Daerah Sekolah Persendirian Huntsville membantu menutup jurang digital dengan Google for Education

Latar belakang

Daerah Sekolah Persendirian Huntsville (HISD) ialah daerah sekolah awam di Huntsville, Texas yang mempunyai 6,300 orang pelajar yang berumur 3-18 tahun di 9 buah kampus. Daerah ini menumpukan pada usaha menyampaikan pengalaman pendidikan yang luas, termasuk akses kepada pembelajaran vokasional, bagi memastikan kejayaan para pelajarnya pada masa akan datang. HISD amat komited untuk menyediakan peluang dan akses kepada sumber pembelajaran dalam talian untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar yang 70% daripadanya layak menerima bantuan makanan percuma atau pada harga istimewa.

“Sekarang saya telah banyak melalui situasi yang membolehkan saya menyesuaikan rancangan pelajaran saya dengan mencari aktiviti tambahan dan pengalaman pembelajaran yang dikongsi untuk membantu kumpulan atau individu tertentu lebih mendalami sesuatu topik. Keluwesan setinggi ini dapat dilakukan melalui Chromebook.”

Charly Baker, Guru matematik sekolah menengah, Daerah Sekolah Swasta Huntsville

Cabaran

HISD mahu mengubah cara arahan disampaikan dan menggunakan teknologi dengan berkesan untuk meningkatkan penglibatan dan pembelajaran pelajar. Daerah ini tiada akses kepada sumber pendidikan dalam talian merentas semua sekolah dan pelajar daerah itu. Jika guru mahu menggunakan teknologi di dalam kelas mereka, mereka perlu menjadualkan masa di dalam makmal terlebih dahulu. Makmal tersebut \ sentiasa sibuk dengan permintaan. Sebagai langkah pertama, HISD membuat pelaburan yang besar dalam prasarana Wi-Fi, membina asas untuk penggunaan sumber pendidikan dalam talian di bilik darjah.

Kos perkakasan turut menjadi masalah utama. Pasukan IT daerah ini berhempas-pulas mengurus pelayan e-mel Exchange yang sentiasa bermasalah dan diserang virus. Masalah terbesar ialah penyelenggaran ini menggunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk memperoleh peranti baharu untuk pelajar.

Amy Mayer, Pengarah Pembangunan Kakitangan dan Inisiatif Daerah untuk HISD, menerangkan, “Kami sangat memerlukan pendekatan kepada penggunaan teknologi setiap hari dengan kos yang berpatutan serta penyelenggaraan yang rendah.”

Penyelesaian

Akses mudah kepada sumber dalam talian, ciri mampu milik dan ketahanan menjadikan Chromebook pilihan yang sempurna untuk HISD, yang mempelopori penggunaan 350 Chromebook di sekolah menengah rendah dan sekolah tinggi pada tahun 2012. Chromebook, iaitu komputer riba Google yang menjalankan OS Chrome, adalah peranti pantas, mudah alih dan selamat yang membolehkan pelajar masuk ke dalam talian, mencari sumber pendidikan dan bekerjasama serta belajar dengan mudah.

Daerah ini juga mendaftar untuk Google Apps for Education, yang merupakan set produktiviti berasaskan web dengan e-mel, kalendar dan penciptaan dokumen, percuma untuk sekolah. Ini bermakna bahawa pelayan Exchange dengan penyelenggaraan tinggi dan mahal itu sudah tidak diperlukan lagi. Masa dan sumber boleh ditumpukan semula pada bahagian lain.

"Kemudahan memiliki peranti yang menyimpan segala-galanya dalam talian dan mengebut sepantas kilat bermakna kini guru boleh menggunakan peranti ini di dalam bilik darjah apabila mereka berpendapat peranti ini dapat membantu. Apabila anda mempertimbangkan semua lesen perisian, pelaburan untuk pelayan dan kos penyelenggaraan yang berterusan untuk menjalankan komputer riba biasa, kami terpegun dengan keberkesanan kos dan ciri praktikal Chromebook," tambah Mayer.

Faedah

Kini Huntsville mempunyai lebih 800 Chromebook dan terus membeli lebih banyak Chromebook. Memandangkan Chromebook hanya mengambil masa beberapa saat untuk but dan membenarkan akses mudah ke Google Apps dan sumber dalam talian, proses memperkenalkan peranti ini kepada kakitangan dan pelajar berjalan lancar dan mudah untuk diurus dari awal.

“Impak Chromebook di dalam bilik darjah kami dan komuniti guru/ibu bapa yang lebih luas adalah sangat luar biasa. Ada ibu bapa pelajar kami yang menangis kesyukuran kerana sekolah anak mereka boleh memberikan sesuatu yang berpotensi untuk mengubah kehidupan yang tidak mampu mereka berikan—akses kepada sumber pembelajaran dalam talian di sekolah mahupun di rumah.”

Amy Mayer, Pengarah Pembangunan Kakitangan dan Inisiatif Daerah, Daerah Sekolah Swasta Huntsville

Pembelajaran didorong pelajar

Keupayaan untuk menggunakan sumber dalam talian juga menjadikan pembelajaran lebih tertumpu kepada pelajar dan didorong oleh pelajar. Jika sebelum ini pelajar bergantung kepada guru untuk mendapatkan jawapan dan maklumat, kini mereka dapat menyelidik topik secara bebas. Apabila mereka bertemu dengan guru, mereka bukan mahu mendapatkan jawapan berasaskan fakta, tetapi untuk mengemukakan soalan kreatif yang mendalam. Dengan itu, kandungan yang dihasilkan pelajar adalah lebih bernas.

Satu contoh ialah projek "Power for Food" yang memerlukan pelajar menulis jurnal makanan selama 7 hari untuk memahami pengambilan makanan mereka. Brenda Schultz, seorang guru matematik gred 7, menjelaskan, "Sangat menarik apabila melihat kanak-kanak melibatkan diri dalam projek ini. Sekiranya dilakukan atas kertas, projek ini hanya akan menjadi jadual atau perenggan daripada buku tetapi dengan menggunakan Chromebook dan Google Apps, pelajar membangunkan projek yang lebih menyeluruh, dengan penyelidikan terperinci yang disokong dengan imej dan kandungan video."

Lebih banyak sumber untuk guru

Chromebook turut memberikan keluwesan yang lebih tinggi dalam perancangan pelajaran kepada guru. Charly Baker, seorang guru matematik sekolah menengah menerangkan, "Chromebook mencabar saya untuk berfikir di luar kotak dari segi pengajaran. Kini terdapat banyak keadaan saya boleh menyesuaikan rancangan pelajaran saya dengan mencari aktiviti tambahan dan pengalaman pembelajaran yang dikongsi untuk membantu kumpulan atau individu tertentu lebih mendalami sesuatu topik. Keluwesan setinggi ini dapat dilakukan melalui Chromebook."

Peningkatan akses kepada pembelajaran—pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja

Pelajar juga boleh membawa Chromebook pulang dan bagi sesetengah pelajar, ini merupakan kali pertama mereka dapat mengakses teknologi dan sumber pembelajaran sedemikian di luar bilik darjah. Dokumen Google membolehkan pelajar mengakses semua dokumen mereka yang dihasilkan di kelas dari mana-mana lokasi dan meneruskan kerja mereka dari rumah. Kemudahan untuk mengakses ini sangat berguna terutama kepada pelajar yang cuba mengimbangi keperluan kewangan untuk menyara keluarga mereka dengan bekerja separuh masa dan menyelesaikan pelajaran mereka. Susan Cason, seorang guru matematik sekolah menengah, mengimbas kembali, “Salah seorang pelajar saya bekerja separuh masa untuk membantu keluarga beliau membayar bil. Gred beliau semakin menurun kerana perlu bekerja selepas waktu sekolah tamat. Chromebook membolehkan beliau menyelesaikan pembelajaran dan kerja sekolah semasa di sekolah dengan cara yang lebih produktif atau di rumah selepas habis bekerja. Beliau juga menyokong pembelajaran melalui video dalam talian. Hasilnya, gred beliau semakin meningkat.”

Profil Organisasi

Daerah Sekolah Persendirian Huntsville (HISD) ialah daerah sekolah awam di Huntsville, Texas yang mempunyai 6,300 orang pelajar berumur 3-18 tahun di 9 buah kampus. Daerah ini menumpukan pada usaha menyampaikan pengalaman pendidikan yang luas, termasuk akses kepada pembelajaran vokasional, bagi memastikan kejayaan para pelajarnya pada masa akan datang. HISD amat komited untuk menyediakan peluang dan akses kepada sumber pembelajaran dalam talian untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar yang 70% daripadanya layak menerima bantuan makanan percuma atau pada harga istimewa.

Produk yang digunakan

Muat turun

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.