Universiti Minnesota mengatur pasang G Suite —dengan jangkaan penjimatan tahunan antara $2-3 juta

Cabaran

Bosan mengurus berbilang alatan untuk memastikan badan pelajar dan kakitangan Universiti Minnesota sentiasa terhubung, kakitangan IT di U of M sangat memerlukan satu sistem bersepadu yang dapat berfungsi di pelbagai platform dan memberi sokongan yang menyeluruh.

"Dengan G Suite, kami memiliki fikiran dan wawasan Google serta seluruh komuniti G Suite untuk membantu kami mengemas kini penyelesaian komunikasi dan kerjasama kami secara berterusan – dan inovasi ini disediakan tanpa sebarang caj tambahan."

Bernard Gulachek, Pengarah Kanan Teknologi, University of Minnesota

Penyelesaian

Penggunaan akar umbi G Suite dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di U of M telah berkembang kepada pangkalan pengguna melebihi 3,000 orang dan ini memberikan perangsang kepada kakitangan IT. Mereka tidak memaksa badan pelajar menggunakan sistem yang lain, sebaliknya mereka mula beralih daripada gabungan beberapa perkhidmatan lain kepada satu penyelesaian pemesejan serta kerjasama yang tekal dan bersepadu daripada Google. Seterusnya, tenaga pengajar dan kakitangan mula berhijrah kepada Google for Education dan selain Gmail, institusi ini menggunakan Google Sites untuk menyusun dan berkongsi bahan penyelidikan di web, Kalendar Google untuk membuat kalendar berkumpulan, Bual Google untuk pemesejan segera dan Dokumen Google untuk kerjasama dokumen – kesemuanya disepadukan ke dalam satu penyelesaian yang kohesif.

Profil Organisasi

Ditubuhkan pada tahun 1851, Universiti Minnesota (U of M) ialah sebuah universiti penyelidikan awam yang mempunyai dua buah kampus utama di Minneapolis dan St Paul serta empat buah kampus lain di seluruh negeri. Dengan lebih 67,000 pelajar, 17,500 kakitangan dan tenaga pengajar serta kira-kira 400,000 alumni, U of M mempunyai badan pelajar kampus utama yang keempat terbesar di Amerika Syarikat

Produk yang digunakan

Muat turun

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.