Kumpulan Warwickshire College membawakan pakar antarabangsa ke bilik darjah dengan Google Apps for Education dan Bilik Darjah

Apl Bilik Darjah telah melalui transformasi yang membolehkan para pelajar belajar di mana-mana sahaja mereka berada.

Paul Rabone, profesor pembinaan elektrik dan ragbi, Kumpulan Warwickshire College (WCG)

Cabaran

Dua tahun lalu, para pelajar WCG mempunyai akses kepada Google Apps, tetapi para guru hanya mempunyai akses kepada Gmail. Kurang daripada 200 orang daripada lebih 15,500 pelajar menggunakan Google Drive. Sebab utamanya ialah guru tidak mempunyai akses kepada Google Apps, maka mereka tidak menggalakkan pelajar menggunakannya. "Kami mempunyai apl yang canggih, tetapi guru tidak tahu cara hendak membantu pelajar menggunakan Google Apps mahupun memanfaatkan keupayaannya," kata Yousef Fouda, ketua pegawai teknologi di WCG. Guru-guru tidak terfikir untuk menukar sistem kerana mereka berpuas hati menggunakan Microsoft Office dan Outlook. Fouda nampak peluang menggunakan teknologi dengan lebih berkesan bagi menjimatkan masa guru serta menyediakan pengalaman pembelajaran yang boleh dibuat secara usaha sama oleh para pelajar.

Penyelesaian

Fouda tidak perlu berfikir dua kali tentang cara hendak mencapai matlamatnya untuk mewujudkan ekosistem mahir teknologi: Beliau melancarkan Google Apps for Education untuk para guru, memperkenalkan Bilik Darjah Google di seluruh kampus dan melancarkan Chromebook untuk guru dan pelajar. Oleh sebab para pelajar telah menggunakan Google Apps for Education dan para guru biasa menggunakan Gmail, penyelesaian tersebut memenuhi matlamat WCG untuk memperkenalkan teknologi yang melengkapi para pelajar dan guru untuk berhubung, bekerja dan berkongsi. Matlamat ini dapat dicapai secara langsung melalui penggunaan Google Hangouts, Drive dan Google+ oleh mereka. Penggunaan Google Apps for Education berkembang dengan cepat dan secara semula jadi di seluruh kampus. Fouda memperkenalkan Google Apps for Education kepada kira-kira 100 orang guru dan mereka menggalakkan 600 orang guru lagi untuk menerima pakai teknologi tersebut. Ketika ini, 4,000 pelajar dan guru giat menggunakan Google Apps setiap hari, satu peningkatan besar daripada 200 pelajar dalam dua tahun lalu.