Memastikan setiap pelajar mendapat peluang untuk mempelajari sains komputer

Akses kepada pendidikan sains komputer yang berkualiti membantu semua pelajar membina kemahiran yang mereka perlukan pada masa hadapan, termasuk pengkodan, penyelesaian masalah, kreativiti dan kerja berpasukan.

Orang menulis atur cara dalam Scratch menggunakan komputer riba

Mana-mana pelajar boleh membentuk masa hadapan

Lebih 65% golongan remaja akan bekerja dalam pekerjaan yang masih belum wujud—membina teknologi baharu, memajukan kecerdasan buatan dan mereka bentuk cara yang lebih berkesan untuk menganalisis data. Untuk berjaya dalam kerjaya merentas industri, semua pelajar memerlukan asas yang kukuh dalam kemahiran sains komputer dan berpengalaman dalam menggunakan teknologi masa kini.

Namun, penyelidikan dengan Gallup telah menunjukkan ketaksaksamaan yang kritikal dalam mengakses pendidkan komputer sains. Kami sedang berusaha untuk merapatkan jurang ini bagi memberi semua pelajar—dari sekolah rendah sehingga peringkat sarjana—alatan, kemahiran dan inspirasi supaya mereka berasa yakin untuk mengendalikan teknologi.

Penerokaan yang memberi inspirasi

Membantu semua pelajar melihat diri mereka sebagai ahli teknologi

Kami membangunkan program dan aktiviti yang menunjukkan kepada pelajar—dari pelbagai latar belakang dan minat—gambaran tentang sains komputer dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk menggunakan kuasa pengkomputeran dalam menyelesaikan masalah dunia sebenar.

Meningkatkan akses dan peluang

Membina keyakinan dan kemahiran pelajar

Masih ramai pelajar yang kurang berpengetahuan tentang industri dan kerjaya yang didorong teknologi. Program kami membuka peluang kepada mana-mana pelajar untuk mempelajari kemahiran amali yang boleh mereka gunakan sekarang dan pada masa hadapan.

Melengkapkan pelajar untuk kerjaya masa hadapan

Melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan kepakaran teknologi

Google menyediakan kursus terarah dan pengalaman amali untuk pelajar kolej tanpa jabatan sains komputer yang khusus, membina kemahiran asas pelajar dan menyediakan arahan lanjutan.

Mengajar sains komputer dengan sumber dan sokongan yang luwes

CS First ialah kurikulum sedia untuk diajar percuma yang boleh digunakan oleh mana-mana pendidik untuk memperkenalkan sains komputer kepada pelajar. Video pengajaran, aktiviti dan projek pengekodan membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan sambil mereka belajar.

Bermula dengan CS first
Guru bercakap dengan kanak-kanak

Kami merupakan sebahagian daripada komuniti yang komited dan dihubungkan

Google menyokong organisasi pendidikan dan bukan untung dengan matlamat yang sama: untuk meningkatkan dan meluaskan peluang sains komputer untuk pelajar. Bersama-sama, kami melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berkembang maju.

Lihat organisasi yang kami sokong

Terima kasih kerana mendaftar!

Beritahu kami lagi tentang minat anda.