Bermula belajar di luar kotak

Chromebook dan tablet dilengkapi dengan sokongan, pengurusan dan akses terbina dalam kepada G Suite dan kandungan pendidikan. Bermula daripada $219.

Bermula
Mampu dimiliki

Chromebook dan tablet Android dihasilkan untuk mengurangkan jumlah kos pemilikan anda. Peranti bermula daripada $219, dengan pengurusan dan sokongan untuk $30.

Mudah diurus

Anda boleh menyediakannya dalam beberapa minit sahaja dan mengurus 10 atau 10,000 peranti secara terpusat di seluruh sekolah, daerah atau wilayah.

Paling sesuai dikongsi

Pelajar boleh berkongsi satu peranti tetapi masih mempunyai pengalaman peribadi hanya dengan melog masuk.

Merancang pelancaran untuk sekolah anda?

Lihat Panduan IT kami

Chromebook lwn. PC

61%
jumlah kos pemilikan yang lebih rendah
Jumlah kos peranti lain dalam masa 3 tahun: $1,507 / peranti

Jumlah kos Chromebook dalam masa 3 tahun: $588 / peranti

BACA LAGI

93%
kurang masa untuk diagihkan
Masa persediaan untuk peranti lain: 1.8 jam / peranti

Masa persediaan untuk Chromebook: 7 minit / peranti

BACA LAGI

68%
kurang tenaga kerja untuk sokongan
Masa untuk menguruskan peranti lain setahun: 4.3 jam / peranti

Masa untuk menguruskan Chromebook setahun: 1.4 jam / peranti

BACA LAGI

Urus 10 atau 10,000 Chromebook dengan mudah

Lesen pengurusan Chromebook memberi anda akses kepada konsol pengurusan berasaskan web. Anda boleh mengkonfigurasi dan mengurus Chromebook merentas sekolah, daerah atau negara melalui konsol ini.

Buat kumpulan pengguna

Laksanakan dasar, apl dan tetapan terhadap kumpulan pengguna yang berbeza. Kumpulkan pelajar mengikut tahap gred atau mata pelajaran. Asingkan pelajar dan ahli fakulti.

Prapasang dan sekat apl

Senarai hitam, senarai putih atau prapasang apl, sambungan dan URL.

Jejaki aset

Berikan peranti kepada pelajar dan ahli fakulti tertentu dan terima laporan konfigurasi serta penggunaan.

Urus akses pengguna

Kawal orang yang menggunakan peranti Chrome anda: halang pengguna luar daripada log masuk, lumpuhkan Mod Tetamu atau tetapkan jenis pengguna tertentu untuk peranti anda.

Konfigurasi akses rangkaian

Tetapkan tetapan rangkaian dan proksi untuk memudahkan pengguna mula menggunakannya serta memastikan mereka dilindungi oleh penapis web dan dinding api.

Sesuaikan ciri pengguna

Ubah suai tetapan pengguna seperti penanda halaman dan penyegerakan apl pada semua komputer dan tunjukkan sokongan kepada sekolah pada peranti anda dengan menyesuaikan tema desktop Chrome.

Tidak perlu bersusah payah

Chromebook disertakan dengan sokongan 24/7 terus daripada Google, kemas kini automatik dan berbilang lapisan keselamatan. Oleh itu pelajar dan guru boleh melakukan lebih banyak perkara tanpa kebimbangan.

Tidak perlu menunggu

Chromebook but dalam masa tidak sampai 10 saat dan menyambung semula serta-merta. Berbanding komputer lain, Chromebook mengelakkan pengumpulan perisian lama dan memastikan prestasi yang baik sepanjang masa.

Tiada penyelenggaraan

Dengan kemas kini automatik, Chromebook memuat turun dan memasang kemas kini keselamatan dan perisian supaya anda tidak perlu melakukannya. Tidak perlu membazirkan masa memasang tampung lagi.

Tiada kebimbangan

Chromebook mempunyai berbilang lapisan keselamatan untuk memastikan peranti itu selamat daripada virus dan perisian hasad tanpa sebarang perisian keselamatan tambahan. Dengan Google Drive, semua fail disandarkan dalam talian dengan selamat dan terjamin, walaupun Chromebook itu terendam secara tidak sengaja.

Berkongsi dengan bilangan pelajar yang tidak terhad

Walaupun semasa Chromebook dikongsi antara kelas, setiap pelajar mendapat pengalaman belajar yang benar-benar diperibadikan, termasuk akses kepada kerja sekolah, apl, buku dan video beliau sendiri.

Berbilang profil dipermudahkan

Berbilang log masuk membolehkan anda berkongsi Chromebook dengan mudah dan selamat bersama rakan sekelas, rakan dan keluarga. Setiap orang mendapat apl, tetapan dan penanda halaman peribadi masing-masing apabila mereka log masuk.

Tetamu dialu-alukan

Mod Tetamu membolehkan orang lain menggunakan Chromebook tanpa akaun pengguna. Tetamu tidak dapat mengakses apa-apa data yang disimpan pada Chromebook dan semua sejarah penyemakan imbas mereka akan dipadamkan apabila mereka menamatkan sesi mereka.

Kongsi sahaja

Dengan adanya ciri keselamatan terbina dalam, para pelajar dan guru boleh berkongsi Chromebook mereka dengan orang lain tanpa berasa bimbang tentang masalah komputer yang lazim seperti pemasangan perisian secara tidak sengaja, perisian hasad atau tetapan yang diubah.