Alatan untuk kelas semua saiz dan semua belanjawan

Teknologi mengubah segala kemungkinan di sekolah—mendayakan penyelesaian inovatif kepada halangan terbesar pembelajaran. Dengan set peranti, apl dan sumber kami, anda boleh membawa kuasa teknologi ke kelas anda dengan mudah.

Semarakkan pembelajaran dengan Chromebook

Sesuai untuk set kelas boleh dikongsi atau program 1 dengan 1, Chromebook ialah peranti serba boleh dengan kandungan dinamik dan dilengkapi dengan G Suite. Ia mudah digunakan dan senang diurus.

Temui Chromebook

Pupuk kerjasama dengan G Suite for Education

Pupuk kerjasama dengan G Suite for Education

70 juta pendidik dan pelajar menggunakan G Suite for Education: set alatan produktiviti yang percuma dan selamat. Alatan popular seperti Gmail dan Dokumen Google membolehkan kerjasama antara kelas dilakukan dengan mudah.

Kenali G Suite

Jimatkan masa dan kekal teratur dengan Bilik Darjah Google

Jimatkan masa dan kekal teratur dengan Bilik Darjah Google

Fikirkan Bilik Darjah Google sebagai pusat arahan anda. Buat kelas, agihkan tugasan, hantar maklum balas—semuanya di satu tempat. Serta-merta. Tanpa kertas. Mudah sekali.

Ketahui tentang bilik darjah Google

Tarik minat pelajar dengan alatan digital

Tarik minat pelajar dengan alatan digital

Alatan digital boleh membantu guru memupuk warga digital, penjelajah dunia dan pencipta bercita-cita tinggi yang bertanggungjawab. Beli himpunan alatan popular untuk keperluan di dalam kelas biasa seperti pembuatan video, podcast dan pengekodan dengan harga diskaun. Atau gunakan apl percuma seperti Google Earth, WeVideo dan Carian Google.

Teroka alatan digital

Cerita impak

Bagaimana anda mengukur kesan teknologi di dalam bilik darjah? Terokai penemuan daripada penyiasatan selama 16 bulan dengan Evergreen Education Group yang menyoroti kejayaan alatan Google for Education melalui lensa guru, pelajar dan pentadbir.

Teroka semua kisah

Sumber sains komputer

Kami menyediakan alatan dan produk untuk membawa pembelajaran berasaskan teknologi ke dalam kelas.

Lihat kerja kami dalam CS

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.