Sekolah St Columba Anglican menggunakan Google Apps for Education dan Bilik Darjah Google untuk membantu pelajar mengajar satu sama lain

Kami sentiasa berusaha mengatasi kesukaran yang berpunca daripada jarak. Teknologi usaha sama memastikan kami berhubung dengan seluruh dunia.

Matt Richards, pengarah e-pembelajaran dan teknologi pendidikan

Cabaran

Sekolah St Columba Anglican ingin membuktikan bahawa lokasi geografi mereka yang terpencil tidak menghalang pelajar mereka daripada menjadi pemimpin. Setelah sekolah itu melaksanakan program "Bawa Peranti Anda Sendiri", kakitangan IT mereka memerlukan satu cara yang mudah dan seragam untuk menghubungkan semua pelajar mereka.

Penyelesaian

Google Apps for Education membenarkan semua pelajar dan guru mengakses kandungan yang sama, walau apa jua peranti yang digunakan. Bilik Darjah Google membantu guru menjimatkan masa dengan memudahkan mereka menghasilkan tugasan menggunakan Google Apps seperti Dokumen.