perkara yang boleh dicapai.
Perkara yang anda perlukan untuk mengalami AR:
Apl Expeditions
Peranti mudah alih yang menyokong ARCore (Android) atau ARKit (iOS)
Pilihan: Kayu Swafoto
Buat pengembaraan maya anda sendiri
Dengan Tour Creator, guru boleh membina lawatan lapangan maya atau memperkasakan pelajar untuk membuat lawatan menakjubkan mereka sendiri. Anda boleh membuat lawatan realiti maya menggunakan foto 360° atau 180° anda sendiri, foto Kamera Cardboard atau imej daripada Street View secara terus dalam penyemak imbas.
Terokai lawatan yang dibuat oleh institusi terkemuka di dunia
Kami telah bekerjasama dengan muzium, universiti, makmal dan penerbit yang terkemuka untuk membangunkan lebih 1000 lawatan VR and AR. Berhubung untuk menjadi rakan kongsi kandungan.
Geografi
National Geographic
Mengembara ke pinggir dunia dengan peneroka National Geographic, Mike Libecki. Terokai rupa bumi ais dan hidupan liar di Antartika, termasuk paus pembunuh dan penguin.
Sejarah
Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika
Bawa pelajar anda menyertai lawatan ke Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika. Tunjukkan kepada pelajar cara mamalia telah berkembang sepanjang beberapa abad, temukan kehidupan di lautan yang paling dalam dan berdiri di bawah rangka Tyrannosaurus Rex gergasi.
Seni dan Seni Bina
Guggenheim
Bawa pelajar anda ke Muzium Seni Guggenheim di Bandar Raya New York. Berdiri di hadapan bangunan itu, yang direka oleh Frank Lloyd Wright atau masuk ke dalam untuk melawat dewan pameran popular muzium tersebut.