Del Mar Union meningkatkan kemahiran menulis pelajar secara mendadak

Cabaran

Selepas bekerjasama dengan guru untuk membangunkan cara yang lebih berkesan untuk mengajar penulisan, pasukan kepimpinan Del Mar menyedari bahawa mereka perlu menawarkan komputer riba mereka sendiri kepada pelajar untuk pembelajaran. Del Mar mematuhi Piawaian Negeri Teras Umum yang menekankan penggunaan teknologi untuk memupuk pemikiran kritis, komunikasi, kerjasama dan kreativiti. Pasukan kepimpinan DMUSD ingin mengubah cara pelajaran diajar.

"Penggunaan Chromebook dengan G Suite sangat mengagumkan. Pada hakikatnya, bilangan pelajar yang mencapai akreditasi 'amat mahir' teratas dalam ujian menulis peringkat negeri telah meningkat dua kali ganda sejak pengenalan Chromebook."

Stephanie Sullins, Guru, Daerah Sekolah Del Mar Union

Penyelesaian

Akses mudah kepada G Suite merupakan insentif yang memberangsangkan bagi Del Mar untuk menerima pakai penggunaan Chromebook di dalam bilik darjah mereka. Selepas menguji beberapa tablet dan komputer, Del Mar memutuskan bahawa Google Chromebook adalah yang paling praktis dan berpatutan harganya untuk tujuan mereka.

Profil Organisasi

Daerah Sekolah Del Mar Union (DMUSD) mempunyai 4,400 orang pelajar di lapan buah sekolah di San Diego, California. Pelajar datang daripada pelbagai latar belakang dan daerah ini mempunyai rekod akademik yang kukuh dengan indeks prestasi akademik (API) tertinggi di wilayah ini dan yang ketiga tertinggi di California. Del Mar memberi sepenuh perhatian pada kewajipannya untuk melengkapkan pelajar supaya cemerlang dalam keperluan kurikulum yang ketat dan mempersiapkan mereka untuk tempat kerja yang moden, dengan penekanan kepada penulisan, pembentangan dan kemahiran pembelajaran kolaboratif.

Produk yang digunakan

Muat turun

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.