Apl yang berfungsi #denganBilikDarjah

Beratus-ratus aplikasi luaran berfungsi dengan Bilik Darjah Google menggunakan API Bilik Darjah. Penyepaduan ini menjimatkan masa guru dan pelajar serta membolehkan mereka berkongsi maklumat antara Bilik Darjah dan apl kegemaran mereka dengan lancar.

Connect with school systems
  • Alma merupakan Sistem Maklumat Pelajar pertama yang bersepadu secara terus dengan Bilik Darjah Google. Dengan penyepaduan ini, guru boleh menyegerakkan tugasan serta gred manakala pasukan teknologi boleh membuat dan mengurus kelas Bilik Darjah Google secara berkelompok di seluruh sekolah dan daerah.

    Lawati laman webTonton video

  • GoGuardian Teacher membolehkan guru meniru kelas yang telah mereka sediakan dalam Bilik Darjah dan menyegerakkan pendaftaran pelajar, waktu kelas serta mata pelajaran di seluruh platform. Pelajar dan guru boleh mendapat lebih banyak manfaat daripada Chromebook mereka dengan persediaan dan penggunaan yang diperkemas.

    Lawati laman webTonton video

  • Little SIS for Classroom membuat kelas Bilik Darjah Google secara automatik dan menyegerakkan senarai daftar kelas daripada eksport maklumat pelajar secara automatik. Ini memudahkan sekolah menerima pakai dan menyenggara Bilik Darjah Google mengikut skala.

    Lawati laman webTonton video

  • Sycamore menyegerakkan senarai daftar kelas, tugasan, lampiran dan gred ke buku gred Sycamore bagi menghasilkan laporan untuk guru.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

Engage students with interactive teaching tools
  • Dengan penyepaduan Classcraft, guru boleh mengambil senarai daftar daripada Bilik Darjah Google dan akaun peruntukan dengan satu klik sahaja. Guru boleh memberi pelajar mata dalam permainan kerana menghantar tugasan tepat pada masanya dan menukar keputusan Bilik Darjah mereka kepada mata permainan.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

  • Guru boleh membuat tugasan notasi dan gubahan muzik dalam Bilik Darjah Google menggunakan Flat Education, perisian notasi muzik dalam talian. Guru boleh menyegerakkan senarai daftar Bilik Darjah sedia ada dan mereka aktiviti muzik baharu yang dapat diakses oleh pelajar daripada Bilik Darjah.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

  • Google Cast untuk Pendidikan merupakan apl Chrome percuma yang membolehkan pelajar dan guru berkongsi skrin secara wayarles dari mana-mana sahaja di dalam bilik darjah. Cast untuk Pendidikan mempunyai kawalan terbina dalam untuk guru dan membolehkan mereka menambahkan pelajar daripada Bilik Darjah dengan lancar dan mudah.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

  • Dengan Pear Deck dan Bilik Darjah Google, mudah untuk guru menyambungkan semua peranti di dalam bilik bersama-sama dalam pelajaran interaktif. Kod atau URL yang mengambil masa yang lama untuk ditulis oleh pelajar tidak diperlukan!

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

  • Dengan sambungan Chrome Kongsi dengan Classroom, guru dan pelajar yang menggunakan penyemak imbas Chrome boleh berkongsi halaman web antara satu sama lain dengan serta-merta. Selain berkongsi ke penyemak imbas pelajar, guru juga boleh melampirkan halaman web pada catatan Bilik Darjah.

    Muat Turun

  • Buat muzik, podcast, latihan bahasa dan pelbagai lagi dalam Soundtrap. Dengan penyepaduan Google Bilik Darjah, guru boleh menjemput pelajar, mengikuti perkembangan mereka dan membuat tugasan.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

Improve reading and writing skills
  • Actively Learn berfungsi dengan lancar bersama Bilik Darjah Google. Guru boleh menyegerakkan senarai daftar Bilik Darjah ke Actively Learn dan menyegerakkan tugasan serta gred Actively Learn kembali ke Bilik Darjah Google.

    Lawati laman webTonton video

  • Dengan penyepaduan Bilik Darjah Google, guru yang menggunakan Newsela boleh mendaftar, mengimport bilik darjah dan berkongsi tugasan secara terus dengan Bilik Darjah Google. Ini membolehkan guru mula menggunakan Newsela dengan lebih cepat dan mudah.

    Lawati laman webTonton video

Ajar pengekodan dan STEM
  • Bahan kurikulum K-12+ STEM GeoGebra boleh dimasukkan dalam Bilik Darjah Google sebagai tugasan dengan hanya beberapa klik. Lebih daripada 700,000 bahan (banyak lagi ditambah setiap hari!) tersedia untuk memenuhi keperluan STEM pelajar dan guru.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

  • Penyepaduan Bilik Darjah Google Tynker memperkemas proses mengimport pelajar ke Tynker, menugaskan pelajaran Tynker dan melihat gred.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

Use interactive learning material
  • Dengan BrainPop, guru boleh mengimport kelas mereka secara terus daripada Bilik Darjah Google ke My BrainPOP. Akaun pelajar yang sedia SSO dibuat secara automatik apabila guru mengimport kelas. Ini membolehkan pelajar log masuk ke BrainPOP melalui menu pelancar Google.

    Lawati laman webTonton video

  • Penyegerakan dengan Bilik Darjah Google membuat senarai daftar kelas dalam Edulastic dan memastikan senarai daftar sentiasa terkini. Kemudian guru boleh berkongsi penilaian Edulastic terus dalam suapan Bilik Darjah pelajar. Ini membolehkan pelajar mengakses tugasan tanpa perlu memasukkan kata laluan lain atau menavigasi ke tapak Edulastic.

    Lawati laman webTonton videoMuat Turun

  • Khan Academy menyokong guru dengan alatan pembelajaran diperibadikan yang rapi dan cerapan yang didorong oleh data - kesemuanya percuma. Kini, guru boleh mengimport senarai daftar Bilik Darjah Google ke Khan Academy dan menugaskan kandungan Khan Academy terus kepada pelajar melalui Bilik Darjah.

    Lawati laman web

  • Guru boleh menetapkan penilaian, video, permainan dan simulasi OpenEd dengan hanya satu klik. Selain itu, tugasan yang telah siap akan ditandai sebagai "selesai" secara automatik. OpenEd juga menyediakan senarai daftar dan log masuk tunggal, jadi semua kelas dan pelajar akan disegerakkan dengan lancar.

    Lawati laman webTonton video

Adakah anda mempunyai penyepaduan Bilik Darjah? Beritahu kami mengenainya