Dengan Google Apps, kami memiliki fikiran dan wawasan Google serta seluruh komuniti Google Apps bagi membantu kami mengemas kini penyelesaian komunikasi dan kerjasama kami secara berterusan - dan inovasi ini diberikan tanpa sebarang caj tambahan.

Bernard Gulachek, Pengarah Kanan Teknologi, Universiti Minnesota

Cabaran

Bosan mengurus berbilang alatan untuk memastikan badan pelajar dan kakitangan Universiti Minnesota sentiasa terhubung, kakitangan IT di U of M sangat memerlukan satu sistem bersepadu yang dapat berfungsi di seluruh platform dan memberi sokongan yang menyeluruh.

Penyelesaian

Penggunaan akar umbi Google Apps di kalangan pelajar dan pensyarah di U of M telah berkembang kepada pangkalan pengguna melebihi 3,000 orang dan ini memberikan perangsang kepada kakitangan IT. Daripada cuba memaksakan sesuatu yang lain ke atas badan pelajar, mereka mula bertukar daripada campuran perkhidmatan lain kepada satu penyelesaian pemesejan serta kerjasama yang konsisten dan bersepadu daripada Google. Seterusnya, pensyarah dan kakitangan mula berhijrah kepada Google for Education dan selain daripada Gmail, institusi ini menggunakan Google Sites untuk menyusun dan mengongsikan bahan-bahan penyelidikan di web, Kalendar Google untuk pembuatan kalendar berkumpulan, Google Talk untuk pemesejan segera dan Dokumen Google untuk kerjasama dokumen – kesemuanya disepadukan ke dalam satu penyelesaian tunggal yang kohesif.