Bilik Darjah Google:

Kurang kertas kerja, lebih banyak pengajaran

Bilik Darjah Google telah direka bentuk dengan para guru dan pelajar agar mudah disambungkan dengan kelas, menjejak kemajuan mereka dan mencapai lebih banyak bersama-sama.

LOG MASUK

Apa itu Bilik Darjah?

Bilik Darjah Google ialah kawalan misi anda untuk kelas. Buat kelas, edarkan tugasan, hantarkan maklum balas dan lihat semuanya dalam satu tempat. Segera. Tanpa kertas. Mudah.

Tiada akaun Bilik Darjah? Klik di sini

Dengar daripada guru dan pelajar yang menggunakan Bilik Darjah Google.

Untuk guru,
bermula secara mudah di sini.

Computer Image 3 Image 2 Image 1
  • 1
    Buat kelas dengan hanya beberapa klik.
  • 2
    Tambah pelajar anda dengan menghantar kod kelas kepada mereka atau menambahkan mereka secara langsung. Anda juga boleh mengimport kumpulan daripada Google Kumpulan.
  • 3
    Buat tugasan pertama anda. Satu salinan tugasan itu boleh dihantar kepada setiap pelajar. Anda akan dapat melihat pelajar yang telah menyelesaikan tugasannya dan yang masih lagi sedang menyiapkannya.

Oleh itu, pelajar,
boleh kekal dalam keadaan yang teratur.

Image 1 Image 2 Image 3
  • 1
    Semua berada dalam satu tempat. Sertai kelas dengan satu klik dan kemudian dapatkan semua bahan di hujung jari
  • 2
    Mulakan perbualan. Berkomunikasi secara peribadi dengan guru anda atau bertanyakan soalan kepada seluruh kelas. Semuanya dikemas kini dalam masa nyata.
  • 3
    Serah tugasan. Lampirkan apa-apa sahaja dengan tugasan anda -- Dokumen Google, fail atau pautan Drive. Anda juga boleh mengambil foto dan melampirkannya pada tugasan anda.

Sedia untuk bermula?

Guru

Jika sekolah anda sudah mempunyai Google Suite for Education, anda sudah bersedia untuk bermula. Jika tidak, lebih banyak maklumat terdapat di sini untuk dikongsikan dengan sekolah anda.

Pentadbir

Daftar untuk G Suite for Education. Bilik Darjah disediakan secara percuma dengan suite ini.

Pelajar & Ibu Bapa

Ketahui lebih lanjut tentang alatan Google for Education dengan mendaftar untuk mendapatkan surat berita bulanan kami yang mengandungi kemas kini produk, petua, cerita berinspirasi dan pelbagai lagi.

Satu penyelesaian kerjasama untuk para guru dan pelajar

Bilik Darjah ialah sebahagian daripada G Suite for Education

Jimatkan wang anda

Bilik Darjah Google ialah perkhidmatan percuma untuk para guru dan pelajar.

Permudahkan semua urusan

Dalam hanya beberapa minit, Bilik darjah telah disediakan dan siap untuk memulakan.

Kerjasama segera

Para pelajar dan guru boleh mengadakan perbualan serta-merta dan bekerjasama untuk mengusahakan tugasan.

"Saya tidak pasti saya pernah menyedari jumlah masa yang saya habiskan untuk membuat fotokopi untuk para pelajar, belum lagi jumlah kertas."
Cathy Barton, guru matematik, Akademi Fontbonne Hall
"Saya tidak pasti saya pernah menyedari jumlah masa yang saya habiskan untuk membuat fotokopi untuk para pelajar, belum lagi jumlah kertas."
Cathy Barton, guru matematik, Akademi Fontbonne Hall
“Dengan membolehkan pelajar menyerahkan kerja mereka menggunakan Bilik Darjah, saya boleh menjejaki bahagian saya, melihat gred dengan mudah dan menandakan tugasan pada sebarang masa lapang, tanpa perlu membawa setimbun kertas jawapan ke mana-mana. Bilik Darjah telah menjadikan proses ini begitu mudah dan selesa."
Laura Barton, guru Sains, Fontbonne Hall Academy
Guru dapat memberikan kerja rumah kepada pelajar mereka dalam sekejap mata. Dengan itu pembelajaran pelajar di dalam kelas dapat dimaksimumkan.
Paul Lepore, Pengajian Sosial gred ke-8, Sekolah Menengah Felix Festa

Sumber untuk memulakan dengan Bilik Darjah

KETAHUI LEBIH LANJUT
Pusat Bantuan Bilik Darjah Google
HELP CENTER
SOALAN
Tanyakan soalan dan kami akan mencari penyelesaian anda
PRODUCT FORUMS
SUMBER
Google mempunyai pelbagai sumber yang tersedia
KAJIAN KES
Lihat peralihan sekolah-sekolah seperti sekolah anda yangtelah beralih kepada Google
KAJIAN KES

Bilik Darjah semakin menjadi lebih baik.

Kami sentiasa mengusahakan ciri dan kemas kini baharu berdasarkan maklum balas yang diserahkan oleh para guru dan pelajar.

Lihat rakan kongsi Bilik Darjah kami

Produk Google for Education

Tidak kira berapa besar sekolah atau bajet anda.
Google menyediakan alatan yang mudah untuk melibatkan pelajar pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan pada sebarang peranti.

Sila putarkan peranti anda.