Sepadukan G Suite ke dalam sistem pengurusan pembelajaran anda dengan Course Kit

Course Kit merupakan set alatan percuma yang membantu pengajar membuat, mengumpulkan dan mengkaji semula kerja kursus.

Gabungkan G Suite ke dalam LMS anda

Course Kit membolehkan pendidik menggunakan alatan seperti Dokumen, Helaian, Slaid dan Drive daripada LMS yang sedia ada tanpa mengganggu pengurusan kelas atau aliran kerja. Course Kit menampilkan alat pemarkahan terbina dalam yang membolehkan anda mengurus maklum balas di satu tempat.

Tingkatkan aliran kerja dan pengaturan

Pastikan kurikulum anda cekap dan teratur dengan alatan untuk membuat tugasan, mengurus kerja pelajar dan memberikan markah tugasan daripada LMS anda.

Perkemas komunikasi dengan pelajar

Gunakan Dokumen, Helaian dan Slaid untuk berhubung dan bekerjasama dengan pelajar anda untuk menyiapkan projek, menjejaki kemajuan, memberikan maklum balas dan pelbagai lagi.

Dapat disepadukan secara percuma dan mematuhi standard LTI

Course Kit dapat disepadukan terus dengan LMS yang sedia ada tanpa kos tambahan. Course Kit juga mematuhi standard Saling Kendali Alatan Pembelajaran (LTI) sepenuhnya.

Berikan maklum balas yang lebih kaya

Kurangkan masa memberikan markah dan lebihkan masa bersama pelajar dengan pelbagai ciri baharu untuk memberikan maklum balas yang lebih diperibadikan dan berkesan dalam Dokumen, Helaian, Slaid dan juga PDF.

“Kami ada banyak teknologi yang cuba disepadukan bersama. Oleh itu, apl yang memudahkan tenaga pengajar menerima tugasan dan memberikan markah dalam Dokumen Google merupakah sesuatu yang sangat membantu kami.”

Holly Zakos, Juruteknologi Pengajaran Kanan, Lehigh University
Seorang pelajar menunjukkan kerjanya kepada pensyarah yang berminat.

Cara yang berkesan untuk memacu lebih kerjasama di dalam kelas anda

Edarkan bahan kursus dengan mudah

Dengan menggunakan alat benam fail Course Kit, pengajar boleh menyiarkan apa-apa sahaja - daripada maklumat tugasan dan sukatan pelajaran hinggalah kepada pembentangan serta video kuliah. Fail dibenamkan dalam LMS, disusun dalam Drive dan dikongsi secara automatik dan ini menjimatkan tenaga pengajar kerana tidak perlu mengkonfigurasikan tetapan secara manual.

Hantar dan berikan markah tugasan dengan lancar

Berbilang format fail? Tidak menjadi masalah. Course Kit membolehkan pelajar menghantar kerja mereka dalam sebarang format yang serasi menggunakan Drive—dan juga PDF—dan alat pemarkahan terbina dalam membolehkan pengajar memberikan markah tugasan di dalam talian dengan mudah. Course Kit juga akan mengunci pengeditan kerja kursus sebaik sahaja tempoh penghantaran tamat.

Alatan maklum balas berkuasa terbina dalam

Course Kit merangkumi bank ulasan yang boleh disesuaikan supaya pengajar dapat menambahkan maklum balas yang biasa digunakan dengan pantas. Cara ini menjimatkan masa dan masa tersebut boleh digunakan untuk memberikan maklum balas yang difikirkan dengan teliti dan disesuaikan mengikut individu melalui ciri kerjasama Dokumen serta Drive.

Cubalah G Suite for Education

Terokai ciri lain yang disertakan dalam alatan dan apl dalam G Suite for Education.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.