Alatan digital untuk melibatkan pelajar anda

Teknologi memberi pendidik lebih banyak cara untuk membawa pembelajaran secara amali ke dalam kelas. Terokai alatan dan sumber popular ini untuk merangsang bakal warga digital, saintis dan penjelajah dunia anda.

Membantu pelajar membina kemahiran digital praktikal

Pelajar hari ini memerlukan kemahiran celik digital untuk berjaya di dalam dan luar bilik darjah. Kemahiran Digital Gunaan menyediakan tutorial berasaskan video dan rancangan mengajar percuma untuk menyelesaikan tugasan harian. Terokai kurikulum hari ini, yang merangkumi unit tentang perancangan acara, belanjawan, membuat panduan kawasan dan banyak lagi.

Kemahiran digital gunaan Tonton video

Pupuk kemahiran masa hadapan dengan apl Chromebook

Sama ada belajar mengekod atau merakam podcast, membuat dokumentari video atau membuat kisah animasi, pelajar menggunakan Chromebook untuk mendapatkan kemahiran masa hadapan. Kami bekerjasama dengan pendidik di seluruh dunia untuk meneroka apl pembelajaran yang berkuasa pada Chromebook. Terokai apl secara berasingan atau beli himpunan apl pada harga istimewa melalui penjual semula Chromebook yang terpilih.

Minta maklumat tentang himpunan apl Chromebook

Dunia apl pembelajaran

laptop_chromebook

Apl web untuk penyemak imbas Chrome

Dari tapak web pendidikan ke apl dan sambungan web, Chromebook meletakkan dunia web di hujung jari pendidik.

apps

Apl Android pada Chromebook

Apl Android kini tersedia dalam versi beta pada Chromebook terpilih. Kami menggalakkan pendidik untuk menguji pratonton awal ini.

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.