Kumpulan Warwickshire College membawa pakar antarabangsa ke bilik darjah menggunakan Google for Education

Cabaran

Dua tahun lalu, para pelajar WCG mempunyai akses kepada G Suite, tetapi para guru hanya mempunyai akses kepada Gmail. Kurang 200 orang daripada lebih 15,500 pelajar menggunakan Google Drive. Sebab utamanya ialah para guru tidak mempunyai akses kepada G Suite, maka mereka tidak menggalakkan pelajar menggunakannya. “Kami mempunyai apl yang mahal, tetapi para guru tidak tahu cara hendak membantu pelajar menggunakan G Suite mahupun memanfaatkan keupayaannya," kata Yousef Fouda, ketua pegawai teknologi di WCG. Para guru tidak terfikir untuk menukar sistem kerana mereka telah berpuas hati menggunakan Microsoft Office dan Outlook. Fouda terlihat peluang menggunakan teknologi dengan lebih berkesan untuk menjimatkan masa guru serta menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh dibuat secara usaha sama oleh para pelajar.

"Apl Bilik Darjah telah membawa perubahan yang membolehkan para pelajar belajar di mana-mana sahaja mereka berada."

Paul Rabone, pensyarah pembinaan elektrik dan ragbi, Kumpulan Kolej Warwickshire

Penyelesaian

Fouda tidak perlu berfikir dua kali tentang cara hendak mencapai matlamatnya untuk mewujudkan ekosistem mahir teknologi: Beliau melancarkan G Suite for Education untuk para guru, memperkenalkan Bilik Darjah Google di seluruh kampus dan melancarkan Chromebook untuk guru dan pelajar. Oleh sebab para pelajar telah menggunakan G Suite for Education dan para guru biasa menggunakan Gmail, penyelesaian tersebut memenuhi matlamat WCG untuk memperkenalkan teknologi yang melengkapi para pelajar dan guru untuk berhubung, bekerja dan berkongsi. Matlamat ini dapat dicapai secara langsung melalui penggunaan Google Hangouts, Drive dan Google+ oleh mereka. Penggunaan G Suite for Education berkembang dengan cepat dan secara semula jadi di seluruh kampus. Fouda memperkenalkan G Suite for Education kepada kira-kira 100 orang guru dan mereka menggalakkan 600 orang guru lagi untuk menerima pakai teknologi tersebut. Ketika ini, 4,000 pelajar dan guru giat menggunakan G Suite pada setiap hari. Hal ini merupakan suatu peningkatan yang besar berbanding 200 pelajar dua tahun lalu.

Profil Organisasi

Kumpulan Warwickshire College (WCG) yang terletak di Midlands di United Kingdom ini menawarkan pendidikan kolej dua tahun bagi pelajar lepasan sekolah tinggi sebelum mereka memutuskan bidang yang ingin dilanjutkan pada peringkat universiti. Lebih 15,500 pelajar menghadiri kolej di sebuah daripada enam kampus dan kolej-kolej tersebut mempunyai kira-kira 1,700 kakitangan. Matlamat WCG adalah untuk menggalakkan para pelajar membina minda yang bersifat inovatif dan keusahawanan.

Muat turun

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.