Brittany Wenger menulis algoritma untuk mengesan barah payudara dengan lebih berkesan

Cabaran

Para doktor berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan penjagaan yang tekal dan andal kepada pesakit mereka. Berbekalkan pengalaman peribadinya dengan barah dan keinginannya untuk memperbaik dunianya, Brittany Wenger memutuskan untuk menggunakan kebolehan beliau sebagai ahli sains dan penyelidik untuk mewujudkan rangkaian luar biasa dan hampir hidup yang mendiagnosis barah payudara.

"Anugerah tidak mentakrifkan diri saya; walau bagaimanapun, anugerah tersebut mengesahkan penyelidikan saintifik saya. Setiap tahun, penyelidikan saya menjadi semakin rumit dan lebih berpotensi untuk memberi manfaat positif kepada manusia."

Brittany Wenger, Pelajar, Universiti Duke

Penyelesaian

Dengan menggunakan kuasa Awan, Brittany mencipta rangkaian luar biasa yang terbukti dapat mengesan barah dengan tepat. Brittany menggunakan Google Apps Engine (salah satu alatan Google Cloud Platform) untuk membina rangkaian neural buatan. Entri Pameran Sains Google beliau menyerupai otak buatan yang secara asasnya mengajar rangkaian awan cara mengesan pola yang terlalu rumit untuk dikenal pasti oleh manusia. Dengan menerapkan rangkaian neural buatan ini pada data individu, program beliau dapat mengesan barah payu dara dengan ketepatan 99.1%. Pada masa ini program beliau digunakan di hospital untuk mendiagnosis pesakit.

Profil Organisasi

Pemenang Pameran Sains Google 2012 ini hanyalah seorang pelajar tahun tiga apabila penyelidikan beliau memberikan kesan yang besar dalam bidang perubatan dan teknologi. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi dan menggabungkan kuasa ini dengan minat yang mendalam terhadap bidang Sains, Brittany Wenger mencipta otak buatan yang dapat mendiagnosis barah payudara dengan ketepatan yang menakjubkan. Baru-baru ini, beliau telah disenaraikan sebagai seorang daripada 30 orang yang berusia bawah 30 tahun Paling Popular Time untuk sumbangan beliau kepada manusia.

Produk yang digunakan

Muat turun

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.