Daerah Sekolah Clarkstown Central yang inovatif membantu Google mencipta produk terbaharunya, Bilik Darjah

Cabaran

Penggunaan program dan peralatan yang rumit lagi mahal telah melemaskan para pendidik dari Daerah Sekolah Clarkstown Central. Pasukan Teknologi Pengajaran dan rakan sekerja mereka memerlukan penyelesaian yang ringkas dan mudah digunakan untuk pengurusan bilik darjah mereka.

"Guru dapat memberikan kerja rumah kepada pelajar mereka dengan pantas, dengan itu pembelajaran pelajar di dalam kelas dapat dimaksimumkan."

Paul Lepore, Pengajian Sosial gred ke-8, Sekolah Menengah Felix Festa

Penyelesaian

Selepas menggunakan Bilik Darjah Google selama beberapa bulan, pendidik dan pasukan IT mendapati dua faedah utama: peningkatan dalam penglibatan pelajar dan bilik darjah lebih teratur. Bilik Darjah Google memastikan tugasan pelajar teratur dan memberikan alatan kerjasama yang amat diperlukan serta aplikasi yang mudah digunakan dan diedarkan.

Profil Organisasi

Daerah Sekolah Clarkstown Central (CCSD) yang mempunyai kira-kira 8,600 orang pelajar di selatan New York. Clarkstown berbangga memupuk suasana sekolah kecil, penglibatan masyarakat dan tumpuan kepada individu. Daerah ini mempunyai sepuluh buah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah, dua buah sekolah tinggi dan sebuah pusat pendidikan alternatif K-12. Daerah ini menawarkan program inovatif kepada pelajarnya melalui teknologi berasaskan web. Daerah ini merupakan salah sebuah daerah pertama yang menerima pakai G Suite for Education serta pelbagai alatan inovatif lain. Walaupun semasa belanjawan kecil, daerah ini tetap mencari cara mendapatkan alatan yang sesuai untuk tenaga pengajar dan pelajarnya.

Produk yang digunakan

Muat turun

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.